*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pedas-pedas Cili Api 109
(13hb Jun 2000)

Dr M Menuduh Liar Lagi

Dari Tokyo, di mana beliau sedang berehat sambil bekerja, Cek Det
membuat
tuduhan liar kononnya BA  menggunakan isu kaum dan agama dalam
pilihanraya
kecil Teluk Kemang. Itulah sebab, mengikutnya, majoriti kemenangan BN
dalam
pilihanraya tersebut merosot. Sebelum berangkat ke Tokyo Cek Det
bercakap
berdegar-degar bahawa BN akan menang dengan majoriti lebih besar.

Hairan juga Cili Api. Cek Det berkata kemerosotan ini akan dikaji, akan
tetapi dalam nafas yang sama dia membuat tuduhan liar ini pula. Yang
menjadi
sasaran tuduhan ialah keADILan, kerana calon BA ialah Ruslan Kassim,
ketua
penerangan parti itu. Cek Det murka agaknya sebab keADILan masih belum
dapat
dimusnahkannya. Baru undi kurang saja sudah menggelepar. Tak tahulah apa

akan jadi kalau kalah.

Jika betullah keADILan menggunakan isu kaum dan agama, bagaimanakah
calonnya
tidak mendapat undi orang Melayu/Islam lebih besar? Mengapakah yang
banyak
berubah angin ialah pengundi Tionghua? Mengapakah di kawasan DUN Lukut,
yang
mempunyai undi majoriti Cina, calon BA mendapat undi lebih besar
daripada
calon BN itu? Jikalau betul isu masjid dan kuil digunakan oleh keADILan,

mengapakah ia tidak ada kesan?

Sebenarnya, yang banyak sekali menggunakan isu agama dan kaum ialah MIC,

terutama sekali pemimpinnya  Samy Vellu.  Bukan saja beliau mengungkit
tentang nasib orang India, yang selama ini tidak dipedulikannya, bahkan
beliau membawa datang ramai Samy Hindu untuk berkempen di kuil-kuil.
Selain
itu, beliau  menabur wang tunai dan juga cek untuk sekolah, kuil dan
pemimpin MIC tertentu. Cili Api tidak hendak sebutlah tentang
bermacam-macam
pula ugutan yang digunakan. Itulah sebabnya calon MIC mendapat undi
terbanyak di kalangan pengundi India.

Para pemimpin BN tidak faham mengapa mereka kehilangan sokongan orang
Tionghua. Pada hal, mereka telah mencurah kira-kira RM40 juta untuk
membayar
pampasan bagi lebih 100 orang penternak khinzir yang terkorban akibat
Virus
Nipah dan juga kerana hampir sejuta khinzir dimusnahkan. Cara bayaran
pampasan itu tidak adil. Beberapa orang yang rapat dengan wakil rakyat
dan
pemimpin MCA tertentu mendapat jauh lebih banyak daripada yang lain.

Lagi pula, harga tanah yang ditawarkan untuk mereka memulakan kembali
perusahaan mereka terlalu mahal. Tanah yang diperolehi oleh beberapa
orang
pemimpin dengan harga tak sampai RM40,000 hendak dijual kepada penternak

khinzir ini dengan harga RM200,000 pula. Inilah dia sistem kroni dan
korupsi
yang tak habis-habis diamalkan oleh beberapa kerat pemimpin BN di segala

peringkat.  Memang patut mereka ditolak.

Barangkali perkara yang paling membimbangkan Cek Det, tetapi tidak
berani
disebutkannya ialah BA telah memenangi undi pos lebih banyak daripada
BA.
Majoriti kecil saja, iaitu 118 undi, tetapi cukup bermakna. Mengapa ini
berlaku? Memang benarlah ada kemungkinan pengundi askar di sana lebih
tertarik kepada Ruslan daripada Sothinathan. Tetapi yang lebih penting
ialah
pengundi-pengundi pos ini telah menggunakan hak mereka mengikut
undang-undang.

Mengikut undang-undang, pengundi pos boleh menyerahkan undi mereka pada
hari
mengundi. Mereka tidak pernah diberitahu tentang hak ini. Kali ini pihak
BA
berjaya menerangkan hak ini kepada mereka. Jadi kebanyakan mereka
mengundi
pada hari mengundi yang ditetapkan. Lebih awal mereka diberitahu,
sebagaimana di tempat-tempat lain, supaya menyerahkan undi mereka dua
hari
sebelum hari mengundi.

Selama dua hari undi itu akan disimpan di Pejabat Daerah. Dalam dua hari
itu
macam-macam boleh berlaku. Kerana takutkan ini berlaku maka kebanyakan
pengundi tidak menyerahkan undi mereka lebih awal. Lagi pula, apabila
undi
yang diserahkan dua hari lebih awal itu dibuka, petugas-petugas BA dari
keADILan memastikan setelah undi pos itu diperiksa dan dimasukkan dalam
tong, tong itu dikunci dengan dua tiga mangga kuat sebelum diseal.

Cek Det nanti tentu akan selidik apa sebab Menteri Najib tidak dapat
mengawal keadaan ini. Pada hal Najib ada pengalaman menang pilihanraya
dengan majoriti 241 undi saja, yang diperolehi melalui undi pos. Itu
sebab
dia sering dipanggil wakil pos dan bukan wakil rakyat. Apa sebab Najib
wakil
pos ini tidak berjaya mendapatkan majoriti undi pos bagi si-calon MIC di

Teluk Kemang itu?

Cili Api percaya tentu Cek Det akan cuba menekan pengundi-pengundi pos
di
sini, terutama mereka yang berpangkat tinggi. Beliau tentu akan
memerintah
SPR supaya membuat sesuatu perubahan yang boleh memastikan BN dapat
majoriti
undi pos pada masa akan datang. Itu sebabnya Cili Api mahu mendesak
supaya
undi pos dibuang dengan cara telus dan terbuka. Pengundian mesti
disaksikan
oleh wakil-wakil calon yang bertanding. Tidak macam sekarang, tak boleh
saksikan pun.

Cili Api harap Cek Det tidak terlalu cepat menggelepar dan membuat
tuduhan
liar. Di Teluk Kemang BNlah yang menggunakan isu kaum dan agama. Di
seluruh
negara, semasa dan selepas pilihanraya umum, Cek Detlah yang menimbulkan

hal-hal yang memecahbelahkan Melayu dengan bukan Melayu, dan Melayu
dengan
Melayu.  Cukuplah. Jangan gila kuasa sangat. Insaflah.

Cili Api





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke