*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Islam dan glo-kalisasi

Bila sekali mencelah sebut glo-kalisasi, terasa canggung sikit tetapi, 
apabila dah banyak kali rasa canggih pulak. Sebenarnya glo-kalisasi adalah 
satu istilah yang kini kian kerap di gunakan oleh media-media masa tempatan 
yang membawa maksud, satu gabungan  atau penyatuan dua unsur iaitu global 
dan local.

Gabungan unsur globalisasi dalam kehidupan harian  orang-orang melayu di 
negara ini sebenarnya bukan hanya berkisar kepada kemasukan secara tidak 
terkawal akan filem-filem hindustan sebagaimana yang kita perbincangkan 
dalam seminggu dua ini di ruangan hizb. Tapi, banyak lagi unsur yang telah 
menusup ke dalam hidup kita yang kita tak begitu perasan ataupun tak begitu 
peka.Mencelah rasa ini mungkin kerana filem hindustan lebeh gamat dan 
menjadi sebutan di setiap lapisan masyarakat di waktu ini,  dari anak-anak 
kecil  hinggakan tok-tok guru yang mengajar di surau (balasah) tak 
terketinggalan untuk menyebut serangkap dua lirik lagu dan memberi penekanan 
akan unsur-unsur negetif yang menular dalam kehidupan. Bagi mencelah 
,glo-kalisasi yang telah sekian lama menjadi amalan dan seolah-olah telah 
menjadi budaya kita perlu di benteras. Kemasukan filem hisdustan hanyalah 
kesinambungan yang bertali arus dari glo-kalisasi yang lalu.Bagaimana 
masyarakat kita berpakaian, bagaimana kita punya tatasusila dalam pergaulan 
,bagaimana dengan amalan makanminum, malahan di bandar-bandar kehidupan 
sesama islam, kita lupa akan rukun berjiran dan apa tanggungjawab terhadap 
jiran kita. Tapi segala-galanya sebagaimana yang mencelah katakan , sudah 
jadi satu amalan yang membuat kita lupa itu adalah glo-kalisasi sebenarnya.

Glo-kalisasi  bukan saja membiak dalam negara kita, malahan di negara islam 
yang lain pun tak terkecuali. Turki contohnya, sebuah negara mencelah rasa 
sudah menjadi sebahagian dari amalan kehidupan mereka yang penuh dengan 
kebaratan. Ada baiknya kita ambil contoh Republik Islam Iran. Jadi menurut 
Mehdi Dadgoo iaitu seorang pengiat veteran dalam perfileman Iran, sebelum 
Revolusi meletus adalah di anggarkan sebanyak 2,200 judul filem Iran dan 
Hollywood  memasuki negara di tayangkan di sana. Boleh di katakan sebahagian 
besar daripada filem Iran beridentiti India. Setelah revolusi Iran hanya 200 
saja filem yang melepasi penapisan ,bagi mencelah ini adalah satu penurusan 
yang amat ketara jumlahnya. Dan negara iran di lebelkan sebagai negara yang 
mana negara filem luar terpaksa melalui proses penapisan yang paling ketat 
di dunia! Fullamak. Yang mencelah hairankan Malaysia pakai penapis jenis apa 
, hinggakan gajah pun boleh jerlus. Mencelah ingat mungkin pore dia besar 
sangat….kut.

Bagimanapun mencelah rasa kagum dengan pengeluar filem Iran. Walaupun 
undang-undang yang ketat telah di kenakan, bagi mereka itu tidak bermakna 
perfileman Iran akan lumpuh. Antara peraturan yang di buat ialah,pelakun 
lelaki dan wanita tidak boleh bersentuhan,(kalau kita tengok drama 
cinderella, haliza misbun tak habis-habis berpeluk….syioknya jadi hero), 
adingan suami isteri dalam bilik adalah di larang dan pelakun wanita 
hendaklah muncul dengan menutup aurat.Malahan kini giat mengeluarkan filem 
yang lebih islamic sebanyak 60-70 filem setahun dengan sambutan yang baik 
dari rakyat Iran dan filem-filem mereka menjadi idola pula kerana asyik di 
geruni di festival-festival antarabangsa.

Ini lah hasilnya dari revolusi Iran dengan slogan “Islam” dan 
“Anti-Imperialis”. Akhirkata mencelah minta izin mengundur diri dulu …bye.

[EMAIL PROTECTED]
(Hak Cipta Terpelihara)




________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke