Kenyataan Akhbar oleh Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz :
PAS tetap kekalkan nama Islam.



PAS akan terus mengekalkan nama Islam pada partinya. Ini selaras dengan jaminan perlembagaan perkara 10 dan 11 mengenai hak-hak kebebasan bersuara, berpersatuan dan beragama. Ia juga selaras dengan semangat hak asasi manusia yang diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.



Di dalam dunia bertamadun hari ini semua ideologi sama ada komunis, sosialis, nasionalis, pragmatis dan agama-agama dibenarkan penubuhan parti-parti politik mereka.



Di beberapa negara negara Eropah, di antara parti-parti politik yang polular ialah parti Kristian - demokrat. Tidak timbul PAS menyelewengkan akidah dan mengancam keharmonian antara kaum di Malaysia.



Pertamanya PAS mendasari perjuangannya kepada al-Quran, al-Sunnah dan syura di kalangan ulama, PAS pula sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dalam hal-hal agama dengan semua pihak termasuk Umno.



Kedua, PAS yang memperjuangkan Islam telah mula diterima berbagai golongan Non-Muslim, saya sentiasa dijemput menghadiri siri-siri dialog dengan mereka, terutama selepas pilihan raya baru-baru ini.



Pimpinan Umno hendak mengharamkan nama Islam daripada parti PAS menunjukkan sikap mereka yang tidak demokratik, tidak telus dan berdolak-dalik. Parti Islam ini telah wujud sejak tahun 1952.



Mengapa baru sekarang hendak diharamkan? Setelah PAS berjaya menadapat sokongan 70% pengundi Melayu dalam pilihan raya baru-baru ini. Sikap seperti ini menjadi amalan biasa golongan penentang perlaksanaan Islam sejak dahulu hingga kini. AlQuran dan sejarah mencatatkan hal ini (lihat lampiran).



Dalih ini juga digunakan oleh golongan sekular untuk membatalkan keputusan pilihan raya apabila Parti Pembebasan Islam (FIS) memenangi pilihan raya umum di Algeria tahun 1992.



Tindakan itu membawa kepada keganasan yang berterusan di sana. Semoga peristiwa itu menjadi iktibar kepada di sini



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!

Reply via email to