*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siasah /Politik.

Suatu ilmu yang membaikkan rakyat dengan menunjukkan mereka itu kepada
jalan yang melepaskan mereka itu daripada tiap-tiap kekeruhan dunia dan
akhirat.

Hantaran kepada nabi dan rasul adalah bersifat khusus dan umum.
Hantaran kepada Sultan/Pemerintah bersifat umum.
Hantaran kepada ulama bersifat khusus.

Hukum mempelajari – fardhu kifayah.
Tujuan/Ghayah – memisahkan segala perbantahan di atas jalan yang sebenar
dan memerintahkan mereka itu atas jalan adil dan membawa mereka itu
kepada jalan yang memberi manfaat di dunia dan akhirat. Juga memelihara
kerajaan daripada segala yang menjatuhkan kedalam kecederaan (huru-hara)

Ciri-ciri penting yang perlu ada pada pemerintah.

- Maruah yang baik dan masyhur.
- Memelihara sekalian hukum(hudud) agama.
- Memuliakan para qadhi dan alim ulama’.
- Berakhlak dan tegas di atas kebenaran.
- Luas fikiran.
- Penelitian dalam membuat keputusan.
- Menilai semula perlaksanaan kerja yang telah dibuat.
- Lemah lembut.
- Belas ihsan.
- Tidak membuat keputusan ketika marah tanpa usul periksa.
- Kembali kepada ketenangan akal apabila syahwat menguasai diri.
- Manis pertuturannya dan fasih lidahnya.
- Kasar suaranya ketika menakuti.
- Kurangkan etika atau protokol dalam mendekati ummah.
- Jangan menzalimi rakyat supaya rakyat makmur dan bertambah hasilnya.
- Baik lidahnya.
- Meratakan segala kebajikan jangan seperti harimau.
- Banyakkan masa mendampingi rakyat daripada mengikuti hawa nafsu
syahwat.
- Mendekati pembesar dalam majlis-majlis khusus atau umum.
- Menempati kehendak majlis.
- Memberi pangkat dan gelaran kepada pembesar agar gemar kepada khidmat
untuk rakyat.
- Sedikit ketawa.
- Melazimkan ahli majlisnya sifat hormat dan haibat.
- Mengenali kedhoifan rakyat dan melapangkan mereka dengan baitulmal.
- Berjimat dalam urusan negara ketika mewah.
- Menghormati ahli wara’ ahli kerohanian, jangan diganggu merka ini
dalam peribadatan mereka.
- Elakkan pertumpahan darah dan memanjangkan pesalah di dalam penjara
dengan deraan yang bukan dari hukum agama.
- Membuka luas ruang pengajian kepada isi negeri.
- Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan musyawwarah dengan segala
wazir dan mereka yang ahli pada babnya.


Lain-lain sifat.

- Sempurna anggota.
- Elok kelakuan.
- Baik faham.
- Segera tashawur bagi tiap-tiap barang yang diperkatakan.
- Cerdik.
- Elok ibarat.
- Mahir sekalian ilmu baik ilmu hisab dan ilmu tarikh.
- Benar perkataan.
- Menjauhkan bagi dusta.
- Elok muamalat.
- Elok perangai.
- Tiada pelahat pada makan dan pada minum dan pada nikah.
- Menjauhi bagi bermain-main.
- Tinggi himmah.
- Amat-amatinya pada barang yang mendirikan kerajaan.
- Kasih bagi keadilan.
- Berlapang dada.
- Bencikan kezaliman.
- Kuat azam dan wawasan.
- Berani mati.
- Mengetahui sekalian maslahat.
- Kurang bergurau senda, ketawa dan bercakap yang sia-sia.
- Mendekati dan menghormati manusia.
- Menjadikan kediaman tempat orang keluar masuk.
- Sedia mendengar masalah.
- Mampu membetulkan masalah.
- Sabar
- Menjauhkan diri dari yang haram.
- Mampu menginsafkan ahli keluarga.
- Belas kesian.

Walla hu Ta’alam.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke