*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Amanah hilang beransur-ansur.
Apabila berlakunya perkara yang sebegini, maka tepatlah dengan hadis  
Rasulullah yang diriwayatkan oleh Hudzaifah r.a yang mana hadis tersebut 
mengatakan mengatakan bahawa amanah itu akan hilang secara beransur-ansur 
sehinga pada suatu ketika akan sulit mencari orang yang masih memegang 
amanah itu. Kalupun ada , maka orang itu benar-benar dipelihara Allah.

Rasuah seks: 2 penguat kuasa JAINS dihadap ke mahkamah

SEREMBAN 2 Jun - Dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam 
Negeri Sembilan (JAINS) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana meminta 
rasuah berupa hubungan seks dan wang tunai berjumlah RM1,500 daripada satu 
pasangan yang ditangkap khalwat awal bulan ini.
Bagaimanapun kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan 
apabila dihadapkan di mahkamah pada pukul 9 pagi.
Kedua-dua anggota penguat kuasa JAINS itu didakwa di bawah Seksyen 11 (a) 
Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang 
sama iaitu denda lima kali ganda dari jumlah rasuah yang diterima atau 
RM10,000, mana yang lebih tinggi serta penjara antara 14 hari hingga 20 
tahun.
Roslan Yusop, 41, didakwa melakukan kesalahan itu kerana meminta habuan 
hubungan seks daripada seorang wanita yang ditangkap kerana melakukan 
kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 
Bilangan 4 Tahun 1992.
Sebelum ini, kes penahanan mereka oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah 
mendapat perhatian orang ramai berikutan laporan media, baru-baru ini.
Menurut kertas pendakwaan, Roslan sebagai seorang penjawat awam di JAINS 
secara rasuah telah meminta untuk mengadakan hubungan seks dengan wanita itu 
sebagai dorongan tidak diambil tindakan terhadapnya di bawah enakmen 
berkenaan kira-kira pukul 3.45 pagi, 8 Mei lalu di Flat Taman Desa Pelangi, 
Mantin di sini.
Seorang lagi anggota penguat kuasa JAINS, Zaini Yasin, 33, yang menjawat 
jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa didakwa atas dua tuduhan iaitu 
meminta rasuah RM1,500 daripada Bharuddin Mohd. Hari.
Zaini didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Mei lalu di Gerai Buah Batu 
10, Jalan Mantin di sini sebagai dorongan tidak diambil tindakan terhadap 
Bharuddin dan pasangannya yang melakukan kesalahan tersebut.
Di bawah tuduhan kedua pula, Zaini didakwa menerima wang tunai RM1,500 
daripada Bharuddin pada 12 Mei lepas di Restoran Azhaar di sini, sebagai 
dorongan tidak dikenakan tindakan terhadap dia dan pasangannya.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa BPR, Mohd. Tahir Ahmad di hadapan 
Hakim Supiah Meon yang menetapkan Roslan dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan 
seorang penjamin manakala Zaini pula RM8,000 juga dengan seorang penjamin.
Supiah menetapkan sebutan semula kes dibuat pada 20 Jun ini dan menasihat 
mereka mendapatkan khidmat peguam.
Kedua-dua tertuduh yang tidak dapat dijamin sebelum pukul 12 tengah hari 
bagaimanapun, telah diikat jamin lewat petang ini.
Oleh: HATA WAHARI

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala 
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke