*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Penulis asal tidak pernah mengatakan bahawa Impiana Resort terletak di
Terengganu. Penulis hanya mengatakan beliau mempunyai urusan di Terengganu
dan menginap di Impiana Resort Cherating.

Saya rasa semua orang mengetahui bahawa Cherating terletak di Negeri Pahang.
Tidaklah diketahui jika Terengganu telah menjadikan Cherating sebagai
jajahan takluknya. Malah ada papan tanda yang besar mempromosikan Impiana
Resort di hadapan salah sebuah bangunan di Jln Sultan Ismail. Papan iklan
itu berbunyi
"Impiana Resort Cherating, Kuantan Pahang".  Agak janggal sedikit bunyinya
tapi demikianlah adanya.

Saya rasa tidaklah menjadi hal dimana letaknya Impiana Resort ini,samada di
Pahang atau di negeri mana pun jua. Apa yang menarik perhatian ialah tentang
berlakunya kebocoran bila hujan turun dan keengganan pihak pengurusan
menukar bilik untuk para tetamu yang menghadapi masalah.

Sebagai sebuah hotel 4 bintang yang mengenakan caj sebanyak RM 189 atau RM
161 ( 189 - 26 ), perkara tersebut diatas tidak sepatutnya berlaku.
Pengurusan bangunan yang tidak cekap dan pengurusan "front desk" yang tidak
prihatin amat memalukan kita semua.  Sistem pengurusan jika ianya boleh di
panggil suatu sistem yang diamalkan oleh bangsa kita masih berada di takuk
lama. Sikap alpa, tidak apa dan sambil lewa sepatutnya sudah lama dikikis
akan tetapi ianya masih lagi berlaku. Itulah sebabnya pemilik pemilik hotel
lebih suka mengambil "expatriate" dari Barat untuk menguruskan hotel hotel
mereka.

"Common sense" mengatakan jika berlaku sebarang kebocoran dan bilik tersebut
basah, tetamu berhak mendapat bilik yang lain. Jika semua bilik sudah penuh,
maka bilik VIP bolehlah digunakan; kerana tidak mungkin DYMM Sultan atau
mana mana YB Menteri berada di hotel yang sama di ketika dan waktu yang
sama. Diskaun walau sebanyak mana sekali pun tidak dapat mengubat perasaan
marah para pelanggan atau tetamu yang dipaksa bermalam di bilik yang basah.

Akhir kata semua pelanggan di hotel di panggil "guest " atau tetamu. Dalam
mana mana tamadun sekali pun walau pun yang jahiliyyah, Islam atau sekular,
TETAMU mesti disambut dan dilayan dengan baik. Ianya amat berbeda dengan
dunia haiwan dimana tetamu dibiarkan,  mendapat sambutan dan layanan yang
buruk dan malah dihalau dan dibelasah.

Wassalam

Nizam
012 381 1314  /  604 724 1663

> > > masa cuti sekolah 30 -31 mei ,saya ada kerja di gganu duduk di
> > IMPIANA
> > > Resort(Cherating)nama bukan main . bila malam hujan ,bilik saya
> > masuk air
> > > ,saya minta tukar bilik tapi buat tak layan je . masa check out
> > dapat
> > > diskaun RM 28 drpd sewa 1 malam RM 189 .jadi kalau sesiapa nak
> > pergi gganu
> > > tok sah lah duduk di IMPIANA Resort carilah hotel lain



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nuwair" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke