*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Wa'alaikumussalam.

Saya masih ingat lagi tawaran saudara Tengku Tad deBoar tu. Bagus tu kalau 
saudara dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada kami yang dalam perjalanan 
ke arah situ.

Maklumlah, ramai sangat saya lihat janda-janda dan andartu-andartu dalam 
masyarakat kita ni. Antara mereka ada pula yang telah meluahkan hasrat untuk 
memulakan rumahtangga baru.

Bagi kaum suami yang berpengalaman, harap dapat memberi perhatian tentang 
perkara ini. Ini bukanlah satu perkara yang untuk seronok-seronok sahaja. 
Janganlah fikir untuk kesenangan dan keselesaan yang sedia ada sekarang 
sahaja. Fikirkanlah juga hal kebajikan dan keperluan para janda-janda dan 
andartu-andartu tu. Mereka pun ingin belaian kaum suami juga.

Bagi kaum isteri, janganlah bersikap 'selfish' dan mementingkan diri sendiri 
sangat. Fikirkanlah secara terbuka.

Jadi, diharapkan saudara Tengku Tad deBoar dapat memberi sedikit pengajaran 
kepada kami. Saya sendiri pun mungkin akan ke arah itu sekiranya mampu. 
Insya'allah. Kita perlu melakukan anjakan paradigma supaya ahli masyarakat 
kita terbela. Jangan sehingga berlaku lagi kes seperti Aisyah & Hartina.

Wassalam.




>From: "Tad deBoar" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: RE: H-Net* poligami
>Date: Wed, 07 Jun 2000 12:31:10 MYT
>
>
>Assalamualaikum.
>Setiap kali topik ini keluar maka banyak lah perbincangan nya.
>Selalunya hanya pandangan negatif dipaparkan.
>Contoh2nya pun semua nya yang negatif.
>Kita ni seolah2 begitu dididik sejak zaman british lagi supaya memandang
>sepi amalan2 yang baik seperti ini.
>Poligami dijadikan bahan jenaka; dan dipandang susah.
>Macam lah juga kita orang Melayu nak solat; punya susah.
>
>Saya adalah pengamal poligami dan pernah menawarkan diri untuk bicara
>tentang subjek ini sekiranya ada keperluan.  Tetapi ia hilang begitu saja
>kerana perbincangannya menjadi hot dan banyak melencong ke tahap hiburan.
>
>Poligami adalah perkara yang serious dan bersyarat.  Seperti juga nikah itu
>sendiri.  Ia juga suatu jalan keluar bagi banyak masalah masyarakat.  Jadi
>saya harap perkara yang serious seperti ini di beri pertimbangan yang
>serious juga untuk dibicarakan.
>Sekian, harap maklum.
>Wassalam.
>
>.................................................
>
>
>
>>From: Adam <[EMAIL PROTECTED]>
>>Subject: RE: H-Net* poligami
>>Date: Tue, 6 Jun 2000 12:23:07 -0400
>
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>Assalamualaikum
>>
>>Nampaknya tajuk favorite nih muncul lagi..Tak pa lah jugak, tak la jemu 
>>dok
>>baca pertelingkahan antara peminat tariqat Nashbandiyah dan depa depa  tak
>>berapa nak berkenan dengan tariqat.
>>
>>Macam nih sajalah.secara teori nih memang senang la nak suruh laki
>>berpoligami.
>>Saya pun mau jugak berpoligami, kalu boleh esok jugak...kalu ada tok kadi
>>malam nih...malam nih pung boleh berpoligami. Akan tetapi secara
>>praktikalnya
>>tidak lah sesenang yang disangka.
>>
>>Mai kita pakat renung sat tentang poligami yang dipraktikkan oleh Ar Rasul
>>SAW. Semasa baginda SAW bersama Siti Khadijah RA, Baginda SAW  tidak
>>mengamalkan poligami. Ada sapa sapa tau sebab apa ??
>>
>>Cuba tengok pulak bila Baginda SAW berpoligami, wanita yang macam mana 
>>yang
>>Baginda kahwini. Janda-janda yang kehilangan suami di medan syahid. Itu
>>contoh
>>Ar Rasul SAW.
>>
>>Kita pulak yang nak ikut jejak langkah Ar Rasul SAW, tak mau pulak kahwin
>>dengan Mak Janda. Semua kita pulak nak anak dara..tak kira umur
>>berapa..samada
>>yang baru konvo kemarin dulu atau pun nak anak dara yang dah middle
>>manager.
>>Oh banyak cantik cik abang. Mak janda yang kehilangan suami yang anak
>>empat,
>>kita tak mau pulak. Apa pasai kita lagu tu pulak ah.. ?
>>
>>Orang pompuan bukan tak mau kita kawin lagi..kalu boleh depa pun nak kita
>>suka
>>hati dan tak mau kita dok belengkar kat rumah memanjang. Tapi apakan daya,
>>orang pompuan pun tak mau share harta benda depa. Macam kita la puak puak
>>hok
>>jantan nih.,,suka tak kalu orang dok mai kongsi kereta kita, rumah kita, 
>>pc
>>kita, hp kita, seluar dalam kita ??  Maka begitulah halnya dengan orang
>>pompuan...walau rela lagu mana pun tentu ada rasa tak senang dan tak syok.
>>
>>Saya dah tengok banyak dah kes poligami, dari luarnya nampak aman dan 
>>damai
>>tapi bila di selak sikit maka nampak banyak sangat benda yang tak kena.
>>Sampai
>>saya pun naik takut jadinya.
>>
>>Saya bagi contoh mudah sajalah...ini dari fail betoi nih, bukan saya dok
>>mereka sorang sorang. Satu hamba Allah berbini dua. Nampak aman damai. 
>>Tapi
>>bila selidik sikit...bini muda kena bayar sewa rumah, bayaran kereta dan
>>semua
>>sara hidup dia dengan sendirinya, sebab laki dia yang bertuah tu dah tak
>>mampu
>>lagi nak sara bini muda sebab ada anak dengan bini nombor satu dah masuk
>>unibersiti. Bini muda dengan rela hati bayar sara hidup tapi...Nih apa
>>fashion
>>poligami jenis nih ni ???
>>
>>Contoh # 2, ada dua bini jugak..bini muda dengan laki di KL dan bini tua 
>>di
>>kampung ulu mana pun tak tau... Walaupun cukup makan dan pakai semua
>>semporna
>>pada kedua dua bini tapi laki balik ke bini tua bila bila dia suka saja.
>>Kalu
>>balik pun weekend saja. Bini tua pun rela sebab cukup makan pakai dan
>>dapatlah
>>nafkah batin sebulan sekali...tapi kita nak tanya...nih fashion poligami
>>jenis
>>apa nih ??
>>
>>Kita tak mau la sebab ghairahnya kita berpoligami walaupun semua pihak
>>setuju
>>dan rela, kita kena tahan di Akhirat nanti sebab kita ignorant dan
>>jahil...unconscious incompetent !!!!
>>
>>Kita jugak kena faham dalam Ayat yang Allah turunkan tu ada jugak
>>disclaimer
>>clause di hujungnya..hmmmm Allah Yang Maha Hebat tuan tuan berfirman
>>"...and
>>if you are not capable, so stick with just one wife...."
>>
>>Kalu ada yang berupaya maka silakanlah..fadhal...more power to you laa,
>>kita
>>pakat doa ramai ramai semoga bahagia dunia akhirat..yang tak berupaya
>>tu...janganlah dok cari penyakit...:-)
>>
>>Wasalam
>>
>>Adam
>>
>>
>>
>> >===== Original Message From "roslina mamat" <[EMAIL PROTECTED]>
>>=====
>>
>> >
>> >kepada sesiapa yang nak bertengkar pasal poligami tu tak payahlah...tak
>> >habis punya...
>> >>
>> >lebih elok jaga suami dan isteri masing-masing.  Pertahankanlah apa yang
>> >ada.  Dah menjadi tanggung jawab isteri menjaga suami .... walaupun 
>>suami
>> >bebal lagu mana pun...  begitu gak dah jadi tanggung jawab suami 
>>mendidik
>> >dan memberi kebahagiaan pada isteri...walaupun isteri becok macam
>>murai....
>> >
>> >kalau rasa isteri dah keterlaluan tu kawin jelah satu lagi....  
>>isteripun
>> >masa tu tak payah lah nak melenting...gatal-gatal nak minta cerai
>>pulak....
>> >kalau tak larat dengan suami.... bermadulah supaya ringan sikit beban
>> >tu....tapi kalau nak mermadu...biarlah cerdik sikit....  buat surat
>> >perjanjian...kalau tak ada rumag nama sendiri...suruh suami sain surat
>> >perjanjian....ambik jiran atau kawan jadi saksi....surat perjanjian tu
>>kat
>> >mahkamah laku....
>> >
>> >
>> >kalau suami kita gian sangat nak berbini lagi..lagi senang nak cucuk
>> >hidung....bermadu tak sesuasah mana...asalkan duit dapat bulan-bulan...
>> >
>> >kalau saya ...kalau terdesak ...surat perjanjian saya
>> >lebih kurang macam ni....
>> >
>> >Jika perceraian berlaku samada atas kehendak saya atau kehendak suami 
>>dan
>> >madu.......rumag menjadi hak milik saya 100%, hadiah saya sebanyak
>> >20,ooo...dan segala harta sepencarian adalah hakmilik saya.....kecuali
>> >kereta,,,saya bagi kat dialah...tapi duit anak-anak tu tak payah
>> >mintakalh..kalau minta bukan dia bagi pun......so baik minta cash
>>sajalah...
>> >amacam???
>> >
>> >Aku bukan apa...kesian kat bini bini tua yang setia kat suami bila suami
>> >kawin baru dicampak macam kain buruk...  Kita mesti menjaga keperluan
>> >kita,,...so tak apalah zalim sikit asal tak merempat kemudian
>>hari.....Kalau
>> >nak menbgadu kat mahkamah syariah tu ...tak yahlah buat sakit hari...at
>> >leastv kalaua ada surat perjanjian tu adalah bukti....tak gitu..
>> >
>> >apa pendapat Mencelah banyak????
>>
>>Berhati Hati di Jalanraya, Pandu Cermat Jiwa Selamat
>>
>>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke