*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......


                             EPISTEMOLOGI
                           - (Theori Ilmu)-


Epistemologi ini ialah theori bagaimana kita memperolehi ilmu di dalam dan 
melalui pengalaman keruhaniannya dan apakah kandungan atau isi ilmu itu.

Seluruh struktur (binaan) alam sejagat ini adalah sesuatu yang rasional 
(berakal atau berilmu) dan hidup. Tetapi sebahagian dari struktur ini lebih 
menyedari kerasionalannya dari bahagian yang lain. Yang lain pula memiliki 
rasional itu tetapi kurang atau tidak sedar adanya kerasionalan itu.

Manusialah yang memiliki kerasionalan ini dalam peringkat yang paling tinggi 
terutama sekali Insan Kamil (manusia sempurna) dan manusia yang selain itu 
hanya memiliknya dari segi kemungkinan iaitu ada terpendam dalam jiwa mereka 
tetapi belum terzahir keluar lagi.

Jiwa manusia itu adalah satu maujud (sesuatu yang wujud) yang rasional 
(berakal). Tetapi theori ilmu kesufian ini berbeza dari theori ahli-ahli 
falsafah yang lain iaitu  kita tidak menyamakan jiwa rasional (atau hati) 
dengan intelek (akal) sebagaimana yang dilakukan oleh ahli-ahli falsafah.

Ada dua jenis ilmu iaitu :

(a) Al-Ma'rifah (pengetahuan yang diperolehi dari pengenalan).
(b) Al-'Ilm (ilmu yang diperolehi dengan daya fikir atau akal).

Ma'rifah khusus dengan roh tetapi ilmu ('ilm) bersangkutan dengan intelek 
atau daya fikir.

Bukan saja ilmu itu berbeza-beza jenisnya, tetapi saluran dari mana ilmu itu 
diperolehi juga berbeza-beza. Diberikan satu perjenisan (classification) 
tentang masalah atau persoalan (proposisi) yang berdasarkan pada prinsip 
ini. Semua ilmu biasanya diperolehi melalui 6 fakulti iaitu pancaindera 
(lima deria / five sense) dan akal (intelek), iaitu akal ini dikira juga 
sebagai satu fakulti (daya semulajadi manusia, seperti daya melihat, 
mendengar dan sebagainya). Fakulti ini berbeza-beza tetapi pada hakikatnya 
satu jua. Tetapi, ada pula orang yang tidak menurut kebiasaan ini iaitu 
mereka dapat ilmu melalui sesuatu deria (sense) daripada pancaindera itu; 
dan ada juga orang yang mendapat ilmu tanpa pancaindera atau tanpa fakulti 
langsung.

Adalah luar biasa jika orang itu mendapat ilmu dari "clairvoyance" 
(kebolehan atau kuasa untuk melihat apa yang sedang berlaku di tempat lain; 
akal yang luar biasa), "telepathi" (ilmu perhubungan ruhani dengan orang 
lain dari jauh), "hipnotisma" (perbuatan mendatangkan tidak sedar diri), dan 
paling tinggi ialah ilmu yang digelar "ilmu keruhanian" atau "kebatinan" dan 
ilmu yang diperolehi dari ilham (intuisi).


· Ilmu Keruhanian Atau Intuisi

Ilmu yang paling penting ialah ilmu keruhanian atau ilmu yang diperolehi 
melalui ilham. Dengan ilmu ini orang akan melihat Hakikat itu sendiri iaitu 
ilmu tentang realiti (hakikat) sesuatu itu. Akal saja tidak dapat mencapai 
hakikat. Tetapi dengan ilmu Keruhanian Hakikat itu dapat dikenali secara 
langsung. Ilmu yang hakiki terbit langsung daru Roh Semesta kepada roh-roh 
yang khusus, atau dari cahaya kepada cahaya. Roh Semesta ini ialah Roh 
Sejagat ataupun Roh Muhammad iaitu bayangan Allah. Roh-roh itu ialah roh-roh 
bagi manusia itu masing-masing atau bagi makhluk yang lain juga. Cahaya itu 
ialah Nur Allah dan cahaya-cahaya itu ialah roh atau jiwa yang diibaratkan 
sebagai cahaya.

Orang Sufi menggelar ilmu ini sebagai "rasa" (dhawq) iaitu satu istilah yang 
menunjukkan pengalaman langsung, atau pandangan batin. Kadang-kadang mereka 
menggelarnya Ilmu Laduni atau Ilmu Rahsia ('ilm al-Asrar) atau Ilmu Ghaib 
('ilmul-ghayb) atau ilmu orang-orang yang masig berada dalam dunia tetapi 
memiliki tabiat alam akhirat (al-nasy'ah al-ukhrawiyyah) seperti para Nabi 
dan para Wali Allah.

Berkenaan yang ghaib (al-ghayb) itu ada dua jenis. Ghaib Mutlak iaitu Zat 
Allah yang tidak mampu kita mengetahuinya; dan yang satu lagi ialah Ghaib 
Idafi atau relatif ghaib iaitu ilmu tentangnya mungkin bagi sebagian orang 
tetapi tidak mungkin bagi sebagian orang yang lain.

Wallahu ta'ala a'lam.......

TO BE CONTINUED

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke