*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Negara Islam Kian Tenat

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Islam adalah agama membawa yang kemajuan 
dunia akhirat….tapi yang mencelah nak sentuh di sini ialah soal para pemikir 
islam di zaman ini. Apa yang mencelah maksudkan di sini ialah bagaimana 
dunia Islam kini benar-benar berada dalam situasi yang tenat. Apa tidaknya, 
kita di landa masalah ekonomi…….hingga nak mengurus matawang sendiripun kita 
tak bebas, nak mengguna limpahan gas dan hasil dari perut bumi sebagai 
senjata ekonomipun kita tak mampu.Kita dilanda masalah sosial…..hinggakan 
etika kehidupan ada yang telah jauh menyimpang dari realiti. Kita dilanda 
masalah agama……hingga soalkan murtad sudah menjadi asam garam dalam 
masyarakat majmuk kononnya. Kita dilanda masalah budaya…..hinggakan ada yang 
tak dapat membezakan diantara agama dan adat.

Ini adalah kerana  para pemikir islam kini seolah-olah pemikiran mereka 
telah berada di tahap yang beku. Hinggakan mereka tidak dapat membuat satu 
pertimbangan…..perkiraan….displin…..etika…..yang di harapkan, yang mana 
dapat meningkatkan martabat islam itu sendiri. Kalau kita tenggok pertubuhan 
OIC, dari dulu hingga sekarang asyik dengan Oooo I see.

Sebenarnya kita sedar dimana kehidupan kita ini penuh ancaman serkular, 
dengan memasukkan berbagai jenis hiburan yang merosakan. Tapi kita lupa akan 
pujian yang kita terima dari kafir barat lah membuatkan  pemikiran kita 
mundur. Kita bangga apabila saintis-saintis barat mengakui akan ketokohan 
Ibnu Sina dalam dunia perubatan. Hinggakan kehari ini para tok guru di mana 
saja, kalau cakap menyentuh soal perubatan….tak akan lupa menyebut bahawa 
islamlah pengasas kepada dunia perubatan sejagat. Sebenarnya penemuan dalam 
dunia perubatan yang dibuat oleh beliau adalah hanya sebagai `Asas sahaja`, 
dan bukannya menyeluruh. Bagi pendapat mencelah satu penemuan yang belum 
ketitik penamat. Tak kira siapa sekalipun yang menemunya, kafir barat telah 
mengambil kesempatan untuk melengkapkan penemuan tersebut. Kini mereka di 
iktiraf dimata dunia….dan menjadi pusat rujukan, dan akhirnya menjadi negara 
yang maju. Malangnya kita masih berbangga dengan penemuan oleh umat islam 
silam yang tidak kita manfaatkan dan memperolehi apa-apa manfaat sekalipun. 
Tinggallah kita dengan kebanggaan yang kosong semata-mata.

Bagi pendapat mencelah, apabila orang islam tak dapat menghasilkan sesuatu 
yang dapat membuka mata orang kafir, selagi itulah dunia islam di pandang 
hina. Kalau dilihat akhir-akhir ini dunia islam sudah tidak mampu lagi 
menghasilkan buku bacaan yang dapat merangsang pemikiran. Kalau ye pun di 
negara kita ni buku yang merangsang syahwat ada le…  “Mangga”, mencelah tak 
pernah tenggok, tapi orang cakap.

Jadi bagi pendapat mencelah pendekatan yang di buat oleh kerajaan Kelantan 
di bawah YIK dengan memperkenalkan mata pelajaran sains dengan pembinaan 
makmal amali, adalah amat baik sekali. Malahan kalau dapat di teruskan 
hingga ke peringkat institut pengajian pondok, dengan memperkenal kelas 
komputer sekali….bagus juga. Bukannya apa, ikhlas hati mencelah bimbang 
suatu masa nanti, apabila umat islam tidak diperkenalkan dengan sains-sains 
modern….dunia islam akan hanya memiliki para ulamak yang terapong-opong. 
Mereka tak dapat untuk menyerlah (bukan mencelah) diri dalam arus kemodenan. 
Yang boleh menyebabkan seolah tidak berpijak dibumi yang nyata.Semoga di 
suatu hari nanti akan lahir ramai  “Pemimpin Ulamak Intelektual” di bumi 
Allah ini………InsyaAllah. Ok…mencelah berhenti dulu….bye.

[EMAIL PROTECTED]
(Hak cipta terpelihara)








________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to