*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lemak banyak atau Banyak Lemak.

Bunyinya macam serupa sahaja, tetapi maknanya tak sama. Kalau si isteri 
banyak lemak…..kena pandai-pandai la apa nak buat. Kalau si suami banyak 
lemak….bagi kayu tang belakang. Tapi itu kesah rumah tangga orang…mencelah 
malas le nak ambil tahu, urus le sendiri. Yang mencelah nak cakap tentang 
lemak banyak atau dengan erti kata yang mudahnya…gemok.

Bila kita cakap tentang gemok ni, suami lah orang yang paling prihatin kalau 
nak di bandingkan dengan si isteri. Tapi, malangnya si suami ni 
…keprihatinannya bukan untuk badan dia sendiri, tapi badan isterinya aje. 
Jadi masa tu la dia tolong sediakan jadual makan untuk isterinya. Tapi kalau 
nak kata jadualpun tak kena juga, sebetulnya `Kontrol` makan minum 
isterinya. Ini berlaku kerana si suami prihatin sedangkan si isteri pulak 
tidak sensitif. Yang mencelah maksudkan sensitif tu, si isteri biasanya tak 
ambil kesah sangat samada si suami tu gemok, asalkan tangjungjawab keluarga 
…ok. Ada sesetengah suami kerana isteri tak ambil kesah tentang kegemokkan 
sampai bila duduk…masyaAllah, perut nampak selambak. Si suami ni pandai, 
kalau isteri dia nak makan lebih sikit ada saja yang tak kena..di aturnya 
siang malam.

“You makan nasi siang sudah le…malam jangan makan” ……. “Malam you makan roti 
sudah le”…..Bila nampak isteri tambah nasi dia katakan pulak “siang tadi 
makan nasi dah tambah!” ….. “kalau ye pun nak makan, separuh sudah 
le”….macam-macam ,itu dan ini. Sedangkan yang si suami , bedal 
sungguh-sungguh nasi siang dan malam.

Bila kita cakap tentang gemok, mencelah teringat seketika dulu memang gah le 
dalam TV dengan rancangan Smart shop, jadi  suri rumah sepenuh masalah yang 
betul-betul ikuti rancangan tersebut. Sambil-sambil masak dekat dapur…sempat 
juga terendap-rendap TV di depan. Yang menariknya, habis saja rancangan 
order terus…kerana di hujung rancangan di kata “sila dail sekarang untuk 
mendapat hadiah sampingan yang merupakan………sebelum stok kehabisan”  Jadi 
bila kita pergi jalan rumah kawan-kawan, macam-macam jenis alat senaman 
ada…..maxi rider ada….ab shapper ada……cyclon ada……tarik spring pun 
ada….macam-macam lagi. Tapi, badan dok bulat macam tu jugak. Jadi mencelah 
tanya dekat kawan tu…..tak bersenam ke? “dak…beli saja lepas tu simpan dalam 
almari dan bawah katil kerana tak ada masa” mencelah dok ingat dalam hati 
“lama-lama katil dengan almari yang kurus”

Lepas tu timbul pulak berbagai jenis herba, ada dalam bentuk capsul dan ada 
dalam bentuk serbok. Nama tu macam-macam le……ada nama Pelangsing..ada nama 
Kempis….ada nama Fat burner….dan macam-macam lagi. Yang kesiannya mencelah 
dengar, majoriti yang makan, esok tu kena ambil cuti kerja sehari. Kerana 
dari pagi sampai petang kena atur perut ke tandas. Jadi kawan mencelah yang 
mana tak tahan, dia orang kata kalau macam ini punya seksa….tak kurus pun 
tak apa le.

Kini muncul satu lagi jenis produk pulak dah ….iaitu Chitosan. Secara amnya 
Chitosan adalah serat yang dicipta bagi menghalang badan kita daripada 
menyerap lebih lemak. Serat yang biasa di gunakan adalah daripada kulit 
udang, bagaimanapun setiap jenis serat tidak sama fungsinya..Cara ia 
berfungsi ialah dengan menarik molikul lemak seumpama magnet dan kemudiannya 
membuangnya menerusi usus. Serat ini tidak mudah hadam oleh itu ia tidak 
mempunyai nilai kalori. Jadi banyak mana yang kita ambil, nilainya tetap 
sifar. Kalau kita rujuk kepada Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika dari kajian 
yang di jalankan di Hilsinki, seseorang yang mengamalkan chitosan…beratnya 
akan menurun sebanyak 8% dalam masa 4 minggu dan paras kolesterol darah 
telah turun 66.2%. Kolesterol yang turun ialah LDH (kolesterol tidak baik) 
dan meningkatnya HDL (kolesterol baik).

Sebenarnya mencelah sendiripun tak pernah amalkan sebarang produk slimming, 
sebab badan mencelah ni maintain dari dulu lagi….steady aje. Kalau setakat 
vitamin, memang hari-hari makan. Kalau tak caya 24 Jun 2000 ini mari le kita 
melepak dalam PWTC, sebab mencelah ada di situ kerana participate dalam 
exhibition sains dan reka cipta perengkat kebangsaan anjuran Dewan 
perniagaan melayu malaysia. Bye jumpa lagi ….

[EMAIL PROTECTED]
(Hak cipta terpelihara)


________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke