*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrth

Izinkan saya memberi pandangan sekadar termampu.

Apa yang Sdr Imazz cadangkan dipanggil pengkonsainan ( consignment ). Cara
ini adalah cara yang termudah dan terbaik untuk memperkenalkan sesuatu
produk atau barangan yang baru. Saya ingin mencadangkan agar produk ini
dihantar kesebanyak kedai yang termampu oleh modal dan tenaga. Jika boleh
pastikan ada variasi mengikut lokasi dan jenis kedai Banyak kedai yang
sanggup menerimanya kerana pekedai tidak mengeluarkan sebarang modal. Cuma
pastikan rekod dapat disimpan dengan baik dan pastikan agar pekedai
menandatangani dan mengecop borang konsainan. Pastikan satu salinan disimpan
oleh pembekal ( Sdri Imazz ) dan satu disimpan oleh pekedai. Amatlah mudah
jika sdr hanya berurusan terus dengan empunya kedai dan bukannya pekerja
sahaja.

Amatlah sukar untuk meletakkan jumlah keuntungan tapi mengetahui apakah
barangan sebenar yang sdr cuba pasarkan akan tetapi semua pekedai memerlukan
keuntungan antara 20 ke 40 peratus dari jumlah harga pasaran.

Lawatlah semua kedai selepas seminggu untuk tujuan penambahan stok dan
invois. Untuk barangan yang sudah di jual, siapkan invois dan dapatkan
bayaran sertamerta. Jangan berikan sebarang kredit ( term ) kerana barangan
tersebut sudah pun dijual. Kutipan pembayaran adalah sama mustahak dengan
pembekalan barangan.

Selepas pekedai yakin bahawa barangan tersebut dapat dijual dan ada
permintaan, maka sdri bolehlah menjualkan terus kepada pekedai dan
memberikan masa untuk pekedai membayarnya. Selalunya 30 ke 45 hari
bergantung kepada perbincangan antara sdri dan pekedai tersebut.

Memandangkan bahawa sdri menjual produk yang baru, ada baiknya juga jika di
ceritakan serba sedikit disini apa yang sdr ingin pasarkan, mungkin ada
banyak penjaring yang berminat dan boleh menjadi dealers. Sila ambil gambar
dan bawa gambar ke mana mana cyber cafe dan scan dan hantarkan ke sini.
Semoga pihak penyelenggara Hizbinet dapat memberikan sedikit ruang di Iklan
Mingguan untuk produk baru.

Semoga ada manafaatnya

Wassalam

Nizam
012 381 1314 /  603 724 1663


----- Original Message -----
From: imazz <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, June 09, 2000 5:21 PM
Subject: H-Net* Kaedah small business


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum
>
> Saya bercadang untuk berniaga secara kecilan dengan
> memasarkan barangan kraf (home-made) ke kedai-kedai
> yang berminat. Cadangnya, saya menghantar barang
> tersebut dan owner kedai akan jual bagi pihak saya.
> Saya tidak mempunyai pengalaman dalam hal ini.
>
> Diharap netter yang berpengalaman dapat memberi
> sedikit tunjuk ajar mengenai kaedah , pembahagian
> keuntungan, harga dan prosidur rasmi atau tak rasmi
> yang perlu dibuat.
>
> Jika tidak mahu dikongsi, dapatlah kiranya menghantar
> terus ke emel saya.Kerjasama anda amatlah saya hargai.
>
> Terimakasih.  Wassalam.
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
> http://photos.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: imazz <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nuwair" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke