Seperti
mana diketahui bahawa Prof Dr Yusuf Qaradawi adalah salah seorang ulama
semasa yang berkemampuan mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan
bebas tanpa rasa takut kepada seseorang pemerintah ataupun negara. Beliau
adalah anggota dalam beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah,
antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islam di Makkatul Mukarramah
dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga Markaz
Pusat Kajian Islam di Oxford dan begitu juga Majlis Amanah di Universiti
Islam Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamih di Khartoum, Ketua Jawatankuasa
Perunding Syar'ie di beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan
Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatawa dan Penyelidikan di Eropah.
Ada permintaan Fatawa mengenai pendapat
syarak tentang tuduhan-tuduhan yang ditujukan oleh perdana Menteri Malaysia
Dr. Mahathir Mohamed terhadap En Anwar Ibrahim. Dr. Yusuf Qaradawi telah
menjawab persoalan ini.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Soalan
Pertama:
Jika seseorang
yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian
bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan
yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum luth, membunub dan
lain-lain. Apakah hukum shariah berkenaan dengan orang yang menuduh dan
yang menuduh dan yang orang yang di tuduh? Adakah orang yang di tuduh wajib
membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim berkenaan perkara
ini?
Jawapan:
Menuduh orang-orang yang bersih dengan
tohmahan-tohmahan, terutame tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina,
liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas
oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan
kemurkaan Allah dan azab-Nya. Sebab tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya
untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki
atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka
terhadapnya, manakala orang-orang yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara
sedemikian juga menyebabkan tersebamya kejahatan di kalangan orang-orang
yang beriman. Oleh iru, al-Quran mengacam keras perilaku seperti ini dan
mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di
akhirat. Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan:
Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminah tanpa
kesalahan yang m! er! eka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul
kebohongan dan dosa yang nyata.
(Surah al-Ahzab 33:58)
Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan:
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang
lengah (tidak pemah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi
beriman (dengan tuduhan zina), mereka terkena laknat di dunia dan di akhirat
dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki
mereka minjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.
Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurur semestinya
dan tahulah mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala
sesuaru menurut bakikat yang sebenarnya).
(Surah an-Nur 24: 23-25)
Para ulama telah sepakat (Ijma') mengatakan
bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas
lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang
melemparkannya ke atas wanita mukminah. Ayat di atas turun dalam bentuk
seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) karana ayat tersebut diturunkan
khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aishah As-Siddiqah Binti
Abu Bakar As-Siddiq Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai
oleh rasulullah s.a.w. selepas khadijah, Peribadi yang suci ini terpaksa
berhadapan dengan tuduhan yang keji. Orang-orang munafik menyabarkan khabar
angin tentangnya dan meleparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan
skandal dengan salah seorang sahabat rasulullah s.a.w. yang tidak pernah
diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan
peluang ini dengan mengobarkan api fitnah. Demikianlah kisah 'Hadith al-Ifki'
yang telah mempermalukan dan mere! sa! hkan rumah nabi s.a.w., rumah Abu
Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah. Akhirnya turunlah ayat al-Quran
daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut judg
secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sedikala. Ayat
tersebut juga telah membiskan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan
kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat.
Selepas turunnya ayat-ayat tursebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana
telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.
Bacalah firman Allah s.w.t. pada surah
an-Nur:
Terjemahan:
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada
golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira babawa berita bohong itu buruk
bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang
dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang
terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa
di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat
tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak)
berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang
menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?
Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada
sisi Allah orang-orang yang dusta.
(Surah an-Nur 24:11-13)
Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa
yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina
maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang
saksi yang adil cacat kepetibadinnya. Kesemua saksi itu mestilah telah
melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuaran zina dengan perempuan
secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana
yang telah di terangkan secara kiasan dalam undang-undang shariah: seperti:
besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke
dalam ootol dakwat. Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan
empat saksi sebagaimana yang ditrangkan di atas, maka dia dianggap sebagai
seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah menegaskan bahawa si pendusta
ini mesti dikenakan hukuman shariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman
yang tertera al-Quran al-Karim, iaitu pada firman Allah s.w.t.:
Terjemahan:
Dan orang-! or! ang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (Berbuat
zina) mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka
(yang menuduh itu) 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian
mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.
(Surah an-Nur 24:4, 5)
Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan
tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu:
Pertama: Hukuman fizikal, iaitu disebat
sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu
merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang
yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan
kehidupan orang-orang yang dituduh beserta kaum keluarganya.
Kedua: Hukuman moral dan sosial, iaitu
dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh.
Kesaksiannya dalam urusan kewangan, civil, sosial, politik tidak boleh
diterima pakai. Perkataan 'kesaksian' dalam ayat di atas diturunkan dalam
bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh
jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya
untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.
Ketiga: Hukuman agama, iaitu dengan
menggelarinya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan
'Fasiqun'. Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan daripada keimanan.
Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan:
Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka
tidak sa ma. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih,
maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap
apa yang mereka kerjakan. Adapun orang-orang yang fasik, maka tempat mereka
ialah nerak..
(as-Sajdah 32: 18-20)
Al-Quran juga telah melekatkan gelaran
fasiq ini kepada Iblis, makhluk paling durjana. Firman Allah s.w.t.:
Terjemahan:
Dia adalah daripada golongan jin, maka dia berlaku fasik (derhaka) terhadap
perintah Tuhannya.
(Surah al-Kahfi 18:50)
Walau bagaimana pun, dengan rahmat
dan kasihnya Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin
mensucikan dan membersihkan diri. Firman-Nya:
Terjemahan:
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya),
maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah an-Nur 24: 5)
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa
taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran
dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukum gugurnya kesaksian
dari pihaknya. Sebab perkara 'gugurnya kesaksian' dalam ayat di atas disifatkan
Allah sebagai kekal. "Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya"
Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh
menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai
sebagai orang yang istiqamah dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang
yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan dilakukannya.
Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian
yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan
baik. Sebab mereka merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi, sepertimana
yang digambarkan oleh salah satu hadith rasulullah s.a.w.
Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga
maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam
tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya
sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di
belakangnya. Firman Allah:
Terjemahan:
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya
sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari
kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian
yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya
yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah al-Hujurat 48: 12)
Dalam satu hadith sahih, rasulullah
s.a.w. bersabda:
Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan
untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.
Jika Islam tidak menentukan sikap yang
tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara selurah manusia,
manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah
seluruh hak dan kebebasan.
Bertolak atas kesedaran ini pula Islam
memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga
maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang
yang menggesa Ma'iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam:
"Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu". Rasulullah
juga bersabda: "Seluruh umatku akan memperolehi pengampunan, kecuali orang-orang
yang suka meyebarkan aib orang lain." Dan baginda bersabda: "Seslapa yang
menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya)
di dunia dan akhirat."
Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran
al-Karim:
Terjemahan:
Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji
itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang
pedih di dunia dan di akhirat.
(Surah an-Nur 24: 19)
Soalan
Kedua:
Adakan orang
yang dituduh berhak untuk membela diri? Bolehkan ia dicegah dari melakukan
hal itu? Apakah kewajipan masyarakat Muslim di sekelilingnya? Bolehkah
mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja?
Jawapan:
Hak seseorang yang dituduh dengan
tuduhan melibatkan agama, maruah serta moral ialah:
Membela diri dari tuduhan orang yang
telah menzaliminya dan meninggikan suaranya dalam menyuarakan kebenaran.
Bahkan dalam satu ayat al-Quran Allah telah memberinya satu hak istimewa
untuk melindungi kchormatan dan maruah dirinya. Firman Allah:
Terjemahan:
Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk yang (diucapkan) dengan terus
terang kecuali oleh orang-orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar
lagi Maha mengetahui.
(Surah an-Nisa' 4: 148)
Tidak boleh sesiapapun mencegah atau
melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Ia merupakan hak
yang biasa dan sah di sisi hukuman shariah. Allah telah memberikan peluang
kepada Iblis yang dilaknat untuk berdebar mempertahankan dirinya di hadapan
Tuhan scluruh alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya
dengan mengatkan, "Saya lebih baik daripada Adam." Bahkan pada hari kiamat.
Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan
terhadap dirinya.
Oleh itu masyarakat Muslim mesti memberikan
peluang kepada orang yang dituduh dan melinaungi hak dan kebebasannya seluas-luasnya
dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara
lisan, menulis di surat-surat kabar dan berucap di radio dan televisyen.
Terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup beras dalam
kes tersebut.
Secara shariah, dia tidak boleh diserahkan
kepada taring-taring para lawannya yang mencarik-carik kredibilitinya siang
dan malam dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu
berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang
dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan
sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata. Mereka telah melucuti
dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan lebih dari itu, mereka juga
telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam 'angkatan dusta' dengan
menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang tidak pernah diingkari. Firman
Allah:
Terjemahan:
Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan
kamu menganggapnya sebagai sesuatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada
sisi Allah adalah besar.
(Surah an-Nur 24: 15)
Masyarakat Muslim merupakan satu masyarakat
yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggung jawab antara satu sama lain.
Ia tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban
satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) yang memusnahkan.
Masyarakat Muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua,
sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan
bisu. Allah s.w.t. berfirman:
Terjemahan:
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin
dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa
tidak) berkata: "Ini adalah satu berita bohong yang nyata."
(Surah an-Nur 24: 12)
Inilah sepatutnya sikap masyarakat
mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah berfirman:
Terjemahan:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah)
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.
(Surah at-Taubah 9: 71)
Rasulullah s.a.w. bersatda:
Maksudnya: Seorang Muslim itu menupakan
saudara kepada Muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak boleh menzalimi atau
membiarkannya terlantar.
(Muttafaqun 'alaihi)
Pengertian 'tidak membiarkannya' dalam
hadith di atas ialah tidak melepaskannya atau meninggalkannya begitu sahaja
dalam menghadapi kesukaran. Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
Maksudnya: Tolonglah saudaramu sama
ada dia zalim atau dizalimi. Para sahabat bertanya, "Wahai rasulullah,
tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami
menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim? Rasulullah bersabda: "Deangan
mencegahnya dari melakukan kezaliman. Begitulah menolongnya."
(Muttafaqun 'alaihi)
Islam mewajibkan masyarakat Muslim
untuk menolong orang yang dizalimi dari terus dianiaya oleh orang yang
zalim tanpa mengira berapa tinggi darjat atau pangkat penzalim itu. Hadith
nabi menjelaskan:
Maksudnya: Jika kamu melihat umatku
telah takut untuk mengatakan kepada si zalim wahai zalim, mereka telah
ditinggalkan (Allah)
Setiap Muslim yang mengenal kebaikan
peribadi saudaranya wajib membelanya jika ia mendengar saudaranya itu dibertakan
secara buruk. Satu hadith menyebutkan:
Maksudnya: Sesiapa yang membantah
untu(melind) maruah saudaranya, nescaya Allah akan menolak api neraka daripada
wajahnya pada hari kiamat.
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Soalan
Ketiga:
Bagaimana caranya
mewujudkan satu perbicaraan yang jujur, berkecuali dan adil. Tidak dipengaruhi
oleh kuasa pemerintah dan hanya menggunakan shariah sebagai landasan hukum
yang sah. Juga direstui oleh orang ramai sebagai hakim dalam memutuskan
perselisihan dan pertelingkahan?
Jawapan:
Orang yang dituduh melakukan perbuatan
zina (al-Maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya
yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan
tuduhan 'qazaf' (melemparkan tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan
bukti-bukti yang kukuh. Kaedah shariah berkenaan hal ini ialah: Orang yang
menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang yang dituduh wajib mengucapkan
sumpah.
Walau bagaimana pun, dalam kes seperti
ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya
setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara
hukum asalnya setiap Muslim meati berbaik sangka dan memandang dengan pandangan
yang baik sesama mereka.
Adalah hak setiap orang yang dituduh
dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu
perbicaraan mahkamah shariah yang adil. Manakala kewajipan seorang Qadhi
Muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredhai Allah dan hukum
shariah-Nya ialah: menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti berkenaan
dakwaannya, iaitu empat orang saksi sepertimana yang diterangkan oleh al-Quran.
Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya. Qadhi wajib menegakkan
hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan,
menghilangkan haknya dalam memberi kesaksian, dan mengecapnya sebagai faslk
melainkan jika ia bertaubat.
Pengecualian untuk hukum tersebut hanya
pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu
jika seorang suami menuduh isterinya sendiri melakukan perbuatan zina.
Inilah ketentuan fardhu Allah terhadap mereka berdua yang dikenali dengan
istilah "al-Li'an". Dalam hal ini, suami tidak dituntut untuk mengemukakan
empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang dilakukan oleh isterinya
sendiri dan dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri. Dia juga tidak diwajibkan
untukterus bersekedudukan bersama isterinya yang didakwa atau diyakini
berkelakuan buruk itu. Itulah sebabnya Allah menentukan satu prosedur hukum
yang berakhir dengan perceraian abadi antara kedua-duanya. Firman Allah
s.w.t.:
Terjemahan:
Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), sedangkan mereka tidak
ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang
itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungg! uh! nya dia
adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa
laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya
itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah,
sesungguhnya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah)
yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang
yang benar.
Soalan
Keempat:
Jika seorang
pemimpin negara di beberapa kawasan berselisih pendapat dengan timbalannya
mengenai isu-isu kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain sehingga
mereka berdua saling melemparkan tuduhan-tuduhan antara satu sama lain,
maka apakan cara shariah untuk menyelesaikan pertelingkahan di antara kedua-duanya?
Jawapan:
Cara yang terbaik berkenaan dengan
perkara ini ialah melantik pihak berkecuali ini tidak boleh dipengaruhi
oleh pujukan atau ugutan daripada penguasa atau ganjaran atau ancaman daripada
permerintah. Dia mesti melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang
neutral, adil dan mementingkan maslahat umat, sambil berusaha sedaya upaya
untuk mencari taufik daripada Allah dalam memutuskan perkara tersebut.
Sesungguhnya tengan Allah itu sentiasa berada bersama jamaah, berstu padu
itu akan sentiasa mendatangkan kebaikan, manakala perpecahan adalah punca
segala keburukan.
Inilah yang pernah dilakukan oleh Amirul
Mukminin Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah. Sebelum itu para sahabat
yang berada bersamanya atau bersama Mu'awiyah juga telah melakukan perkara
yang sama, kaum Khawarij menentang kebijaksnaan tersebut scraya melaungkan
slogan: "tidak ada hukum kecuali hukum Allah. Tetapi Abdullah bin Abbas
r.a berjaya membungkam mereka dengan hujah-hujah yang jelas dan tegas.
Beliau menjelaskan bahawa usaha mencari orang tengah sebagai hakim justeru
diperbolehkan oleh Allah dalam perkara-perkara yang jauh lebih remeh seperti
perselisihan dalam keluarga antara suami isteri. Jika ia dibolehkan dalam
perkara-perkara besar yang melibatkan perselisihan faham berkaitan dengan
umat. Selanjutnya Abdullah bin Abbas r.a membacakan firman Allah berikut
dihadapan mereka:
Terjemahan:
Dan jika kau khuatir akan berlakunya persengketaan di antara kedua-dua
(suami isteri), maka kirimlah seorang hakam (j! ur! u pendamai) daripada
keluarga lelaki dan seorang hakam daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua
orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik
kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Surah an-Nisa' 4:35)
Saya berpendapat bahawa satu jawatan
kuasa yang terdiri daripada para cendekiawan Muslim yang bijaksana dari
negara Indonesia, Pakistan, Arab Saudi atau lainnya yang dapat mengadili
perselisihan ini dengan kebenaran-kebenaran yang Allah tunjukkan kepada
mereka diiringi niat salih, keazaman yang benar, usaha yang bersungguh-sungguh.
Dan dengan itu terlerailah segala kesulitan, terbukalah jalan dan berlakulah
kesepakatan (taufik) sepertimana pesanan Allah s.w.t berkenaan juru pendamai.
Terjemahan: Jika
kedua orang hakam (juru pendamai) itu bermaksud mengadakan perbaikan nescaya
Allah memberi taufik kepada mereka suami isteri itu.
(Surah an-Nisa' 4:35)
Amat besar harapan saya terhadap saudara-saudara
saya di negara Malaysia tercinta, agar mereka berusaha sedaya upaya untuk
memadamkan api fitnah dan kembali bersatu padu memperkuatkan ketahanan
bangsa, demi menghadapi pakatan-pakatan jahat yang dirancang oleh kuasa-kuasa
besar bagi menghancurkan mereka secara khas dan kaum mislimin secara umum.
Dan itulah cara termudah bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah negara
sedangkan umat dalam kealpaan dan bercakaran sesama sendiri.
Jiwa saya seperti berkecai dan hati
saya rasa seperti dihiris melihat kejadian-kejadian yang berlaku terhadap
umat Islam. Allah telah menjadikan mereka sebagai umat terbaik yang dikeluarkan
untuk manusia, tetapi sayangnya mereka saling melancarkan tipu daya untuk
menjatuhkan antara satu sama lain. Akhirnya yang rugi tentulah negara dan
bangsa sendiri. Manakala pihak yang memperolehi keuntungan daripada perselisihan
tersebut ialah Israel, Amerika dan kausa-kuasa lain yang menanti peluang
untuk menyerang kaum Muslimin. Merekalah yang melaga-lagakan untuk memetik
hasil daripada pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku. Mereka menikmati
hasil yang maksima daripada pergaduhan antara dua kelompok. Wala hawla
Wala Quwata Illa Billah.
Saya mengingatkan saudara-saudara saya
akan firman Allah s.w.t
Terjemahan:
Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah
kamu bercerai berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu semasa kamu dahulu
bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kau
kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada
di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah
Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu, agar kamu memperolehi petunjuk.
(Surah Ali Imran 3:103)
Al-Faqir Ila-lah
Ta'ala
Yusuf al-Qaradawi
10 September 1998
18 Jamadil Awal 1419
|