Pendapat saya, minum air soyabean ni bagus juga, sebab kacang soya banyak kalsium. Tapi yang dalam kotak/tin ni, kalau ikut Peraturan Makanan 1985, biasanya ada artificial flavour, food conditioner dan preservatives (pengawet). Bahan pengawet ni (boleh jadi Sulphur dioxide, Benzoic acid atau Sorbic acid) kalau makan banyak-banyak pun tak elok. Berbeza dengan susu UHT (ultra high temperature), kemungkinan tiada pengawet sebab diawet dengan suhu tinggi, bukannya dengan pengawet yang beracun tu. Jumlah maksimum yang dibenarkan oleh PM 1985, Sulphur dioxide 140mg/L, BA 350mg/L dan SA 350mg/L untuk minuman jenis "direct consumption". Ini bermakna setiap liter yang puan minum mungkin ada 350 miligram "racun" Benzoic acid. Nasihat saya kurangkan minum air jenis dalam kotak/tin ini. Maklumat lain tentang makanan. Di Malaysia, kebanyakan makanan yang diproses di Malaysia adalah menepati Peraturan Makanan 1985 (Akta Makanan 1983). Walaupun begitu kadang-kadang peraturan dibuat setelah mengambilkira pandangan dari pengeluar/pekilang. Pekilang mungkin memberi alasan makanan tersebut cepat rosak tanpa menambah sejumlah pengawet atau menggantikan gula dengan pemanis tiruan. Jadi kerajaan mungkin akur dengan permintaan pekilang ini. Win-Win situation lah tu. Jadi kadar pengawet yang dibenarkan akan ditinggikan. Begitu juga dengan kandungan logam berat seperti plumbum/lead, zink dan iron/ferum. Makanan yang diimport dari negeri China biasanya tak menepati PM 85. Asam masin biasanya ada pemanis tiruan cyclamate yang tak dibenarkan, preserved fruits (jeruk buah) dan preserved vegetables (sayur masin) biasanya banyak pengawet sulphur dioxide dan benzoic acid. Berhati-hati dengan buah mata kucing dan longan yang diimport dari Thailand, biasanya direndam dalam formaldehide. Kalau nak makan jugak, basuh dengan air yang banyak, formaldehide larut air, dan jangan gigit kulitnya. AMARAN - Pengambilan bahan pengawet yang banyak boleh menyebabkan kanser. -----Original Message----- From: Moderator Keluarga Sutera [mailto:[EMAIL PROTECTED]] Sent: Thursday, June 08, 2000 8:53 PM To: Sutera Subject: [Sutera] Fwd: PERTANYAAN :AIR SOYA BEAN --- *************************************************** Anda dijemput menyertai group Keluarga, Sutera & Edisi dengan menghantar e-mail kosong kepada: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED] *************************************************** --------- Forwarded Message --------- DATE: Wed, 7 Jun 2000 23:38:05 From: To: 'MODSUTERA' <[EMAIL PROTECTED]> tak perlu siarkan email add. saya please.. Assalamaualaikum... sejak kebelakangan ini saya terlalu banyak minum air soya bean. dalam 1 hari 2-3 tin /kotak yg saya minum. malam2 sebelum tidur mesti nak minum. sampai suami naik heran, ye la, hari2 minum soya bean tak muak ke?? tak tahulah kalau tak minum rasa haus semacam. nak minum air lain tak ada selera. saya bimbang takut ada kemudaratan . kalau ada sapa2 yg tau pasal ni (keburukan ) sila terangkan. Terima kasih. --------- End Forwarded Message --------- Get your FREE Email at http://www.mailcityasia.com ------------------------------------------------------------------------ Remember four years of good friends, bad clothes, explosive chemistry experiments. http://click.egroups.com/1/4051/4/_/495387/_/960469037/ ------------------------------------------------------------------------ ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~ SUTERA - Berita dan artikel menarik dalam pelbagai topik Langgan dengan menghantar e-mail kosong (blank e-mail) kepada [EMAIL PROTECTED] Untuk sumbangan artikel, e-mail kepada [EMAIL PROTECTED] Untuk keluar, hantar e-mail kosong kepada [EMAIL PROTECTED] ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~ ------------------------------------------------------------------------ Never lose a file again. Protect yourself from accidental deletes, overwrites, and viruses with @Backup. Try @Backup it's easy, it's safe, and it's FREE! Click here to receive 300 MyPoints just for trying @Backup. http://click.egroups.com/1/4936/4/_/495387/_/960550331/ ------------------------------------------------------------------------ ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~ SUTERA - Berita dan artikel menarik dalam pelbagai topik Langgan dengan menghantar e-mail kosong (blank e-mail) kepada [EMAIL PROTECTED] Untuk sumbangan artikel, e-mail kepada [EMAIL PROTECTED] Untuk keluar, hantar e-mail kosong kepada [EMAIL PROTECTED] ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~