*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Check your virus filter now!!! Some networks have been and are being
attacked!!!

TQ.

> ----------
> From:         Ui Dann[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent:         Wednesday, June 07, 2000 10:47 AM
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      H-Net* Ucapan penangguhan Muslimat di Muktamar
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> UCAPAN PENANGGUHAN MUSLIMAT DI MUKTAMAR PAS KE-46.
> 
> RESPONS TERHADAP LAPORAN AKHBAR DARIPADA DMPP
> 
> Seperti yang kami jangkakan pihak media arus perdana sudah tentu akan
> meniup 
> sebesar-besarnya apa yang kami utarakan semasa muktamar. Walaupun pihak
> UMNO 
> dan mungkin juga ahli-ahli PAS merasakan yang kami membuka pekong di dada,
> 
> kami hanya menyatakan yang benar dan yang hak. Sebagai sebuah parti yang 
> sentiasa ingin memperbaiki diri dan meningkatkan izzah, segala kelemahan
> dan 
> kesilapan mesti disedari supaya langkah pembetulan dapat diambil. Walau 
> bagaimana pahit sekalipun untuk ditelan, perkara-perkara yang dibawa oleh 
> muslimat ke muktamar adalah satu realiti dan  relevan. Kita tidak mahu 
> menjadi seperti UMNO yang menidakkan  kelemahan-kelemahan mereka dan hanya
> 
> menudingkan jari kepada orang lain. Kita juga tidak mahu menjadi seperti 
> perwakilan UMNO yang hanya mahu mengampu dan enggan menegur  kelemahan 
> kepimpinan parti mereka. Kerana sayangkan parti dan mahu parti maju 
> kehadapan tanpa tersekat-sekat oleh perkara-perkara yang bukan dasar, 
> biarlah kami telus dan terbuka. Sekurang-kurangnya parti PAS boleh
> berbangga 
> yang amalan demokrasi hidup di dalam PAS.  Pemimpin boleh menegur pengikut
> 
> dan ahli juga boleh menegur pemimpin termasuklah ulama.  Kesemua kita
> tidak 
> boleh lari daripada kesilapan dan kelemahan. Samada kita sedar atau tidak 
> dan mahu menerimanya sebagai sesuatu yang penting dan patut diperbaiki 
> adalah perkara lain.  Sebagai satu jemaah yang berusaha menghayati Islam 
> secara syumul, muhasabah adalah satu prasyarat.
> 
> Tiada satu pun organisasi dimuka bumi ini yang tiada kelemahan. PAS 
> merupakan  organisasi politik berteraskan Islam dan ini jelas seperti 
> termaktub di dalam perlembagaannya dan penulisan-penulisan  pimpinannya
> yang 
> menjadi rujukan kepada kepimpinan peringkat bawah dan juga ahli-ahlinya. 
> Tidak dinafikan bukan semua ahli dan pimpinan-pimpinan PAS dapat
> menghayati 
> 100% apa yang dianjurkan oleh Islam. Ini adalah sifat manusia yang tidak 
> sunyi daripada kelemahan. Tetapi kesemua ahli dan pimpinan PAS,
> termasuklah 
> kami, menyokong 100% perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah di
> negara 
> ini. Kami yakin dengan sistem pemerintahan yang bersumberkan wahyu dan 
> al-sunnah dan akan meneruskan jihad ini. Tidak timbul masalah kepincangan 
> didalam kepimpinan. Kepimpinan PAS mantap dan sentiasa menerima sokongan 
> muslimat. Kami matang didalam membezakan kelemahan individu dengan 
> perjuangan parti. Kami juga boleh membezakan tindak-tanduk yang
> berdasarkan 
> Islam atau kepentingan diri. Itulah sebabnya muslimat berani menegur dan 
> kami juga yakin yang pimpinan bersikap terbuka dan boleh menerima teguran.
> 
> Sedangkan Saidina Omar Al-Khattab dapat menerima teguran rakyat biasa yang
> 
> juga seorang muslimat, mengapa tidak penceramah-penceramah PAS.
> 
> Muslimat adalah golongan yang paling tidak berkepentingan di dalam  parti 
> dan kami ingin bersama merebut peluang untuk berjuang menegakkan kalimah 
> Allah. Kami tidak "terperangkap" ke dalam PAS dan kami rela "dipergunakan"
> 
> demi perjuangan ini. Sebab itu  perjuangan muslimat di dalam PAS adalah
> satu 
> perjuangan yang ikhlas. Kami mengetahuinya dari awal lagi, PAS tidak dapat
> 
> memberi apa-apa kepada kami tetapi disebaliknya kami yang wajib memberi 
> pengorbanan kepada perjuangan ini. Maka apabila muslimat menegur ia adalah
> 
> untuk kepentingan parti walaupun pada mulanya dengan publisiti negatif
> yang 
> diberikan menampakkan seolah-olah muslimat telah menyebabkan parti ini 
> mengalami "setback". Itu adalah lumrah dengan media arus perdana. Kami
> tidak 
> terkejut dan tidak pula gundah. Biasalah tu.......
> 
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke