*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cybersex Melayu dan Perjuangan Menegakkan Islam di
Malaysia? 
 

Laporan akhbar tabloid Harian Metro, 8 Jun 2000, pada
mukasurat hadapan, mendedahkan tentang kewujudan
laman-laman web internet Melayu berunsur lucah yang
dipaparkan dengan aksi lucah serta rakaman video
interaktif oleh model-model amatur dan profesional
erotik MELAYU. 

Realitinya, laman-laman web tersebut bukanlah perkara
baru di negara ini, namun laporan itu mensensasikan
akhbar tabloid tersebut. Laman web yang dibina khas
untuk memaparkan perlakuan lucah orang berbangsa
Melayu juga terdapat ruangan untuk menceritakan
pengalaman seks dan sex chatting secara realtime
Terdapat juga artis tempatan yang terlibat di dalam
arena kelucahan cyber erotik sama ada yang telah
disuperimpose atau pun yang benar-benar melakukan aksi
erotik tersebut. Lebih menarik dan sensasi lagi
perlakuan lucah dan erotik gadis bertudung dan pelajar
Institusi Pengajian Tinggi tempatan juga dipaparkan. 

Fokus yang hendak diutarakan bukanlah berkisar tentang
laman-laman web tersebut, tetapi lebih cenderung
kepada pemikiran, sikap dan tindakan umat Islam di
Malaysia yang bermajoritikan umat Melayu Islam dalam
menghadapi isu dan persoalan akhlak. Persoalan
dasarnya pula ialah tentang perjuangan sia-sia
pemerintah dalam menghadapi isu akhlak. 

Umat Melayu Islam di Malaysia Menuju Kebejatan Akhlak 

Mengimbau akan perkembangan kecemerlangan sahsiah dan
pembangunan akhlak di negara ini menunjukkan satu
ruangan yang amat luas untuk diperbaiki dalam arus
krisis moral yang kian parah. Iktibar daripada
laporan-laporan akhbar di negara ini merangkumi krisis
moral dari pelbagai golongan daripada rakyat hingga ke
pemerintah. 

Apalah ertinya ungkapan 16 nilai-nilai murni yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak di
bawah Kementerian Pendidikan pada tahun 1976,
sekiranya hasil yang kita dapati pada hari ini ialah
laporan akhbar Harian Metro, 8 Jun 2000 di muka surat
hadapan. 

Kemelut akhlak apabila berhadapan dengan pendekatan
Islam ianya merupakan satu tanggungjawab yang holistic
atau menyeluruh. Firman Allah : Kamu (umat Muhammad)
adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia,
kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara makruf dan
melarang daripada segala perkara mungkar serta kamu
pula beriman kepada Allah. (Ali Imran : 110) 

Oleh yang demikian, jika ditamsilkan, di dalam sebuah
perkampungan terdapat longgokan najis di tengah-tengah
kampung tersebut dan baunya cukup tidak menyenangkan
seluruh penduduk kampung, maka adakah kita hanya akan
menutup tingkap dan pintu masing-masing sahaja dan
membiarkan keadaan begitu sehingga ada orang yang
membersihkan najis tersebut. Atau pun, adakah kita
dapat membiasakan diri dengan bau najis tersebut serta
hidup senang dengan adanya najis di tengah-tengah
kampung tersebut. Mungkin kita melantik sebilangan
orang untuk membersihkan najis tersebut dengan
diberikan upah dan sebagainya. Jika demikian sikapnya
kita, maka samalah kita dengan orang – orang Yahudi
atau Bani Israel yang dilaknat oleh Allah akibat
mengingkari suruhan Allah untuk berbuat makruf dan
melarang kemungkaran. 

Firman Allah : Mereka satu sama lain selalu tidak
melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat,
sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka
perbuat itu. (Al Maidah : 79) 

Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi membawa
cabaran dengan derapan yang cukup menggugat pegangan
aqidah dan penghayatan akhlak umat Islam di dunia
umumnya dan di Malaysia khususnya. Asas perisai ampuh
iaitu aqidah yang dapat menyaring segala ledakan
syahwat material dan seksual umat Islam kian terhakis
dengan ketiadaan pendekatan yang serius untuk
mempertahankan aqidah umat Islam. Fokus kecemerlangan
dan kejayaan negara di timbang melalui pembangunan
material dan fizikal dengan mengabaikan asas
pembangunan insan yang utama iaitu akhlak. Akhlak
telah dikategorikan sebagai suatu perkara sensitif dan
peribadi di negara ini kerana ia tidak ditekankan
dengan serius oleh pihak pemerintah yang terpesona
dengan pembangunan material. Kegagalan untuk
meletakkan keseimbangan dalam konteks pembangunan
negara memperlihatkan umat Islam di Malaysia menuju ke
arah kebejatan akhlak tanpa sedar. 

Kaitan rapat antara aqidah dan akhlak perlu diberikan
perhatian sepenuhnya. Ini adalah kerana kebejatan
akhlak mencerminkan penderhakaan umat terhadap
penciptanya dan ini melibatkan pegangan aqidah umat
Islam. 

Namun demikian pertalian antara aqidah dan akhlak dan
dikekalkan dengan pelaksanaan syariat yang menyeluruh
meliputi segenap aspek kehidupan manusia merangkumi
politik, ekonomi, sosial, perundangan, kebudayaan dan
sebagainya. Keengkaran dalam melaksanakan syariat
melibatkan pegangan dan aqidah kita terhadap Allah. 

Firman Allah : Barangsiapa yang tidak memutuskan
perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka
mereka itulah orang-orang kafir. (Al Maidah : 44) 

Adapun masyarakat yang tidak menerima syariat Allah
sebagai sumber perundangan mereka merupakan
kemungkaran paling besar dan berat wujud dalam diri
mereka sendiri dan ianya menjadi sumber utama
kemungkaran yang lainnya. 

Akhlak Politik , Media Massa dan Pendidikan 

Aqidah tanpa syariat merupakan asas pegangan Islam di
dalam negara ini. Umat Islam di negara ini dipesonakan
dengan syiar-syiar seperti masjid dan musolla di bina
di merata tempat dengan dihiasi dengan pelbagai
perhiasan, ceramah-ceramah dan pengucapan awam pula
dihadkan kepada isu-isu tertentu sahaja, Al Quran
dipertandingkan tanpa didasarkan dan diperspektifkan
dalam menghadapi isu semasa, perayaan kebesaran Islam
diraikan tanpa dihayati signifikan asas yang dapat
membina jiwa dan ruh Islam. Semua perkara ini antara
lain ialah untuk mengabui masyarakat Islam di Malaysia
bahawa pemerintah menjalankan tanggungjawabnya
terhadap Islam. 

Wal hal ianya satu pendustaan terhadap Islam dan satu
pencabulan terhadap syariat Islam keseluruhannya.
Media massa memainkan peranan yang hebat dalam hal ini
dengan menjadi jentera politik parti pemerintah.
Pendustaan sensasi dan fitnah menjadi asas kepada
ketidak seimbangan laporan media massa. 

Media massa merupakan instrumen yang cukup ampuh dalam
membentuk pemikiran masyarakat kerana ianya mempunyai
satu daya dan upaya untuk membentuk persekitaran. Jika
ianya memaparkan laporan, berita, rancangan dan
program yang selari dasar pemerintah maka persekitaran
dan pemikiran masyarakat akan terdorong dan terarah
kepada pemikiran pemerintah. 

Pemerintah pada realitinya berada di atas platform
politik dan seandainya politik ini tidak berakhlak
dengan akhlak yang berasaskan aqidah dan syariat maka
ianya tertolak bagi umat Islam. Politik yang
memisahkan dirinya dari kekuasaan Allah merupakan
politik fabrikasi daripada kepelbagaian ideologi
pemikiran manusia. 

Usah diharapkan untuk melihat politik yang bermodelkan
politik yang bersih dari penyelewengan sekiranya
pendekatan Islam tidak diamalkan. Dasar sesebuah parti
merupakan asas ideologi dan tindakan parti itu.
Sekiranya ianya tidak bersumberkan Al Quran dan As
Sunnah maka dengan sendirinya ia bertindak tidak
mengiktiraf kekuasaan Allah 

Firman Allah : Maka patutkah aku mencari hakim selain
daripada Allah, walhal Dia lah yang telah menurunkan
kitab (al Quran) kepadamu dengan terperinci? (Al An’am
: 114) 

Dengan kuasa yang ada pada pemerintah maka media massa
menjadi tunggangan untuk melaporkan tentang wibawa
pemerintah dan masyarakat dipaksa untuk menerima
laporan tersebut kerana sumber alternatif yang lain
disekat atau pun disukarkan penerbitannya. 

Namun demikian, hanya dengan ilmu dan pendidikan
sahaja yang dapat memberikan pertimbangan yang
sewajarnya dalam hal ini. Akan tetapi dasar pendidikan
dan penyebaran ilmu masih lagi dikongkong dengan licin
tanpa masyarakat sedari. Model pendidikan dicelup dari
negara bukan Islam dan bekas penjajah, maka ruh Islam
telah terlucut sejak dari pendidikan awal lagi.
Dualisme pendidikan menjadi dasar pendidikan dan
melahirkan pemikiran yang tidak seimbang antara
golongan pendidikan agama dan pendidikan kovensional.
Atas asas inilah pertentangan wujud dalam menegakkan
ideologi yang benar. Golongan pendidikan agama
menyifatkan dasar negara sebagai terkeluar daripada
pegangan aqidah Islam manakala golongan pendidikan
konvensional pula bertegas bahawa hanya dengan
sekularisasi dasar negara sahaja dapat memajukan
negara. 

Ini sebenarnya ialah perancangan musuh Islam yang mahu
melihat umat Islam berpecah belah dan hancur. 

Konflik Mengenal Kebenaran 

Kebenaran hanya dapat terungkap dengan satu
pertimbangan yang benar dan disepakati bersama. Atas
pertimbangan itulah dijadikan pedoman supaya dapat
diukur segala perbuatan. Segala perbezaan antara
makruf dan mungkar dapat dirungkaikan dengan timbangan
itu, namun dari mana kita mengambil timbangan
tersebut? 

Sikap dan pemikiran, pada perkiraan kebiasaan, adat,
hawa nafsu dan syahwat yang sentiasa berubah-ubah dari
masa ke semasa. Oleh itu, timbangan itu mestilah
bersabit teguh dan tidak berubah dan terpengaruh
dengan hawa nafsu. Timbangan itu hanyalah timbangan
Allah Rabbul Jalil. 

Namun apa akan terjadi apabila pada dasarnya
masyarakat tidak mahu mengakui timbangan Allah bahkan
menolak syariat dan perundangan Islam sebagai dasar
aturan kehidupan masyarakat bernegara. Maka amat
rapuhlah sikap dan pemikiran umat itu kerana menolak
kekuasaan syariat Allah. Oleh itu sia-sialah segala
usaha pencegahan kemungkaran seperti yang di laporkan
di akhbar-akhbar akan gejala kebejatan akhlak malahan
semakin menular di kalangan umat Islam di Malaysia. 

Umat Islam di negara ini bersikap longgar dalam hal
yang melibatkan akhlak umat Islam kerana ianya tidak
menjejaskan pembangunan fizikal dan material dalam
satu tempoh dan jangka masa sepertimana dalam
pemikiran pemerintah. Golongan yang cuba menyampaikan
kebenaran berdasarkan timbangan yang disepakati oleh
golongan cendekiawan telah ditolak dan dilabel sebagai
pembangkang. 

Inilah sikap masyarakat yang merupakan refleksi
daripada sikap dan pemikiran pemerintah. Kefahaman
terhadap agama dihadkan kepada perkara tertentu yang
tidak menyentuh sistem pemerintahan dan terlucutnya
daya kefahaman masyarakat terhadap Islam secara
menyeluruh. 

Realitinya, kebenaran pada hari ini dilihat sebagai
fitnah dan fitnah itu kebenaran. Masyarakat kini
sedang rabun kebenaran dan diberikan pula kacamata
yang difabrikasi mengikut acuan pemerintah yang
menyembunyikan kebenaran. 

Keperluan kepada Perubahan : Ambil Islam Menyeluruh
atau Tinggalkan Islam secara Menyeluruh 

Sudah sampai ketikanya untuk menjelmakan semula ruh
Islam sebagai satu dimensi gagasan sikap dan
pemikiran. Seluruh tenaga perlu digemblengkan untuk
membudayakan ilmu supaya dapat melihat kebenaran
melalui kacamata yang haq iaitu Islam. 

Islam adalah satu sistem kemasyarakatan yang lengkap,
yang setiap aspeknya berjalinan dan saling mendukung.
Sistem Islam berbeza kriterianya, gagasannya tentang
kehidupan dan cara pelaksanaannya dari sistem-sistem
barat seperti diamalkan di negara ini yang
bersandarkan super sekularisme. Perbezaan ini adalah
perbezaan pokok dan menyeluruh. Oleh yang demikian
sudah pasti sistem Islam itu tidak berada di dalam
sumber dan punca persoalan masyarakat sekarang. Ini
adalah kerana punca persoalan masyarakat sekarang
adalah dari sistem selain Islam seperti super
sekularisme dan dasar-dasarnya serta dijauhkan Islam
dari lapangan kehidupan. 

Tetapi yang menghairankan, Islam seringkali diminta
untuk menyelesaikan masalah yang tidak pernah
ditimbulkan di dalam negara yang langsung tidak
mengamalkan sistem Islam secara keseluruhannya,
mengenai permasalahan wanita dan parlimen, wanita dan
kerja, gejala sosial remaja, pergaulan bebas dan
sebagainya. Orang-orang yang meminta Islam menjawab
persoalan ini pula tidak suka kalau Islam memerintah
dan tidak berada di dalam ruang lingkup kefahaman
Islam dan hidayah Allah. 

Yang anehnya pula terdapat juga ulama’-ulama’ yang
menjawab persoalan itu dan hukum Islam dalam masalah
cabang itu dan membahaskannya dalam suasana negara
tidak diperintah oleh sistem Islam. 

Apakah urusan Islam sekarang ini dengan masuk atau
tidaknya wanita ke parlimen? Apakah urusan Islam
dengan masalah wanita di tempat kerja serta pergaulan
bebas dan sebagainya? Apakah hubungan Islam terhadap
persoalan-persoalan yang dipunyai oleh sistem yang
dilaksanakan sekarang yang tidak percaya kepada sistem
Islam, dan tidak suka kepada pemerintahan Islam.
Kenapa masalah cabang ini diminta diselesaikan oleh
Islam padahal sistem Islam yang keseluruhannya diusir
dari masyarakat dan perundangan serta kehidupan. 

Islam adalah ad Din dan suatu keseluruhan yang tidak
dapat dibahagi-bahagikan. Jadi Islam dapat diambil
sebagai suatu keseluruhan dan dapat pula ditinggalkan
sebagai suatu keseluruhan. Tetapi kalau Islam diminta
untuk mengeluarkan pandangan dalam urusan kecil dan
cabang sedangkan masalah-masalah itu sama sekali tidak
dilihat dari perspektif masalah asas dan pokok maka
masalah cabang dan kecil ini tidak boleh diterima oleh
orang Islam termasuklah para ulama’ 

Oleh yang demikian, apabila timbulnya isu-isu cabang
seperti gejala sosial, korupsi, penyelewengan, rasuah
dan sebagainya, jawapan kepada persoalan tersebut
ialah jadikan Islam sebagai dasar pemerintahan.
Kemudian barulah ditanya sekiranya isu dan
permasalahan tersebut wujud hasil daripada
pemerintahan sistem Islam. 

Islam mendidik manusia berlandaskan hukum dan
perundangan Allah yang meliputi segenap aspek
kehidupan. Oleh itu, keutamaan untuk pelaksanaan
perintah Allah ialah dengan mempraktikkan sistem hukum
dan pemerintahan dalam dasar perundangan, pendidikan,
kebudayaan dan sebagainya. 

Setelah dilaksanakan masyarakat Islam sebagaimana
model di zaman Rasulullah, barulah ditinjau sama ada
timbulnya permasalahan gejala dan kebejatan sosial,
korupsi, penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan
sebagainya. Di dalam masyarakat Islam yang
melaksanakan segala perundangan dan syariat Islam
tidak wujud masalah rogol, buang anak, sumbang mahram,
VCD lucah, website lucah dan sebagainya. Ini adalah
kerana sistem Allah memang sudah direka khusus untuk
mengatur kehidupan manusia. Seandainya terdapat
keengkaran maka ianya adalah berlandaskan hawa nafsu
dan terdapat hukumannya. Namun di dalam masyarakat
Islam sistem hudud boleh dijadikan sebagai hot stove
di dalam masyarakat. Dalam pada masa yang sama
pembangunan material dan fizikal pula dapat diupayakan
dengan fikrah yang bersih dan suci dari gejala
negatif. 

Oleh yang demikian, segala bentuk keupayaan haruslah
dikerahkan ke arah untuk melaksanakan Islam secara
keseluruhannya dan pelaksanaan hukum Islam dalam
segala segi kehidupan. Umat Islam harus menuntut agar
Islam menguasai sistem masyarakat dan perundangan
antarabangsa. Pendidikan Islam seharusnya integratif
dengan bentuk ilmu fardhu kifayah yang lain untuk
membentuk kekuatan dan kehidupan yang menobatkan Islam
sebagai umat yang terbaik. 

Firman Allah : Mereka mahu memadamkan cahaya Allah
dengan mulut mereka. Allah enggan kecuali
menyempurnakan cahanya meskipun dibenci marah oleh
orang-orang kafir, Dialah yang menghantar RasulNya
dengan hidayat dan agama yang benar untuk menunjukkan
Islam lebih tinggi dari semua agama yang lain walaupun
dibenci marah oleh orang-orang musyrik. (At Taubah :
32 –33) 

Yang faqir di sisi Allah
Alim Mujahid
FPP, UiTM 




 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke