*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Bila membaca tulisan Fathi di bawah ini, saya mula
bertanya kpd diri saya:

1. Apakah tujuan beliau menulis sedemikian rupa?

2. Mengapa beliau perlu menuding kpd PAS, ADIL,
puak-puak dalam ADIL, PRM, refomis jalanan , dll. 

3. Bukankah penulis ini pernah berkhidmat di pejabat
Presiden JIM? 

4. Penulis ini  sebenarnya nak apa dari PAS? Tak
paptut dia belasah PAS macam tu. Apa? Ingat dia tu
elit sangat ke?

Wassalam

-------++++++---------++++++++++++++======-------
June 16, 2000 

Penyakit KeADILan, bolehkah PRM ubati? 
Fathi Aris Omar 

16 Jun: Sebuah parti yang muncul dari tepi jalan raya
akhirnya bersidang hari ini. Laungan re-for-ma-si yang
mewarnai kemunculannya sebaik sahaja selepas 4 April
lalu asalnya menjadi harapan banyak pihak. Harapan
pertama, memberikan wajah politik yang baru sejajar
dengan "realiti baru" politik nasional –
sekurang-kurangnya politik anak muda jalanan. 

Tetapi tidak begitu, hakikatnya jelmaan politik
nasional tampak sahaja baru namun pemain politiknya
diwarisi sejak beberapa dekad yang lalu. Lihatlah pada
Anwar, Mahathir, Hishamuddin Rais dan contemporary
mereka. 

Orang-orang tua inilah (kecuali tiga nama itu)
akhirnya yang menjarah Parti KeADILan Nasional dan
terpinggirlah kumpulan-kumpulan reformasi yang
berkorban untuk menyatakan syiar bantahannya. 

Cerita reformasi dan KeADILan penuh dengan kesedihan -
setidak-tidaknya di mata para "reformis," istilah yang
mereka gunakan untuk mengenali diri sendiri. 

Di sebalik kepedihan itu pula bersarang penyakit yang
cukup parah tetapi sering kali pula dikosmetikkan
dengan gincu dan bedak keadilan. Sebenarnya, sejak
September 1998, tidak ada usaha keadilan yang wujud. 

Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) juga
bukanlah perjuangan keadilan untuk rakyat. Ia hanyalah
pentas untuk PAS mengesahkan ketuanan politik
kepembangkangannya, meminggirkan Gagasan Rakyat (satu
lagi kumpulan), mengutip wang derma, dan menaikkan
imejnya. Tidak lebih daripada itu. 

Bermula daripada Gerak sehingga Barisan Alternatif,
PAS mengaut segala-galanya atas nama reformasi, Anwar
dan lakonan keadilan. Kini, ia berniat lagi untuk
meneruskannya - seperti yang terpancar dalam
muktamarnya baru-baru ini - walau beberapa pihak sudah
memahami sepak terajang politiknya. 

Anak-anak muda yang bertungkus-lumus berada di pinggir
jalan – disepak, diterajang, dibelasah - hanya menjadi
satu lagi peluru pembangkang menentang kerajaan
pimpinan Perdana Menteri. 

Kemudian wujud Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) yang
cuba mengambil semangat penyatuan tenaga-tenaga
penentangan terhadap sistem. Ia juga perlahan-lahan
mengecewakan, akhirnya siri kekecewaan itu ditutup
oleh Pendaftar Pertubuhan selepas 17 bulan digantung
tidak bertali. 

Sebelum itu, empat organisasi awal yang disebut
"Gerakan Reformasi" - ABIM, JIM (pengkritik ABIM
tetapi rapat dengan Anwar), Asasi (profesional sains
Islam ABIM) dan PKPIM (pelajar ABIM) - ditubuhkan. 

Tetapi mereka awal-awal lagi meninggalkan pentas
serangan terhadap sistem selepas ramai pemimpin mereka
ditawan di bawah ISA. Mereka sanggup membiarkan
penderitaan anak-anak jalanan ini walaupun semangat
jihad, jiwa tarbiyyah dan basah iman mereka
diulang-ulangkan dalam usrah dan qiamulail. 

Tidak ada kuasa yang perkasa memanjangkan tempoh dan
siri penentangan itu kecuali anak-anak reformasi
jalanan inilah tetapi setelah wujudnya KeADILan,
merekalah yang awal-awal diketepikan. 

Selain itu, Harakah yang asalnya teragak-agak untuk
menyokong Anwar tetapi akhirnya berjaya meningkatkan
jualan, maka merekapun happy! 

<Picture>Kemudian dalam pakatan Barisan Alternatif,
KeADILan dan rakan sejawatnya Parti Rakyat Malaysia
dimelukutkan di tepi gantang. Dua parti tradisional
dalam pakatan itu meraih segala peruntukan kerusi
empuk (selamat, maksudnya) menjelang pilihan raya umum
November lalu. 

PRM dan KeADILan mula belajar perit menjadi parti
kecil dan mentah. 

Banyak kali juga perbincangan tentang kerusi
menambahkan siri-siri pengkhianatan orang politik
terhadap anak muda dan reformis jalanan. Sebagai ganti
polis, Mahathir dan sistem korup itu, KeADILan dan BA
bersilih ganti mengecewakan hasrat mereka. 

Malah ada warning agar mereka tidak mengeruhkan
"suasana politik"- dalam bahasa yang lain, biarlah
kita bertanding dan mendapat kerusi daripada bersusah
payah diherdik, dikejar, disepak terajang di pinggir
jalan. 

Sebenarnya ada pertarungan yang halus dan senyap
antara reformis jalanan dengan KeADILan dan BA. Mereka
yang selangkah lagi mencapai kejayaan tentunya tidak
mahu balik ke pangkal jalan untuk memulakan perjuangan
seperti anak-anak muda jalanan ini. 

Akhirnya lumpuhlah satu gerakan yang berjaya
menggegarkan negara, semuanya diurus secara politik
parti. 

Kelumpuhan ini pula nampaknya selari dengan falsafah
politik sistem yang korup itu - iaitu jangan ajak
rakyat bersilat di luar gelanggang "demokrasi" ala
Mahathir yang ditakrifkan sebagai pilihan raya umum
lima tahun sekali. 

Di saat semua manusia mengejar kegilaan kuasa,
khususnya juga di kalangan KeADILan dan BA, penulis
sempat berbual dengan orang kuat BA yang cukup
dikenali berjiwa reformis. Segala kebusukan itu pun
didedahkan. Kesimpulannya, BA itu sendiri memerlukan
reformasi! 

Rupa-rupanya memang benarlah jangkaan saya (lihat
Detik bulan Februari 1999), bahawa terlalu banyak
keadilan akhirnya menyusahkan! Ia tidak membantu
merakyatkan perjuangan tetapi berpusar-pusar menjaga
tembolok sendiri. 

Sesiapa yang jujur dan lemah akan dipergunakan
semahunya untuk political mileage, termasuk reformis
jalanan - dan tabiat ini sangatlah benar dengan
KeADILan dan juak-juak Anwar. 

<Picture>Walaupun bekas boss-nya masih terseksa dalam
penjara, dan memang ramai orang bersimpati dan sedia
menolong insan terseksa itu, tetapi tabiat lama itu
masih bersarang kuat di dalam jiwa dan terpampang
dipamerkan ketika pilihan raya kecil Telok Kemang
baru-baru ini. Dan, gelagat mereka itu tidak membantu
Anwar sama sekali. 

Mereka selalu terlupa KeADILan bukan lagi Umno yang
dilimpahi ghanimah akibat bersekongkol dengan seorang
menteri kewangan dan timbalan perdana menteri!
Cukuplah lagak seperti itu. 

Tetapi seperti ditegaskan tadi, hakikatnya "alaf baru,
politik baru" sebagai slogan KeADILan itu hanyalah
tempelan. Di lubuk jiwa perubahan politik itu masih
lagi watak-watak kontemporer sejak lebih dua dekad
lalu dengan tabiat lama. 

Bukan tidak ada yang baru dalam perkembangan sejak
September 1998 itu tetapi rakyat biasa dan anak muda
jalanan selalunya mereka yang benar-benar jujur,
berjiwa reformasi tulen dan antisistem. Tetapi
merekalah yang dipinggirkan dan dikecewakan. 

Itulah kesimpulan tokoh BA yang berjiwa reformis. 

Kalaulah mereka mampu menyelongkar segala sampah di
bawah permaidani gerakan pembangkang itu, nescaya
terkejut besarlah mereka. Hanyalah laman web Komentar
yang benar-benar sedia membuka penutup lubang
kebusukan itu - walaupun tindakan itu dikatakan
tidaklah bijaksana. 

<Picture>Akhirnya jeritan tidak sabar itu
meraung-raung melalui kempen bertafakur, pimpinan
Laman Reformasi dan disertai juga Mahafiraun 2020.
Apakah mereka ini - yang berani beroperasi di
tengah-tengah kecelakaan politik dan meredah rimba
penindasan, antara September 1998 hingga November 1999
itu - boleh dituduh sebagai "agen BN"? 

Kini, akibat peminggiran politik BA, KeADILan
berhasrat berkahwin dengan PRM pula. KeADILan bukan
hanya kaya dengan simpatisan - itupun kerana Anwar,
Azizah dan anak-anaknya - tetapi juga kaya dengan
puak-puak. 

Belum sempat kerjasama dibelai, perebutan jawatan dan
kepuakan meletus pula sehingga sukar sekali difahami
apa guna maneuver sebebal itu - ghanimah apakah yang
diingini daripada sifatnya yang mentah, pembangkang
pula, di tengah-tengah ribut penindasan sedangkan
ahli-ahli tidak tersusun, berhingus dan terbiar? 

Kini, PRM pula datang. Mungkin kali ini hanya
menambahkan senarai puak yang sedia wujud dalam
KeADILan. Begitu ramai doktor perubatan dan falsafah
dalam KeADILan tidak menyelesaikannya, apatah lagi
seorang doktor PRM - beliau bukannya doktor ubat. 

Mampukah doktor ini mengubati KeADILan? 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke