*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......




        · Perhubungan Roh Terbatas Dengan Roh Tidak Terbatas


Hati si Sufi itu adalah sama dengan "akal terbatas" menurut istilah ahli 
falsafah, iaitu satu istilah untuk maksud "roh rasional' (roh berakal) dan 
bukan intelek atau akal saja. Akal terbatas ini adalah satu ragam (mode) 
atau satu pengkhususan Akal Tidak Terbatas (al-'aqlul kulli). Akal Tidak 
Terbatas ini sama juga dengan Roh Sejagat atau Roh Semesta ataupun Hakikat 
Muhammad, tetapi pada segi konsepnya berbeza.

Perhubungan Akal terbatas dengan Akal Tidak Terbatas itu adalah sama seperti 
perhubungan yang umum dengan yang khusus, yang sejagat atau semesta dengan 
yang terbatas atau terhad, tetapi bukan dengan pengertian sebahagian atau 
bahagian-bahagian dari yang sejagat itu. Roh atau Akal tidak boleh 
dibahagi-bahagikan atau dipecah-pecahkan. Apa yang memperilang-bilangkan 
(multiplies) satu roh itu adalah sama dengan apa yang memperbilang-bilang 
Satu zat. Iaitu ianya adalah nisab (perhubungan subjektif). Roh juga 
diibaratkan keadaan fikiran (mental states) itu sebagai "bahagian-bahagian" 
fikiran (mind). Sebagai kiasan, dengan mengatakan bahawa akal atau ruh 
khusus itu sebagai "kuasa-kuasa Roh Sejagat" itu.

Roh sejagat atau Roh Semesta itu sentiasa sedar dirinya sebagai satu 
keseluruhan dan ini juga bererti ia sedar tentang "bahagian-bahagian"nya, 
(dikatakan "bahagian" kerana tidak ada istilah lain yang lebih sesuai). 
Tetapi "bahagian-bahagian" itu tidak pernah sedar dengan keseluruhan itu. 
Bahagian-bahagian itu hanya sedar dirinya sendiri saja.

Dari sini dapatlah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata,

"Kesatuan secara mistik dengan Tuhan."

"Perjalanan secara mistik menuju Allah."

"Menyingkap hijab."

Dan lain-lain lagi.

"Kesatuan" yang dimaksudkan ini mestilah difahamkan dari pengertian kiasan 
atau ibarat saja. Bagaimana ada kesatuan hakiki dalam pengalaman keruhanian 
apakala semua roh-roh khusus itu telah pun bersatu dalam Roh Semesta, yang 
mana adalah Allah itu sendiri? (Allah = Prinsip Rasional Alam Semesta Raya 
ini). Oleh itu apa yang dikatakan "Kesatuan" itu adalah hanya semata-mata 
keadaan menimbulkan "kesedaran" ruh khusus itu tentang kesatuan yang telah 
pun sememangnya ada antara dirinya dengan Roh semesta itu, dan bukannya 
pergaulan atau percantuman dua roh yang berlainan. Pencapaian terakhir bagi 
si Sufi dan tujuan akhir segala usahanya bukannya menjadi satu dengan Tuhan, 
kerana ia telah pun "bersatu" tetapi adalah hanya menyedari maksud kesatuan 
itu.

Dua perkara penting diperolehi dari theori ini :

1. Manusia tidak akan jadi Tuhan.

2. Ilmu kebatinan si Sufi itu timbul langsung dari ruh itu sendiri. Ilmu itu 
bukan diturunkan atau dibukakan kepada ruh itu dalam pengertian yang hakiki. 
Semua istilah seperti pancaran atau penyampaian ilmu itu mestilah difahami 
dari segi kiasan atau ibarat saja.


Tetapi bahasa kiasan ini boleh menimbulkan bahaya kerana orang akan 
menganggapnya sebagai benar dan bukan kiasan saja. Jika dianggap sebagai 
bukan kiasan, maka timbullah keduaan bukan kesatuan iaitu pemberi ilmu dan 
penerima ilmu.

Dijelaskan perihal Roh Semesta itu sedemikian cara, dan menyifatkan 
sedemikian watak, hinggakan kita menyangka ada perbezaan atau dua wujud iatu 
Wujud Roh Sejagat dan roh khusus (roh terbatas). Sebenarnya Roh Sejagat itu 
berbeza dari ruh terbatas hanya dalam pengertian sebagaimana berbezanya 
"keseluruhan" dengan "bahagian-bahagiannya".

Al-Ruh (roh) yang bermaksud Jibrail sama dengan Roh Sejagat (Roh Semesta) 
sebagai pembuka ilmu kebatinan dan Ketuhanan (al-mulqi). Roh itu yang dalam 
ragam atau kekhususannya yang tertentu adalah pembuka atau penurun ilmu itu 
(ataupun ilham). Ilham itu adalah siaran atau pancaran dari roh (roh 
terbatas) itu sendiri. Si Sufi itu dikatakan menerima ilmu dalam semua 
hadrat (peringkat) tetapi pemberi ilmu (ilham) itu adalah "diri" si Sufi itu 
sendiri terzahir kepadanya dalam bentuk yang tertentu.

Apabila si mistik atau si Sufi itu melihat sesuatu bentuk seseorang yang 
menyampaikan kepadanya ilmu atau ilham yang sebelum itu tidak ada padanya 
maka orang (bentuk) yang kelihatan itu adalah 'ayn atau diri si mistik itu 
sendiri yang terzahir dalam bentuk tersebut. Kalau diri ('ayn) itu ibarat 
pokok, dan ilham  atau wahyu itu sebagai buahnya; maka buah itu dipetik dari 
pokok tersebut, yakni ilham (wahyu) itu datang dari diri sendiri.

Hati si Sufi itu (atau jiwa rasional) adalah "mata" yang melaluinya Allah 
melihat Diri-Nya sendiri, dan alat yang dengannya Allah mengenal Diri-Nya 
dalam bentuk penzahiran-Nya, bukan dalam Kemutlakan-Nya kerana ilmu 
pengetahuan-Nya sebagai Yang Mutlak adalah kepunyaan-Nya sendiri saja. Insan 
Kamil itu adalah tumpuan (focus) Kesedaran Tuhan. Boleh juga dikatakan 
bahawa Allah (Tuhan) itu adalah tumpuan (focus) dan zat kesedaran Insan. 
Sebenarnya itu adalah menyatakan dua aspek dari satu fakta yang sama dan 
satu jua.

Realiti atau Hakikat (Allah) itu sentiasa menzahirkan diri-Nya dalam setiap 
bentuk dalam setiap peringkat (hadrat) wujud ini dan ini terbayang dalam 
hati orang-orang Sufi, ibarat cermin, dan mereka sentiasa "melihat" Allah 
dalam setiap sesuatu dan di mana saja. Setiap "keadaan" atau pertukaran 
dalam setiap benda yang qadim (eternal substance) bersesuaian dengan satu 
keadaan atau pertukaran dalam hati si Sufi itu. Inilah apa yang dimaksudkan 
bahawa Allah itu "terkandung" dalam hati si Sufi itu. Hati itu mengandungi 
dalam dua cara :

(a) Hati itu membayangkan semua kesempurnaan Allah, dan ini terzahir secara 
berasingan dalam Alam Besar (Insan Kabir) tetapi terzahir secara kolektif 
(jumlah atau terkumpul) dalam Alam Kecil atau Insan Kamil.

(b) Ia juga mengandungi Allah dalam pengertian bahawa hati itu mengandungi 
aspek Ketuhanan (aspek kebatinan atau keruhanian) Insan itu.

Wallahu ta'ala a'lam.......

TO BE CONTINUED.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke