*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum...

Perbincanga sebegini mengingatkan saya kepada perdebatan ustaz asri dgn 
astora jabat.....antara lain ustaz asri ada menyoal astora berkenaan dgn 
keghairahan astora mendedah dan memperbesarkan kesalahan/keburukan/kecacatan 
golongan2 yg benar inginkan keadilan (terlebih lagi lah golongan2 yg benar2 
berjuang utk menegakkan islam di muka bumi ini)...........apa kebaikannya 
kalau kita terlalu menumpukan penulisan kita mencatit dan mendedahkan semua 
itu sedangkan disana masih terlalu jauh kesalahan/keburukan/kecatatan pihak 
lain (yg dah terbukti ketidakadilan dan ketidakmahuan mereka terhadap islam) 
yg perlu kita dedahkan kepada pengetahuan umum......

aad


>From: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Re:  Apa sebenarnya mesej Fathi Aris Omar?
>Date: Fri, 16 Jun 2000 03:28:46 PDT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Assalamu'alaikum.
>
>Kepada orang PAS khususnya dan netters yang lain-lain umumnya, janganlah 
>cepat melenting. Mungkin ada benarnya tulisan Fathi Aris tersebut. Saya 
>bukan nak menyebelahi atau membangkang tulisan Fathi Aris tersebut. Tetapi, 
>syabas kepada beliau sebab menulis secara jujur dan terbuka. Bukankah ini 
>yang dikatakan "kebebasan media"?
>
>Diharapkan tulisan beliau dapat membuka mata berserta dengan minda para 
>pembaca lain. Pada umumnya saya setuju dengan tulisan beliau. Politik tidak 
>selalunya tenang. Begitu juga hati manusia, mahu pun hati seorang yang 
>bergelar ustaz tidak selalunya bersih dan lurus. Apatah lagi hati orang 
>yang bergelar doktor.
>
>Allahu'alam.
>
>
>
>>From: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Apa sebenarnya mesej Fathi Aris Omar?
>>Date: Thu, 15 Jun 2000 23:49:46 -0700 (PDT)
>>
>>
>>Assalamualaikum,
>>
>>Bila membaca tulisan Fathi di bawah ini, saya mula
>>bertanya kpd diri saya:
>>
>>1. Apakah tujuan beliau menulis sedemikian rupa?
>>
>>2. Mengapa beliau perlu menuding kpd PAS, ADIL,
>>puak-puak dalam ADIL, PRM, refomis jalanan , dll.
>>
>>3. Bukankah penulis ini pernah berkhidmat di pejabat
>>Presiden JIM?
>>
>>4. Penulis ini  sebenarnya nak apa dari PAS? Tak
>>paptut dia belasah PAS macam tu. Apa? Ingat dia tu
>>elit sangat ke?
>>
>>Wassalam
>>
>>-------++++++---------++++++++++++++======-------
>>June 16, 2000
>>
>>Penyakit KeADILan, bolehkah PRM ubati?
>>Fathi Aris Omar
>>
>>16 Jun: Sebuah parti yang muncul dari tepi jalan raya
>>akhirnya bersidang hari ini. Laungan re-for-ma-si yang
>>mewarnai kemunculannya sebaik sahaja selepas 4 April
>>lalu asalnya menjadi harapan banyak pihak. Harapan
>>pertama, memberikan wajah politik yang baru sejajar
>>dengan "realiti baru" politik nasional –
>>sekurang-kurangnya politik anak muda jalanan.
>>
>>Tetapi tidak begitu, hakikatnya jelmaan politik
>>nasional tampak sahaja baru namun pemain politiknya
>>diwarisi sejak beberapa dekad yang lalu. Lihatlah pada
>>Anwar, Mahathir, Hishamuddin Rais dan contemporary
>>mereka.
>>
>>Orang-orang tua inilah (kecuali tiga nama itu)
>>akhirnya yang menjarah Parti KeADILan Nasional dan
>>terpinggirlah kumpulan-kumpulan reformasi yang
>>berkorban untuk menyatakan syiar bantahannya.
>>
>>Cerita reformasi dan KeADILan penuh dengan kesedihan -
>>setidak-tidaknya di mata para "reformis," istilah yang
>>mereka gunakan untuk mengenali diri sendiri.
>>
>>Di sebalik kepedihan itu pula bersarang penyakit yang
>>cukup parah tetapi sering kali pula dikosmetikkan
>>dengan gincu dan bedak keadilan. Sebenarnya, sejak
>>September 1998, tidak ada usaha keadilan yang wujud.
>>
>>Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) juga
>>bukanlah perjuangan keadilan untuk rakyat. Ia hanyalah
>>pentas untuk PAS mengesahkan ketuanan politik
>>kepembangkangannya, meminggirkan Gagasan Rakyat (satu
>>lagi kumpulan), mengutip wang derma, dan menaikkan
>>imejnya. Tidak lebih daripada itu.
>>
>>Bermula daripada Gerak sehingga Barisan Alternatif,
>>PAS mengaut segala-galanya atas nama reformasi, Anwar
>>dan lakonan keadilan. Kini, ia berniat lagi untuk
>>meneruskannya - seperti yang terpancar dalam
>>muktamarnya baru-baru ini - walau beberapa pihak sudah
>>memahami sepak terajang politiknya.
>>
>>Anak-anak muda yang bertungkus-lumus berada di pinggir
>>jalan – disepak, diterajang, dibelasah - hanya menjadi
>>satu lagi peluru pembangkang menentang kerajaan
>>pimpinan Perdana Menteri.
>>
>>Kemudian wujud Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) yang
>>cuba mengambil semangat penyatuan tenaga-tenaga
>>penentangan terhadap sistem. Ia juga perlahan-lahan
>>mengecewakan, akhirnya siri kekecewaan itu ditutup
>>oleh Pendaftar Pertubuhan selepas 17 bulan digantung
>>tidak bertali.
>>
>>Sebelum itu, empat organisasi awal yang disebut
>>"Gerakan Reformasi" - ABIM, JIM (pengkritik ABIM
>>tetapi rapat dengan Anwar), Asasi (profesional sains
>>Islam ABIM) dan PKPIM (pelajar ABIM) - ditubuhkan.
>>
>>Tetapi mereka awal-awal lagi meninggalkan pentas
>>serangan terhadap sistem selepas ramai pemimpin mereka
>>ditawan di bawah ISA. Mereka sanggup membiarkan
>>penderitaan anak-anak jalanan ini walaupun semangat
>>jihad, jiwa tarbiyyah dan basah iman mereka
>>diulang-ulangkan dalam usrah dan qiamulail.
>>
>>Tidak ada kuasa yang perkasa memanjangkan tempoh dan
>>siri penentangan itu kecuali anak-anak reformasi
>>jalanan inilah tetapi setelah wujudnya KeADILan,
>>merekalah yang awal-awal diketepikan.
>>
>>Selain itu, Harakah yang asalnya teragak-agak untuk
>>menyokong Anwar tetapi akhirnya berjaya meningkatkan
>>jualan, maka merekapun happy!
>>
>><Picture>Kemudian dalam pakatan Barisan Alternatif,
>>KeADILan dan rakan sejawatnya Parti Rakyat Malaysia
>>dimelukutkan di tepi gantang. Dua parti tradisional
>>dalam pakatan itu meraih segala peruntukan kerusi
>>empuk (selamat, maksudnya) menjelang pilihan raya umum
>>November lalu.
>>
>>PRM dan KeADILan mula belajar perit menjadi parti
>>kecil dan mentah.
>>
>>Banyak kali juga perbincangan tentang kerusi
>>menambahkan siri-siri pengkhianatan orang politik
>>terhadap anak muda dan reformis jalanan. Sebagai ganti
>>polis, Mahathir dan sistem korup itu, KeADILan dan BA
>>bersilih ganti mengecewakan hasrat mereka.
>>
>>Malah ada warning agar mereka tidak mengeruhkan
>>"suasana politik"- dalam bahasa yang lain, biarlah
>>kita bertanding dan mendapat kerusi daripada bersusah
>>payah diherdik, dikejar, disepak terajang di pinggir
>>jalan.
>>
>>Sebenarnya ada pertarungan yang halus dan senyap
>>antara reformis jalanan dengan KeADILan dan BA. Mereka
>>yang selangkah lagi mencapai kejayaan tentunya tidak
>>mahu balik ke pangkal jalan untuk memulakan perjuangan
>>seperti anak-anak muda jalanan ini.
>>
>>Akhirnya lumpuhlah satu gerakan yang berjaya
>>menggegarkan negara, semuanya diurus secara politik
>>parti.
>>
>>Kelumpuhan ini pula nampaknya selari dengan falsafah
>>politik sistem yang korup itu - iaitu jangan ajak
>>rakyat bersilat di luar gelanggang "demokrasi" ala
>>Mahathir yang ditakrifkan sebagai pilihan raya umum
>>lima tahun sekali.
>>
>>Di saat semua manusia mengejar kegilaan kuasa,
>>khususnya juga di kalangan KeADILan dan BA, penulis
>>sempat berbual dengan orang kuat BA yang cukup
>>dikenali berjiwa reformis. Segala kebusukan itu pun
>>didedahkan. Kesimpulannya, BA itu sendiri memerlukan
>>reformasi!
>>
>>Rupa-rupanya memang benarlah jangkaan saya (lihat
>>Detik bulan Februari 1999), bahawa terlalu banyak
>>keadilan akhirnya menyusahkan! Ia tidak membantu
>>merakyatkan perjuangan tetapi berpusar-pusar menjaga
>>tembolok sendiri.
>>
>>Sesiapa yang jujur dan lemah akan dipergunakan
>>semahunya untuk political mileage, termasuk reformis
>>jalanan - dan tabiat ini sangatlah benar dengan
>>KeADILan dan juak-juak Anwar.
>>
>><Picture>Walaupun bekas boss-nya masih terseksa dalam
>>penjara, dan memang ramai orang bersimpati dan sedia
>>menolong insan terseksa itu, tetapi tabiat lama itu
>>masih bersarang kuat di dalam jiwa dan terpampang
>>dipamerkan ketika pilihan raya kecil Telok Kemang
>>baru-baru ini. Dan, gelagat mereka itu tidak membantu
>>Anwar sama sekali.
>>
>>Mereka selalu terlupa KeADILan bukan lagi Umno yang
>>dilimpahi ghanimah akibat bersekongkol dengan seorang
>>menteri kewangan dan timbalan perdana menteri!
>>Cukuplah lagak seperti itu.
>>
>>Tetapi seperti ditegaskan tadi, hakikatnya "alaf baru,
>>politik baru" sebagai slogan KeADILan itu hanyalah
>>tempelan. Di lubuk jiwa perubahan politik itu masih
>>lagi watak-watak kontemporer sejak lebih dua dekad
>>lalu dengan tabiat lama.
>>
>>Bukan tidak ada yang baru dalam perkembangan sejak
>>September 1998 itu tetapi rakyat biasa dan anak muda
>>jalanan selalunya mereka yang benar-benar jujur,
>>berjiwa reformasi tulen dan antisistem. Tetapi
>>merekalah yang dipinggirkan dan dikecewakan.
>>
>>Itulah kesimpulan tokoh BA yang berjiwa reformis.
>>
>>Kalaulah mereka mampu menyelongkar segala sampah di
>>bawah permaidani gerakan pembangkang itu, nescaya
>>terkejut besarlah mereka. Hanyalah laman web Komentar
>>yang benar-benar sedia membuka penutup lubang
>>kebusukan itu - walaupun tindakan itu dikatakan
>>tidaklah bijaksana.
>>
>><Picture>Akhirnya jeritan tidak sabar itu
>>meraung-raung melalui kempen bertafakur, pimpinan
>>Laman Reformasi dan disertai juga Mahafiraun 2020.
>>Apakah mereka ini - yang berani beroperasi di
>>tengah-tengah kecelakaan politik dan meredah rimba
>>penindasan, antara September 1998 hingga November 1999
>>itu - boleh dituduh sebagai "agen BN"?
>>
>>Kini, akibat peminggiran politik BA, KeADILan
>>berhasrat berkahwin dengan PRM pula. KeADILan bukan
>>hanya kaya dengan simpatisan - itupun kerana Anwar,
>>Azizah dan anak-anaknya - tetapi juga kaya dengan
>>puak-puak.
>>
>>Belum sempat kerjasama dibelai, perebutan jawatan dan
>>kepuakan meletus pula sehingga sukar sekali difahami
>>apa guna maneuver sebebal itu - ghanimah apakah yang
>>diingini daripada sifatnya yang mentah, pembangkang
>>pula, di tengah-tengah ribut penindasan sedangkan
>>ahli-ahli tidak tersusun, berhingus dan terbiar?
>>
>>Kini, PRM pula datang. Mungkin kali ini hanya
>>menambahkan senarai puak yang sedia wujud dalam
>>KeADILan. Begitu ramai doktor perubatan dan falsafah
>>dalam KeADILan tidak menyelesaikannya, apatah lagi
>>seorang doktor PRM - beliau bukannya doktor ubat.
>>
>>Mampukah doktor ini mengubati KeADILan?
>>
>>__________________________________________________
>>Do You Yahoo!?
>>Send instant messages with Yahoo! Messenger.
>>http://im.yahoo.com/
>>
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>
>
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "bilal ahmad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke