Title: STEP BY STEP GUIDE MENAIP DENGAN PANTAS......Beginning Lesson

Assalamu'alaikum para netters budiman....

Ramai netters yg telah bertanya pada saya; how come saya boleh menaip sesuatu artikel yg dihantar ke Hizbi (especially) terlalu panjang as though I have very "luxury time"?    Ada suatu ketika dulu, seorang netter lelaki dari Hizbi telah bertanya personally kepada saya..... saya ni tak da kerja ka?  Actually, sebab yg paling utama ialah skill menaip saya yg Alhamdulillah, pantas.  So, bila saya mention saya boleh menaip dengan pantas, kawan-kawan ada jugak bertanya macam mana nak menaip dengan pantas?  Ni saya bagi tips macam mana nak menaip dengan pantas.

Khas bagi netters yg langsung TIADA ASAS PELAJARAN MENAIP, saya perturunkan sedikit ilmu untuk anda belajar sikit.  Bagi yg masih menaip seperti ayam memagut padi, silalah ikut arahan saya.

Step by step guide:

TERLEBIH DAHULU, LEMBUTKAN JARI JEMARI ANDA,  YG LELAKI TU TAK PAYAHLAH LEMBUT-LEMBUT SANGAT, NANTI JADI LAIN PULAK!

CUBA PERHATIKAN GAMBARAJAH DI BAWAH:

        Q   W    E    R     T     Y    U    I    O    P        (Level Atas)

           A    S     D    F    G    H   J     K    L     ;          (Level Tengah) - LEVEL YG DIJADIKAN "GUIDE"

             Z     X     C   V   B     N  M   ,  .  /                 (Level Bawah)

1.      Tengok keyboard anda.  Jika anda perasan, pada huruf F & J, ada tanda _ yg di"timbul" (embossed).

2.      Letakkan jari telunjuk KIRI   di huruf F dan jari telunjuk KANAN di huruf J.

3.      Sekarang, jadikan kedua-dua belah jari telunjuk  sebagai "guide" dengan "merasa" tanda _ itu.

4.      Letakkan jari kelingking KIRI di huruf A.  Manakalah jari kelingking KANAN di simbol   ;
        (Ingat, simbol  :   bila "shift key" ditekan, tapi simbol  ;  bila menaip biasa)

5.      Letakkan jari manis KIRI di huruf S dan jari manis KANAN di huruf L.  Boleh tak?

6.      Letakkan pula jari hantu KIRI di huruf D manakala jari hantu KANAN di huruf K

7.      Sekarang, cuba anda type ASDF dengan menggunakan urutan jari seperti arahan di atas (SEMUA FUNGSI JARI DI       SEBELAH KIRI)

8.      Next, cuba anda type JKL; dengan menggunakan urutan jari seperti juga arahan di atas (SEMUA FUNGSI JARI DI      SEBELAH KANAN)

Mesti anda tertanya-tanya, apakah fungsi IBU JARI?  Fungsi kedua-dua ibu jari adalah untuk menekan "space bar".  Ini bermakna, setelah anda mahir nanti, anda akan cepat menekan space bar.

9.      Cuba type huruf-huruf ASDF dan JKL; dengan pantas tanpa melihat keyboard (macam saya ni lah).
        (Jangan cengkelat!  Guna jari-jari yg telah saya arahkan, jangan tipu tekan dengan jari telunjuk semua huruf!)

NOTA:  Sedikit pesanan; JARI TELUNJUK ADALAH JARI YG PALING PENTING DALAM KERJA MENAIP KERANA BANYAK HURUF YG DITEKAN DENGAN MENGGUNAKAN JARI TELUNJUK.  SO, KALAU "LOST", JADIKAN HURUF F & J SEBAGAI "GUIDE" SEBAB HANYA HURUF INI SAJA YG ADA "PENANDA _".

Faham tak sekarang?

10.     Next, as I said, jari telunjuk amat penting.  Sekarang, cuba gerakkan JARI TELUNJUK KIRI tekan huruf G  manakala telunjuk kanan bergerak ke huruf H

11.     Mahirkan dahulu jari jemari dengan key masing-masing.  Sekarang, cuba tekan ASDFG bagi semua jari di KIRI       dan ;LKJH bagi semua jari di sebelah kanan.  JANGAN ALIH JARI TELUNJUK DI KEDUA-DUA BELAH DARI  HURUF ASAL, iaitu F & J.  Selalu ingat bahawa anda mesti tak tekan salah key kalau jari telunjuk kedua-dua belah        sentiasa berada di tempat asal.

12.     Bila dah mahir, cuba gerakkan jari jemari tanpa perlu mengubah kedudukan kedua-dua jari telunjuk di tempat asal         mereka....  So, kita pergi ke next level.


MARI KITA BUAT "REVISION" DULU

        Q   W    E    R     T     Y    U    I    O    P        (Level Atas)

           A    S     D    F    G    H   J     K    L     ;          (Level Tengah) - LEVEL YG DIJADIKAN "GUIDE"

             Z     X     C   V   B     N  M   ,  .  /                 (Level Bawah)

Daripada gambarajah, cuba anda letakkan jari-jemari mengikut urutan di mana "level tengah" dijadikan sebagai "guide".

Secara ringkasnya,
FUNGSI JARI-JARI DI SEBELAH KIRI:

Kelingking:  Gunanya untuk menaip Q A Z

Manis:   Gunanya untuk menaip W S X

Hantu:    Gunanya untuk menaip E D C

Telunjuk:         Gunanya untuk menaip R F V , T G B


FUNGSI JARI-JARI DI SEBELAH KANAN pula:

Kelingking :  Gunanya untuk menaip P; .

Manis:    Gunanya untuk menaip O L .

Hantu:    Gunanya untuk menaip I K ,

Telunjuk:         Gunanya untuk menaip U J M,   Y H N

Setelah melihat gambarajah, sekarang cuba letakkan jari jemari di tempat "asal" di level tengah.  Tanpa melihat keyboard, taipkan huruf-huruf ini:

ASDFG ;LKJH ASDFG ;LKJH ASDFG ;LKJH ASDFG ;LKJH ASDFG ;LKJH (dan teruskan hingga mahir)

Gerakkan jari anda ke level atas TANPA MENGANGKAT JARI-JARI DARI TEMPAT ASAL; GERAKKAN SAHAJA!

FRT JUY FRT JUY FRT JUY FRT JUY FRT JUY FRT JUY  (teruskan hingga mahir)

Gerakkan pula jari anda ke level bawah:

FVB JMN FVB JMN FVB JMN FVB JMN FVB JMN FVB JMN FVB JMN FVB JMN FVB JMN  (teruskan hingga mahir)

Ingat!  Jangan cengkelat.  Jangan tengok keyboard!

Next, taipkan huruf ini:

AQZ ;P/  AQZ AQZ ;P/ AQZ ;P/  (ambil perhatian bahawa bila dah makin pandai, jari kelingking sebelah kiri akan lebih digunakan kerana VOKAL "A" banyak digunakan dalam sebutan B. Melayu)

Next, mahirkan pula jari manis kedua-dua belah, taipkan huruf:

SWX LO. SWX LO. SWX LO. SWX LO. SWX LO. SWX  LO.

Saya tahu memang bukan senang nak bagi instruction dengan menulis, tapi cubalah praktis apa yg saya arahkan dulu.

Cuba mainkan jari-jemari mengikut fungsi masing-masing.  JANGAN GUNA LAIN JARI, LAIN FUNGSI, nanti anda tak boleh menaip dengan pantas! 

Lepas dah mahir nanti, bolehlah cuba buat "speed test" dengan rakan sepejabat yg dah terror tu!

Kalau ada masa nanti, saya ajar ke "intermediate" pulak, OK?  InsyaAllah, saya cuba.

Moga ada manfaat, SELAMAT BELAJAR!

Wassalam

»Äin«  ®COPYRIGHT RESERVED®

P/S:  Kalau tak faham, boleh tanya.  Kepada Abg Rafiee (my siber friend)... hope this will help you.

Kirim email ke