*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikummussalam sdri Rose,
Terima kasih atas sumbangan sdri kepada kefahaman poligami ini.
Ini lah premis sebenarnya dalam amalan poligami.

Umum juga perlu tahu bahawa selepas Saiyyiditina Fatimah meninggal, 
Saiyyidina Ali mengambil 4 isteri dengan satu akad.

Igauan ngeri dan pahit kepada isteri, terutama isteri pertama.
Ini lah fahaman popular dikalangan umat Islam zaman ini.  Adakah kita nak 
ikut fahaman popular ini atau nak imbas kembali amalannya oleh umat Islam yg 
silam ?  Apakah asas nya kepada fahaman popular ini ?
Adakah kita nak pentingkan nilai akhirat atau nilai dunia ?
Jika dilihat ratio lelaki:perempuan; sudah tentu terlalu ramai perempuan yg 
tak akan berkahwin jika lelaki amalkan monogami.  Apakah nak dibiarkan gitu 
saja atau nak ringankan keadaan ?
Isteri yang dididikkan dengan sepatutnya, insyaAllah akan bersama rasa 
kemanisan madu itu kerana Allah akan beri kemanisan itu kepada nya.
Keutamaan nya adalah keredhaan Allah dan nilai akhiratnya.
Sekiranya ada masalah, kita rujuk kepada 'alim/ulamak.
RasulAllah sendiri isterikan anak2 perempuan nya kepada Saiyyidina Osman 
yang sudah pun beristeri.  Tidak kah baginda tahu akan pahit ngeri nya ?  
Saiyyiditina Fatimah ada kelasnya sendiri, dengan itu tidak boleh di'umum' 
kan.
Poligami kena bermula dari premis yang betul.  Kena mengamalkannya dengan 
ilmu yang benar.  Dengan pihak2 yang sesuai dididik.
Ia bukan sesuatu yang ngeri dan pahit jika ia dibuat dengan cara yang benar, 
insyaAllah.
Wallahu a'lam.

...................................

>From: Rose <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Isu Poligami.
>Date: Wed, 7 Jun 2000 15:21:27 +0800 (SGT)

>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Assalamualaikum.
>
>"Bagaimana remuk dan hancurnya jerami gandum dalam genggamanku ini
>begitulah hancurnya hatiku dengan permintaan" antara kata2 simbolik dari
>Saiyidatina Fatimah sewaktu suaminya menyatakan hasrat untuk menikah lagi.
>
>POLIGAMI...madu yang manis bagi seorang suami, namun igauan ngeri dan
>pahit bagi wanita bergelar isteri...tambah lagi buat isteri yang pertama.
>Bagaimanapun keharusan berpoligami sememangnya tidak boleh dipertikaikan
>kerana Islam sememangnya telah menetapkan dengan jelas hukum berpoligami.
>Pihak lelaki sama ada dengan izin isteri atau sebaliknya bebas untuk
>melaksanakanya kerana poligami merupakan hak mereka. NAMUN awas kaum
>lelaki perlu diingat bahawa dalam masalah poligami , walaupun ianya hak
>kaum lelaki namun ia bukanlah hak mutlak mereka kerana sejakdari zaman
>Rasulullah saw lagi sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan perlaksanaan
>poligami itu boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau
>menyebabkan anak2 terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu
>TERBATAL!!. Walaupun pada awal niatnya adalah ikhlas kerana Allah Ta'ala.
>
>Allah itu Maha Kaya Maha Adil......
>
>Justeru itu pihak suami yang ingin melaksanakan poligami perlu menambahkan
>ilmu dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. "Fahami selok belok
>berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. Biarlah orang yang
>ingin diperisterikan itu benar-benar orang yang ingin dibela.
>
>Fahami selok belok berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah.
>Biarlah orang yang ingin diperisterikan itu benar-benar orang yang ingin
>dibela. Banyak berlaku dikalangan suami yang kononnya ingin membela nasib
>wanita, tetapi memilih anak gadis yang berumur17 tahun misalnya, tentulah
>lari daripada konsep pembelaan. Rasulullah saw. dalam konteks membela kaum
>wanita, baginda mengahwini wanita-wanita yang janda dan sudah berumur
>bahkan ada yang purus haid. Janganlah poligami itu sahaja mengikut sunnah
>Rasul sedangkan pengamalannya tidak mengikut sunnah. Rasulullah sendiri
>sewaktu memperisterikan Khadijah tidak sekali-kali melakukan poligami.
>Baginda begitu meraikan pengorbanan oleh Khadijah. Setelah kematian
>Khadijah barulah baginda melaksanakan poligami berdasarkan wahyu Allah
>SWT.
>
>Dikatakan suami yang berpoligami ini jika tidak berlaku adil, diakhirat
>kelak akan dibangkitkan dalam keadaan senget.
>
>Sebagai kesimpulannya, masalah poligami ini jelas merupakan satu keharusan
>dalam Islam. Bagi suami yang ingin berpoligami perlu meneliti dahulu
>apakah diri mereka layak untuk melaksanakannya supaya tidak berlaku
>keretakan atau kekecohan rumah tangga yang telah sedia dibina.
>
>
>
>
>
>sekian wassalam
>Rose
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tad deBoar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke