*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
 
Masalah yang Cik Mawar hadapi adalah masalah yang tiap tiap hari berlaku. 
Bukan dia sorang saja ada masalah  nih, malah hampir kesemua pasangan. Dalam 
kita nak cuba bantu, mungkin ada kita yang menasihati dan bagi pandangan 
dengan ikhlas.
 
Cuma untuk Cik Mawar, tak boleh ka bagi hantaran bertangguh...yang hok 5,000 
tu. Sebenarnya 5K tak lah banyak mana tapi duit lah jugak. Lepas buat kenduri 
kendara dan beli tu dan ini untuk persiapan perkahwinan di rumah pengantin 
pompuan termasuklah katil baru dan perabut bilik pengantin maka mungkin 
tinggal dua tiga kupang saja. Saya pun tak tau macam mana nak cadangkan lagu 
mana nak cari duit 5K ni tapi kita jugak mesti ingat mak pak kita pun tak kan 
nak bagi kita free saja. Depa pun tentu nak buat kenduri dan nak habaq pada 
orang kampung semua.
 
Cara lagi satu mungkin boleh adakan akad nikah dulu dan kenduri kemudian. 
Banyak di praktikkan di Arab Saudi. Buat lah apa yang patut padan waktu akad 
tu kemudian dah 3 atau 4 bulan baru kenduri. Mungkin waktu tu dah boleh 
bernafas sikit dan datang idea baru lagu mana nak cari duit. Maka syok la 
sikit nak pi cari barang barang kenduri, boleh berkepit dan berkenalan dan 
bercinta secara halal...sebab dah akad.
 
Suka saya nak sebut, saya simpati dengan kes kes macam nih. Saya pun banyak 
adik pompuan dan Alhamdulillah mak pak saya jenis tak berkira. Kalu betoi 
betoi nak berkira dan nak kenduri besar dan nak tengok duit hantaran cash, 
alamat mati lah pengantin jantan dan alamat tak kahwin la budak budak nih. Apa 
yang wajib kita pakat pakat buat dulu dan buat bagi betoi..akad nikah tu biar 
buat dulu, kalu mampu kita buat kenduri sedaya mungkin. Kalu mampu kenduri 
ikan masin talang dan  gulai nangka sahaja maka itulah makanannya. Apa nak 
susah sangat ??
 
Agama, adab, moral, maruah dan harga diri kita kena jaga dulu. Kita pun tak 
mau adik kita dan anak pompuan kita kehulu kehilir dengan budak jantan tu. 
Oleh kerana benda yang nama cinta ni dah buta, walau fikrah lagu mana, walau 
mengaji ugama lagu mana, walau tudung labuh/ketayap lagu mana, kita berada 
dalam masyarakat dan budaya yang konsep hijab yang tak berapa nak betoi. Kita 
boleh lecture anak pompuan dan adik kita siang malam dan kita boleh interview 
dan interrogate yang si jantan tu macam tu jugak. Tapi macam mana waktu depa 
di luar, di tempat kerja atau di kolej. Ada ka larat kita nak dok perambat ? 
Kalu dah tak bagi jumpa,dah phone asyik busy pulak, bergebang dan di private 
chat room berjam jam. Apa yang peri mustahak berjam jam online pun kita tak 
tau ? 
Kalu nak kira betoi betoi, suara pun aurat jugak, kita tak mau la masuk bab 
tu....nanti ada yang salah faham pulak dan kata saya sesat/bidaah pulak. Habis 
lagu mana nak buat..kita kahwin kan sahaja.
 
Masalahnya budaya dan adat resam kita yang tak ketahuan hala yang mementingkan 
benda benda yang tak penting dan rela tengok budak budak nih dalam dosa dan 
merana. Sebenarnya dalam perkahwinan ni banyak penyelesaian, tapi kita pulak 
tak kelih benda nih. Apa yang kita nampak duit ribu ribu, kenduri besar, 
buffet ( all you can telan ), salam berkeruk  dan kompang yang bagi pekak 
telinga.
 
Mai kita renung sat tentang budaya kita yang tak bagi budak budak nih nikah. 
Sapa sebenarnya yang nak nikah nih ?. Mak bapak dan abang long yang nak nikah 
atau budak tu yang nak nikah.? Kalu budak pompuan tu yang nak nikah yang 
kononnya mak pak sayang sangat tu, apa pasai kita bagi susah sangat. Sayang 
apa lagu tu kalu menyusahkan anak kita sendiri. Sebenarnya mak pak tak sayang 
anak pompuan depa, tapi sebenarnya sayangkan diri sendiri..dah jadi selfish, 
pentingkan diri, perut dan hawa nafsu sendiri. Dah jadi gah tak ketahuan hala 
nak nikah kan anak pompuan sorang. Tak kira la..pak lebai ka...mak haji 
ka..dalam UMNO ka...PRM ka...semua sama saja. Bila mai bab nak menikahkan anak 
pompuan sorang..tiba tiba jadi haru biru...sebab dok puja budaya dan adab 
resam yang lebih banyak mudarat dari baik.
 
Kesimpulan..jalankan akad nikahkan saja dulu dan buat makan beehun siam malam 
tu dan benda lain kemudian cerita. Ya sheikh...ana kata beehun siam, bukan 
nikah di Siam nanti salah faham pulak, lagi haru..:-)
 
Wassalam
 
Adam


>===== Original Message From "Mawar Desa Terpinggir" <[EMAIL PROTECTED]> 
=====
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum wrt wbt
>
>Terima kasih kepada semua terutama kepada Kakak Norizan atas pandangan dan 
nasihat berkenaan masalah yang sedang saya hadapi. Nampaknya kaum sejenis 
lebih memahami tentang permasalahan kaum sejenisnya hingga ke akar umbi dan 
mampu memberikan
>cadangan jalan penyelesaian yang terbaik. Mungkin juga tulisan saya tidak 
mampu menjelaskan apa yang terbuku, tapi itu hak individu untuk membuat 
sebarang tanggapan.
>
>Bukannya saya tidak mengadu dan mengharap kepada Allah, cuma disaat sedang 
buntu, kita memerlukan teman disekeliling untuk memberi sokongan, semangat dan 
dorongan untuk menghadapi dugaan hidup ini. Begitu juga dengan teman saya, 
namun saya tidak
>mampu memberikan sebarang sokongan kepadanya samaada sokongan moral apatah 
lagi sokongan kewangan, dan itulah yang saya kesalkan.
>
>Wassalam
>
>
>
>
>------------------------------------------------------------
>Get your FREE email box at http://mail.net.my or http://malaysiadirectory.com
>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Mawar Desa Terpinggir" <[EMAIL PROTECTED]>

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke