*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum... 

Berikut adalah perkembangan terkini mengenai kecurian kereta kawan ana. Diharapkan 
kawan-kawan di sini dapat membantu

wassalam

-----Original Message-----
From: Syamsul [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 

Perkembangan terkini yang saya terima mengenai kereta saya yang dicuri baru-baru ini 
WFC 6040. Semalam pihak Polis telah dapat mengesan kereta tersebut di sebuah stesen 
minyak di Seremban berdasarkan beberapa tanda/kesan yang terdapat pada badan kereta 
tersebut. 2 orang lelaki melayu menggunakan kereta tersebut dan mereka berjaya 
melarikan diri dengan kereta tersebut apabila mengetahu pihak Polis sedang 
memerhatikan mereka. Amat cekap mereka ini. Menurut Polis tersebut, plat pendaftaran 
kereta tersebut telah di tukar kepada WGN 4125. Dan bumper belakang kereta tersebut 
telah ditanggalkan. Saya merayu kepada anda semua sekiranya ternampak kereta tersebut 
seperti tanda-tanda yang saya sebut kan itu sila berhubung dengan saya 019-3606642 
atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran dengan anda. Sekali lagi, kerjasama dari 
anda semua amat-amat saya harapkan
dan hargai. Disyaki kereta tersebut mungkin berada di sekitar kawasan Selatan dan juga 
Lembah Klang.

Antara tanda lain yang terdapat adalah kesan kemek dibahagian belakang sisi 
berhampiran lampu belakang sebelah kanan. Lampu sport light built in pada bahagian 
bumper depan pecah pada sebelah kiri (jika mengadap kereta tersebut). Pintu driver 
terdapat kesan guritan/garit yang agak kasar sepanjang kira-kira 2-3 inci. Pintu 
belakang driver ada kesan kemek. Pada cermin depan, wind screen ada kesan stiker 
cermin yang dah reput melekat warna coklat. Auto-sun shade cermin belakang tercabut 
batangnya.

Sehubungan itu, kerjasama anda semua sangat saya alukan dan saya rayu. Jutaan terima 
kasih yang tak terhingga saya ucapan kepada mereka yang sudi membantu saya sejak kes 
ini disiarkan melalui email pertama saya. Setiap hari saya menerima banyak panggilan 
telefon dari anda semua. Terima kasih diatas bantuan anda dan juga sokongan anda. 
Semoga ALLAH SWT jua yang
akan membalas. 

Sila forwardkan email ini kepada semua rakan anda.

syamsul.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fadzli Abu Bakar (EMY)" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke