*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini  minggu pertama bulan June tahun 2000; antara yang menarik minggu
ini selain daripada keputusan p/raya Telok Kemang yang menyaksikan BN
kekurangan 4,970 undi berbanding p/raya umum yang lepas, di awal minggu ini
kita digemparkan dengan pembunuhan Setiausaha Agung Gerakan Acheh
Merdeka (GAM), Teuku Don Zulfahri di Kuala Lumpur.

Ish, Malaysia ini walau pun nampak aman di luar, tapi nampak gayanya
bergolak juga di dalam. Seingat saya dalam masa 2 tahun ini, banyak benda
yang bersangkut dengan politik negara lain meletus di Malaysia ini. Hari
itu, kita baca dalam Intenet kisah beberapa orang pemimpin Pejuang Patani
(PULO) yang dicekup hidup-hidup di Kuala Kangsar dan diserahkan kpd pihak
berkuasa Thailand; tak pasti pulak pasal apa 'depa' sanggup buat macam tu
kat pemimpin-pemimpin Mujahideen itu, mungkin sebab depa terhutang budi
pasal Siam tolong depa cekup Ustaz Asshaari hari itu, tapi mungkin ada sebab
lain yg kita tak tau; cuma yg kita tau anak bini pemimpin2 Patani kat
Malaysia hari ini tengah dok merindui suami/ayah mereka yang tengah merengkok
dalam penjara di Siam sana.

Selain daripada Pejuang Acheh dan Pejuang Pattani yang nampaknya tak berapa
selamat menumpang berteduh di bumi Islam Malaysia yang diwar-warkan oleh
bekas ahli Parlimen Sik (yg kebetulan berketurunan Melayu Patani) sebagai
mengamalkan Piagam Madinah ini; dengar katanya Malaysia juga hari ini menjadi
tempat untuk tumpang berteduh bagi kumpulan Pejuang Chechnya, suratkhabar2
tempatan ada bercerita mengenai Anak Presiden Chechnya yang hari ini tengah
berlindung di Malaysia.

KITA HARAP LEPAS INI TAK DAK LAH PULAK KELUAQ BERITA KATA ANAK PRESIDEN
CHECHNYA INI KENA BUNUH DENGAN 'PEMBUNUH UPAHAN' KA, KGB KA SAPA-SAPA KA!!

[Kalau ada, teruk sangatlah kita ini; dah lah Pemimpin PULO kena cekup,
pemimpin GAM kena bunuh, takkanlah pulak kali ini kena giliran orang Checnya
pulak kot...malu kita weih!!]

Lain dari itu, entah betul entah tidak,  masa heboh kes Kg Rawa tanggal 27
March 1998 hari itu, ada orang dok buat cerita kata kat Malaya ini ramai
jugak puak2 Tamil Ellam tumpang berlindung, dan hebohlah jugak berita kat
Penang kata geng2 Tamil Ellam ini waktu itu sudah masuk sini mau buat havoc!!

NASIB BAIK TAK DAK APA-APA; KALAU TIDAK JADI PANJANGLAH CERITA KG RAWA ITU!!

Tapi, tak pastilah pulak kita betul ke sungguh kat Malaysia ini ada
geng-geng Tamil Ellam tumpang berteduh; sebab setakat berita ini ditulis tak
ada lagi kita pernah terbaca atau terdengar cerita kata ada geng-geng Tamil
Ellam yang dicekup di bumi Malaysia dan diserahkan hidup-hidup kpd kerajaan
Sri Langka macam yang depa buat kat Tuan Guru Rahman Betong, Supreme Leader
of the New PULO itu. Dan, tak ada juga kita dengar kata ada yang kena tembak
hidup-hidup dalam restoren macam yang berlaku kpd Allahyarham Teuku Don
Zulfahri pemimpin GAM di Kuala Lumpur minggu ini.

MUNGKIN AGAMA BERBEZA KOT - MAKA LAYANAN PUN BERBEZA JUGAK LAH!!

[Tak pasti lah pulak kot kalau benda-benda ini ada persamaan dengan istilah
'Islamicphobia' yang diketengahkan oleh , Yang Dipertua Persatuan Ulama 
Malaysia (PUM) dua tiga hari lepas]

Ringkas kata, pembunuhan Setiausaha GAM minggu ini dan layanan ke atas
puak-puak PULO di Malaysia ini menyebabkan kita banyak berfikir mengenai
banyak perkara. Antaranya ialah kenyataan PM ketika mengulas mengenai 
pembunuhan
Setiausaha Agung GAM ini.

"Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini melahirkan
kebimbangan dengan fenomena penggunaan pembunuh upahan di negara ini ekoran
pembunuhan Setiausaha Agung Gerakan Acheh Merdeka (GAM) Teuku Don Zulfahri
di Kuala Lumpur Khamis lalu. Beliau berkata, kejadian sedemikian bukanlah
sesuatu yang dapat diterima dalam politik negara ini.   ''Ini bukan budaya
kita; kita tidak mahu ada orang yang  diupah untuk membunuh musuh-musuh
politik mereka. Saya khuatir kalau-kalau penggunaan pembunuh upahan  berlaku
di Malaysia,'' katanya pada sidang akhbar di Hotel 1926 di sini , hari ini."
- " - UM 5/6/2000

INI BUKAN BUDAYA KITA???
TIDAK ADA PEMBUNUHAN POLITIK DI MALAYSIA??

PIIRAHH - HARI ITU SIAPA YANG BUNUH PENAMA-PENAMA BERIKUT??

Tarikh: Hari Selasa 19 November 1985
Tempat: Kg Memali, Baling Kedah.
Terbunuh: Ibrahim Mahmud,  Ahmad Hassan, Cikgu Syafie, Hj Abdullah, Abdul
Manaf, Ghazali Mohd Saman, Mohd Radzki, Wan Abdullah, Mohd Aroff, Zamri Md
Isa, Abdullah Yasin, Mohd Daud dan Ahmad Bin Ismail.

Nota: 13 orang yang lain cedera parah, dan salah seorangnya meninggal dunia
tak berapa lama selepas kejadian.

SIAPA YANG BUNUH DEPA???

KALAU TIDAK MAHU MENGAKU PUN, SEKURANG-KURANGNYA CUBALAH BUAT MACAM DATUK
SYAFIE BEKAS WAKIL RAKYAT UMNO DI BALING, YANG DATANG MENJENGUK DAN
BERTANYAKAN KHABAR KEPADA BALU-BALU  INI WALAUPUN SETELAH BERBELAS TAHUN
SUAMI MEREKA PERGI MENGADAP ILLAHI!!

[Alhamdulillah, sangka tak sangka pembunuhan seorang pejuang yang lain
(Pemimpin GAM) menyebabkan hati kita terusik dengan kenangan Memali. Apa
khabar agaknya anak bini Memali? Seorang sahabat dari Baling bercerita
mengenai musim hujan di sana sekarang; lalu hati kecil kita tertanya -
menoreh getah kah mereka pagi ini? cukupkah beras mereka di tempayan? Jika
tidak, masihkah ada insan-insan yang masih prihatin?... Kasihan mereka!!]

Okay, selain daripada kisah pembunuhan seorang Pejuang di Kuala Lumpur ini,
yg dirasakan akan pudar beritanya ditelan masa, minggu ini kita menyaksikan
sekali lagi p/raya kecil yg kedua selepas Sanggang di Teluk Kemang. Tak
perlu diulas panjang cerita ini sebab keputusannya sudah sama-sama kita
ketahui; BN boleh berbangga kata apa-apa pun 'markah'nya, BN tetap menang;
dan BA juga boleh berbangga bahawa w/punBA kalah tapi kemerosotan undi BN
sebanyak 4,970 itu menandakan bahawa sokongan rakyat jelata terhadap
UMNO/MCA/MIC dan rakan-rakan kongsinya sudah jauh berkurangan.

Sebenarnya, secara sinis kita boleh kata bahawa kalau kita plot graph,
insyaallah di tahun 2004 ini, kalau BA lebih berusaha, Teluk Kemang boleh
jatuh ke tangan kita. Tak percaya tengok keputusan di bawah ini:

1995: Barisan menang majoriti 21,015 undi
1999: Barisan menang majoriti 9,942 undi
2000: Barisan menang majoriti 5,972 undi

MAKIN LAMA MAKIN MENURUN NAMPAK!!!

[Sebenarnya BN sudah desperate sangat dlm p/raya kecil T/Kemang ini;
buktinya satu hari sebelum hari p/raya, kita boleh lihat di muka depan
akhbar the STAR 9/6/2000, berita utama di bahagian atas muka depan mengatakan 
bahawa Perternakan Babi yang diharamkan kerana kes JE dahulu, kini - menjelang 
hari pilihanraya - dibenarkan semula]

BABI PUN BABILAH; JANJI DAPAT UNDI!!

NASIB BAIK ADA BABI; KALAU TIDAK MAKIN MEROSOTLAH UNDI BN.

SO, TIDAK KETERLALUAN KALAU KITA KATAKAN BAHAWA SALAH SATU SEBAB KENAPA BA
KALAH DI TELUK KEMANG IALAH KERANA CALON BN MENDAPAT UNDI BABI!!

[Hangpa nak marah marahlah, tapi benda ini  facts]

Akhir sekali, sebagai penutup kepada ulasan mingguan minggu ini; di awal
minggu ini jugak saya ada terbaca kenyataan daripada Ketua GPMS (Gabungan
Pelajar Melayu Semenanjung) Cawangan Kedah yang mencadangkan supaya kerajaan
menarik balik pinjaman atau bantuan pelajaran kpd mana-mana Mahasiswa/i
yang menyokong pembangkang, i.e menentang UMNO!!

Saya, sebagai bekas Presiden Mahasiswa/i di Universiti dahulu, merasa
terperanjat yang amat sangat dengan kenyataan sebegini dangkal, kerana
sesungguhnya walaupun saya menyokong pembangkang, tapi jauh di sudut hati
saya, saya sentiaasa mengikuti perkembangan dan perjuangan GPMS dari jauh;
dengan ikhlas saya katakan bahawa saya cukup menghormati dan menyanjungi
perjuangan GPMS selama ini yang memperjuangkan hak-hak saya dan rakan-rakan
sebagai anak bangsa Melayu.

Sampai hari ini saya masih menyanjungi GPMS, tapi hati kecil saya
benar-benar terhiris dengan kenyataan dangkal seorang Ketua GPMS peringkat
negeri ini. Apakah beliau ingat semua orang yang sokong Pembangkang semasa
di kampus akan terus menyokong pembangkang bila sudah berkerja, dan begitu
juga sebaliknya, apakah beliau ingat mereka yang menyokong UMNO semasa di
kampus, akan terus menyokong UMNO apabila sudah keluar nanti?

Saya tak tau nak kata apa, cumanya saya nak tulis kata:

Kalaulah GPMS sudah penat berjuang untuk memartabatkan bangsa Melayu (tanpa
mengira pangkat, keturunan atau pun fahaman politik), maka saya dengan ini
ingin menyarankan supaya GPMS dengan secara rasminya ditukar maknanya
menjadi:

GABUNGAN PELAJAR 'MANGKAQ' SEMALAYSIA!!!

Kepada pemimpin GMPS Negeri Kedah itu, jika anda tak tahu makna 'Mangkaq';
silalah tanya kepada sapa-sapa di Negeri Kedah; kalau tidak maka 
selama-lamanya lah and tergolong dalam golongan set-set "Ghaplah Jingga"!!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi










________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to