*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz
Halim Nasir al-Hafiz di Masjid Batu,Kampung
Pertama,Permatang Pauh,Pulau Pinang.

Muslimin/muslimat rahimmatulmullah.
Ustaz Halim Nasir memulakan kuliyyah Maghrib pada kali
ini dengan membaca 6 ayat pertama dalam Surah
Thaahaa.Dimana beliau mengaitkan ayat-ayat ALLAH itu
dengan seorang insan yang menjadi bapa mertua Nabi
s.a.w.; iaitulah Saiyyidina Umar ibnul Khatab
radiallahuan.
Apabila kita membicarakan 6 ayat pertama daripada
Surah Thaahaa,maka kita tidak akan lupa peribadi yang
mulia ini.Dimana Saiyyidina Umar ibnul Khatab r.a.
merupakan seorang sahabat,yang kita nak ambil contoh
tauladan daripadanya.Kerana diantara petunjuk–petunjuk
yang diajar oleh Nabi s.a.w. ialah mengikuti jalan
para sahabat.Tidakkah Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda bahwa, “Sahabat-sahabat aku itu seumpama kamu
lihat bintang-bintang di langit.”
[ 1) Kerana bintang tu bercahaya.
  2) Bintang menjadi pedoman bagi orang yang berada di
atas mukabumi.Seperti, bila kita tengok bintang , kita
boleh tahu dimana arah kiblat.Sebab itu, ada suatu
gugusan bintang yang dinamakan ‘Orient The
Hunter’.Yang mana bila tuan-tuan tengok di langit,
bentuknya dia ada 2 kepala, ada deretan 3 pisau dan 2
kaki.Dimana yang melintasi garis rentas 3 titik hujung
pisau itulah arah kiblat. ]

Jadi,diantara para sahabat, salah seorangnya ialah
Saiyyidina Umar al-Khatab.Kita tahu dizaman
jahiliyyahnya ,dialah yang paling kuat menentang
Islam.
[ Yang dibuktikan dalam sirah, ada 2 orang dikalangan
sahabat, yang paling kuat menentang Islam dizaman
jahiliyyah mereka; iaitulah Umar al-Khatab dan Khalid
ibn Walid.
Yang kata Khalid al-Walid ni, kebenciannya terhadap
Rasulullah sehinggakan dia pernah menyebut, “Tidak ada
wajah yang paling aku benci/meluat aku tengok ialah
wajah Muhammad bin Abdullah.”…Tuan-tuan boleh bayang
ka kalau orang dah tak suka tengok muka kita.Ini
bermakna betapa memuncaknya kebencian Khalid ibn Walid
terhadap Rasulullah; tetapi akhirnya Islam jugak dia.
] 
  Kuatnya Umar menentang Islam, sampai kepada
peringkat sahabat-sahabat bercakap sesama
mereka.Bilamana ada seorang sahabat kata, “Alangkah
eloknya kalau Umar memeluk Islam.”…Maka jawab sahabat
yang lain, “Umar boleh masuk Islam.Tapi dengan satu
syarat.”…Tanya sahabat-sahabat yang lain, “Apa
syaratnya?”…Maka jawab sahabat tadi, “Syaratnya ialah
tunggulah dulu unta bapa dia masuk Islam, kemudian
baru Umar masuk Islam.”
[ Maknanya, nak bagitau bahwa daripada peribadi Umar
ketika itu yang begitu bengis/garang/tajam serangannya
terhadap Islam, maka sahabat-sahabat menilaikan bahwa
memang ‘impossible’ Umar boleh masuk Islam ketika itu.
Tapi main dengan al-Quran, tewas juga Umar.Sebab itu,
orang yang kalau di ‘siram’/diberitahu dengan Quran,
tapi dia masih berdegil, maka dialah yang paling
kepala batu diantara kepala-kepala batu punya
orang.Kalau dah dengan ayat Quran pun dia tak boleh
berubah, maka kata ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat
74 yang bermaksud,
“Kemudian hati kamu wahai manusia menjadi keras
seperti batu.Bahkan hati kamu akan menjadi lebih keras
daripada batu lagi.”
…ALLAH beritahu bahwa kalau orang yang di ‘siram’
dengan al-Quran,tapi masih tak mau tunduk kepada
kebenaran, maka melayakkan dirinya dipanggil ‘kepala
batu’. ]
   Saiyyidina Umar ini kita tahu, satu hari dia keluar
pi nak bunuh Nabi.    
[ Tuan-tuan, apakah level kejahatannya kalau sampai
tahap nak bunuh Nabi? Apa jenis orang ni kalau sampai
sanggup nak bunuh kekasih ALLAH?… Tapi itulah yang ada
pada jiwa Umar al-Khatab. ]
Dengan bengisnya serta terhunus pedang ditangannya,
dia pergi ke rumah Rasulullah.Ketika mana ditengah
perjalanannya itu, dia disapa oleh seorang kafir
Quraisy, “Yang kamu sibuk nak bunuh Muhammad, tapi la
ni adik kamu Fatimah, dah ikut  Muhammad.Mengapa kamu
tak bunuh dia?”…Lalu dengan perancangan ALLAH, Umar
menukar haluan ke rumah adiknya,Fatimah.Waktu dia
sampai di rumah adiknya, ketika itu Fatimah sedang
membaca ayat-ayat ALLAH dalam bentuk suhuf.Lalu
ditampar adiknya dan merampas suhuf itu, dan
didapatinya di suhuf itu ialah 6 ayat pertama Surah
Thaahaa.Bila Umar tengok,dia gementar.Kerana itulah
al-Quran yang ALLAH sebut,
“Quran ini bukannya syair.Sedikit sangat kamu yang
beriman.Dan Quran ini juga bukannya jampi mentera.”
[ Lalu ustaz Halim cerita semasa dia berceramah di
Surau al-Munawwarah,Taiping; seorang AJK surau telah
mengisahkan hal peribadinya kepada ustaz macamana
hatinya terbuka untuk menyertai perjuangan
Islam.Sebelum ini, cerita hamba ALLAH itu, dia adalah
seorang yang kuat menentang Islam.Yakni semua
ustaz-ustaz,dia maki habih i.e.
pembohong/penipu/pengumpat.Sehinggalah satu hari
kawannya ajak dia pi kuliyyah, lalu dia pun pergi ke
kuliyyah yang disampaikan oleh ustaz Zulkarnain
Ibrahim,yakni bekas Imam besar masjid negeri
Ipoh.Apabila dia mendengar ayat-ayat ALLAH tentang
balasan yang akan diterima oleh orang-orang yang lawan
ALLAH/ lawan al-Quran/ bangkang hadis, maka dia kata
bahwa dia merasai seolah-olah kepalanya diketuk dengan
‘hammer’.Bila balik dirumah,dia rasa begitu panas
hingga pecah peluh.Apabila dia buka baju dan duduk
bawah kipas, lalu disapa oleh isterinya.Isteri dia
lama dah ok,tapi dia tu yang dok karaoke lagi.Maka dia
pun cerita ustaz Zulkarnain bagitau begini-begini
kepada isterinya, lalu kata isterinya, “Tu lah awak,
dulu saya ajak awak pi kuliyyah, awak tak mau.Saya
ajak perjuang Islam ,awak tak mau.Hah! sekarang apa
macam?”…Akhirnya, dia kata kat ustaz bahwa dia isi
borang la jawabnya.
Itulah al-Quran, tuan-tuan.Ia menyentuh jiwa orang
yang benar-benar kalau mahu buka pintu hatinya.Tapi
dah kalau jiwa/hati ‘kita’ sakit; buatlah forum
perdana ka ,ceramah perdana ka , apa ka; tapi tetap
lawan ALLAH yakni tak akan berubah. ]
Bila Umar menggeletar, adiknya Fatimah rampas balik
suhuf  dan berkata, “Kamu tidak layak untuk memegang
suhuf ini, melainkan kamu pergi mandi dulu untuk
membersihkan badan.”…Lalu Umar pun mandi, kemudian
bila selepas dia diperbacakan oleh adiknya akan suhuf
itu, maka pertanyaan yang mula-mula keluar dari
mulutnya ialah, “Mana Muhammad?”
[ Berlaku kisah ini pada tahun ke 7 kerasulan
Rasulullah s.a.w..Ketika mana para sahabat masih
berada di Habsyah.Ketika mereka berada di Habsyah
itulah, ALLAH menghantar suatu berita gembira dengan
Islamnya Umar al-Khatab.Inilah pertolongan ALLAH. ]
Setelah mendengar apa yang Umar ucapkan, adiknya
Fatimah tanya, “Betulkah kamu ikhlas ya abangku
Umar?”…Kata Umar, “Ya, aku sungguh ya Fatimah.Sekarang
mana Muhammad?”…Jawab Fatimah, “Muhammad berada di
Bukit Suffa.”
[ Ketika itu Nabi s.a.w. berada di rumah al-Arqam bin
abi al-Arqam,di puncak Bukit Suffa.Di situ,Nabi
mengadakan usrah mengajar sahabat menghafal ayat-ayat
al-Quran secara ansur-ansur yakni 10 ayat,kemudian 10
ayat lagi dan kemudian lagi 10 ayat.Sebab itu, dalam
program usrah kita, jangan lupa selitkan satu
agendanya iaitu menghafal ayat-ayat al-Quran.Kalau
kita berusrah, mesti ada program ini.Paling tidak,
hafallah ayat-ayat yang boleh untuk kita berhujah dan
berhadapan dengan musuh.Inilah diantara syllabus
Rasulullah bila mengadakan usrah. ]
Lalu Umar pun pergi ke Bukit Suffa.
[ Yang kita panjat ketika Sa`ei. ]
Apabila sampainya ia, diketuknya pintu rumah al-Arqam
abi al-Arqam.Lalu Saiyyidina Hamzah yang ketika itu
sudah pun Islam, mengintai melalui celah-celah
pintu.Lalu Nabi tanya, “Siapa?”…Hamzah jawab sepatah,
“Umar! Ya Rasulullah.”…Sahabat-sahabat yang lain bila
dengar saja nama Umar, menggeletar mereka.Lalu kata
Hamzah, “Wahai Rasulullah, kalau dia datang dengan
baik, maka engkaulah yang akan menghadapinya.Tetapi
kalau dia datang dengan niat yang buruk, ini dia
Hamzah anak Abdul Mutalib akan menghadapinya di muka
pintu ini.”
[ Umar, lawan dia hanyalah Hamzah.Tiada siapa yang
boleh tempoh Saiyyidina Umar ni,kecuali Hamzah bin
Abdul Mutalib.Khalid al-Walid, huh! Umar hayun lagu tu
saja.Pernah patah kaki Khalid bila dia berlawan dengan
Umar. ]
Lalu apabila pintu dibuka,Umar terus melutut di
hadapan Nabi dan mengucap dua kalimah syahadah.Dan
ketika itulah, seluruh sahabat yang ada di dalam rumah
al-Arqam bertakbir sekuat-kuatnya, kerana menerima
kemasukan Umar ke dalam Islam.Yang mana pernah Nabi
s.a.w. berdoa kepada ALLAH, “Ya ALLAH ya Tuhanku,
kuatkanlah Islam dengan 2 Umar ini.Kalau tak dapat
kedua-duanya, salah seorang pun jadilah wahai
Tuhanku.Iaitulah yang pertama Umar bin Hisham (Abu
Jahal) dan yang keduanya ialah Umar bin al-Khatab
(Sayyidina Umar).”
[ Tuan-tuan bayangkan ,Rasulullah sampai peringkat
minta kepada ALLAH supaya tolong kuatkan Islam dengan
kedua-dua Umar ini.Sebabnya ialah kedua-duanya adalah
pemimpin yang berpengaruh dan disegani, maka apabila
mereka masuk Islam, akan membolehkan Islam bertambah
kuat.Dan akhirnya ALLAH bagi hidayah kepada Umar
al-Khatab. ]

Sahabat-sahabat sekelian, dialah seorang insan yang
cukup istimewa.Kalau nak dibandingkan keempat-empat
khalifah, menurut para ulama bahwa pemerintahan Umar
al-Khatab lah yang paling cemerlang.
[ Adapun semasa pemerintahan Saiyyidina Abu Bakr
as-Siddiq, beliau banyak menghabiskan waktu
pemerintahannya yang selama 2 tahun 10 bulan itu
dengan menghadapi golongan murtad.Yakni bila Nabi
wafat, maka berlakulah murtad di semenanjung tanah
Arab; yang dipimpin oleh 2 golongan iaitu :
(i) golongan yang enggan membayar zakat,
(ii) golongan yang dipimpin oleh seorang Nabi palsu
yakni Musailamah al-Kazab.
Jadi, Saiyyidina Abu Bakr terpaksa menghabiskan banyak
waktu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang disebut
tadi.
Manakala zaman Saiyyidina Osman pula, kita semua tahu
yang dia sebagai manusia biasa, yakni tidak rasul,
maka kelemahannya tetap ada.Diantara kelemahan di
dalam pemerintahan Saiyyidina Osman ialah kebanyakan
gabenor-gabenor yang dipilihnya terdiri daripada
kalangan Bani Umaiyah.Ini yang menyebabkan
sahabat-sahabat lain marah, maka inilah sedikit
kepincangan berlaku.
Sehingga kepada tahap dibina mahligai-mahligai yang
besar, yang menyebabkan seorang sahabat terkanan Nabi
yang ketika itu sudah tua tapi masih hidup,yakni Abu
Zar al-Ghifari,tidak menyenanginya.Sehinggakan kata
Abu Zar menasihati Muawiyah, “Wahai Muawiyah,
sekiranya kamu membina istana yang besar ini dengan
duit rakyat, maka kamu telah menganiaya mereka.Tapi
jika sekiranya kamu membinanya dengan wang kamu
sendiri, maka kamu telah membazir.Ketahuilah membazir
itu rakan syaitan.”…Lalu dengan kenyataan dari Abu Zar
itu,maka membuatkan pemerintah ketika itu tidak
menyenangi akan Abu Zar, maka dia dibuang dari Madinah
dan beliau mati dalam buangan.
Sedih tuan-tuan, kalau kita baca kisah-kisah yang mula
nak berlaku sedikit keretakan.Kita tak nafi disitu
wujud sedikit kelemahan kerana Saiyyidina Osman
hanyalah seorang manusia, tetapi kita kena respect dia
sebagai sahabat.Jangan kita caci Saiyyidina Osman
mahupun Muawiyah pula, kerana itu ulama pesan.Kerana
ada hadis sahih menyebut bahwa Muawiyah bin Abu
Suffian adalah ahlul Jannah.Muawiyah adalah salah
seorang yang terlibat dalam menulis wahyu di zaman
Nabi s.a.w..Kalau tak ada orang seperti Muawiyah;
apakah kita boleh membaca al-Quran sekarang?  Tapi
sekadar mencerita untuk mengambil iktibar, maka ia
dibenarkan.  
Sehinggalah berlaku pertelingkahan, maka ketika usia
Saiyyidina Osman 82 tahun, dia ditikam ketika beliau
sedang membaca al-Quran.Sehinggakan darah memancut
membasahi mazhab al-Quran yang beliau baca.Lalu gempar
Madinah/ gempar Kuffah/ gempar Baghdad, kerana
Kuffah/Baghdad adalah pusat pemerintahan Bani
Umaiyah.Lalu mereka mula bangkit menuntut bela ketika
mana naik Saiyyidina Ali menjadi khalifah.
Oleh kerana itu, Saiyyidina Ali pulak terpaksa
menyelesaikan pertelingkahan, kerana Bani Umaiyah mula
menuduh Saiyyidina Ali lah yang bunuh Saiyyidina Osman
untuk merampas takhta khalifah.Maka inilah yang kecoh
tuan-tuan.
Lalu para ulama bersetuju, yang paling excellence
ialah zaman Umar.Berapa lama Umar memerintah?…Lamanya
Umar memerintah ialah 10 tahun 2 bulan. ]

Insan yang bernama Umar al-Khatab ini, dimana ustaz
teringatkan akan sebuah hadis Nabi; yang mana mafhum
hadisnya,Nabi kata, “Orang yang pertama yang akan
dapat kitab di tangan kanannya (ashabul Yamin) ialah
Umar bin al-Khatab.”
[ Inilah kelebihan yang Tuhan beri kepada Saiyyidina
Umar kerana ketaqwaannya; walhal ketika jahiliyyahnya
apa yang dia tak buat.Kalau nak cerita pasai Umar
sembah patung ni; sampai peringkat patung tu dibawa
bersama dalam perjalanan untuk pergi berniaga.Tapi
yang sempoinya, patung tu diperbuat daripada kuih
muih.Bila rombongan perniagaan itu berhenti
berehat,mereka sembah patung tu dulu kemudian baru
makan.Sampailah pada satu ketika bila mereka berhenti
rehat lagi, tapi didapati oleh mereka kali ini bahwa
bekalan makanan telah habis kecuali yang tinggal
hanyalah patung daripada bahan makanan itu.Lalu ketua
kumpulan rombongan itu bermesyuarat; dan bilamana Umar
bangkit bertanya, “Makanan sudah habis.Apa kita nak
makan ni?”…Lalu ketua rombongan menuding kearah patung
tu.Kata Umar, “Itukan tuhan.Takkan nak dimakan tuhan
kita?”…Jawab ketua rombongan, “Hari ini tak dak
tuhan.Mari kita makan saja patung tu.”…Inilah cerita
daripada Saiyyidina Umar, sehingga dia pernah kata,
“Tak dak orang yang makan tuhan kecuali aku.Mana ada
orang lain makan Tuhan? Tapi aku punyalah jahil ketika
itu, sampai tahap boleh makan tuhan.”…Lalu apabila
ketua rombongan buat kata putus ‘setuju’, maka
cadangan ditutup.Semua pakat rempuh termasuklah
Umar.Akhirnya tuhan kena makan habih.
Orang macam ni, tiba-tiba Nabi kata bahwa orang yang
pertama mendapat kitab ditangan kanan ialah Umar bin
al-Khatab.Tuan-tuan bayangkanlah; arak dia pernah
minum, judi dia pernah main, maksiat bergelumang
berpuluh-puluh tahun; tetapi bila dia masuk Islam, apa
jadi pada dia?…Ini yang kita nak ambil, iaitu sifat
ketaqwaannya itu sesudah Islamnya dia. ]
Lalu sahabat tanya, “Lagu mana dengan Abu Bakr?”
[ Sebab yang Nabi sebut ialah Umar, bukannya Abu Bakr.
]
Rasulullah dengan tersenyum menjawab, “Abu Bakr dah
masuk syurga dengan aku.Sampai tak sempat ambik
kitab.”
[ Yang ni semua cerita pasai sahabat,tuan-tuan.Yang
kita ni pulak, lagu mana besok??? Minta dijauhkan oleh
ALLAH daripada kita ‘ashabul syimar’.Kalau dapat kitab
kot tangan kiri, habih! Tak dak ayat dah nak baca.
Manakala kalau dapat kitab melalui tangan kanan, ALLAH
SWT berjanji kita dihitung, tapi hitungannya
mudah.Insya`ALLAH. ]

…….BERSAMBUNG…….


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke