*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bismillaahirrahmaanirrahiim. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh., Bismillaahirrahmaanirrahiim. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh., SIRI 26 (dalam siri yang lepas kita telah berkenalan dengan neuron…dalam pada itu ada pulak yang nak berkenalan dengan saya …aik tak pasal-pasal(saya tak suka perasan, tapi anggaplah saya rendah diri, tak payah berkenalan lah dengan saya)….biar selesai satu –satu, mari kita kenal secara dekat sikit tentang neuron..kita neuron saja ..anggap saya lebih kurang neuron saja) Apakah tujuan Allah menciptakan neuron pada kita ? tak lain-tak bukan untuk memudahkan urusan kita seharian (…maklumlah khalifah di muka bumi katakan ) Neuron berfungsi sebagai Mekanisme Pengendalian Isyarat Saraf. Isyarat saraf bergerak melalaui set-set neuron dari arah denderit ke arah bouton akson. Analogi (gambaran/perumpamaan) pergerakan isyarat saraf ini sama seperti pengaliran arus elektrik dalama dawai. Walau bagaimanapun, kelajuan aliran arus elektrik sama dengan kelajuan cahaya. haya iaitu 186 000 batu sesaat sementara pergerakan isyarat saraf pula ialah di antara 2 hingga 200 batu sejam. Kelajuannya tertakluk kepada saiz dan kelebaran akson. (Atkinson et. al., 1987). (wau! Lajunya…tekan di sini ….disana nyala..kalau neuron nih jenis motorsikal sudah lama dah kena saman pasal memandu laju sangat…lihatlah kebesaran Allah …begitu punya laju tak eksiden (kemalangan) pun atau tersalah masuk lorong..sepatutnya isyarat kata api rasa panas tiba-tiba kita rasa sejuk (tak berlaku demikian…kalau berlakupun mungkin nak mati kot(jadi cepat-cepatlah bertaubat)) Pengendalian isyarat saraf dalami sel neuron merupakan satu proses yang amat kompleks. Tiap satu neuron mengandungi molekul-molekul yang diperbuat oleh ion. Pada umumnya, pakar-pakar kimia bersetuju bahawa ion jenis Natrium (N +) mengawal pergerakan isyarat saraf melalui proses polarisasi dan depolarisasi. Kebanyakan ion yang berada dalam sel neuron seperti potassium (K+) dan klorida (CI-) mempunyai cas negatif. Oleh itu, ia mengakibatkan keseluruhan sel bercas negatif. Cas negatif sel ini menarik molekul-molekul yang mempunyai cas positif seperti Natrium (Na+) yang berada di luar sel dengan banyak sekali. Analoginya sama seperti pola besi berani (megnet) negatif menarik pola yang positif', dan sebaliknya. (kalau anda tak faham tak kisahlah..sebab proses ini amat kompleks (terlalu pelbagai)…cuma kita sedar cukuplah, lihatlah ciptaan Allah pada sistem tubuh kita, suatu benda yang kompleks, semata-mata untuk kita mengenal maklumat sekeliling kita…(tak faham juga ? ..tak apa macam biasa…buat-buat faham saja lah) (kalau anda masih faham teruskan membaca di bawah…kalau tidak tunggulah siri yang akan datang…) Kedua-dua cas neuron (positif dan negatif) dipisahkan oleh selapis selaput,separuh telap (.Femipermeable membrane) yang rnempunyai lubang-lubang kecil di dalamnnya. Lubang-lubang ini hanya membenarkan molekul-molekul kecil menembusinya. Lubang selaput separa terap ini boleh dibesarkan dalam keadaan tertentu bagi membolehkan molekul-molekul yang lebih besar menembusinya. Tugas utama selaput ini ialah untuk menahan serta menolak molekul Natrium keluar dari dalam sel secara aktif. Ini semua dilakukan dalam keadaan semulajadi (semulajadi nih istilah Barat..yang jahil,..istilah kita ialah Sunnatullah) yang diistilahkan sebagai keadaan terkutub (polarized state). Apabila selaput neuron distimulasikan oleh sel neuron jiran yang menghantar isyarat, keadaan semulajadi(suna tullah) 'kesepara lelapan' selaput neuron terganggu. Buat seketika waktu, selaput separa telap itu membenarkan ion besar seperti Na+ masuk ke dalam sel. Walau bagaimanapun, dengan cara aktif iaitu melalui proses osmosis, selaput separa telap menolak keluar ion Na+ dari dalam sel untuk mengembalikan status semula jadi terkutub sel saraf. Fenomena masuk - keluar ion Natrium (Na+) pada sel neuron ini dinamakan proses polarisasi - depolarisasi yang bersambung daripada sel kepada sel neuron yang lain. Semasa proses polarisasi beriaku, cas dalam sel ialah negatif dan cas luar sel pula positif. Status depolarisasi pula sebaliknya, iaitu positif di dalam dan negatif di luar sel. Proses sebenar yang berlaku adalah lebih komplek,, daripada penerangan yang diberi di atas. Ringkasnya, ini ialah cara isyarat saraf dikendalikan di seturuh tubuh manusia dan organisme-organisme lain yang mempunyai sistem saraf. Proses kendalian ini mempunyai sifat-sifat kimia dan elektrik dan aktiviti-aktiviti elektrik saraf inilah yang diukur oleh alat electroencephalogram (EEG).Tiap-tiap batang akson sel neuron mengandungi sarung lemak yang dikenali sebagai sarung mielin. Sarung ini bertugas sebagai bahan penebatan (insulation) kepada isyarat elektrik yang dikendalikan di dalani set-sel neuron. Dengan cara ini, isyarat saraf dapat dikendalikan dengan cepat dan lancar tanpa membazirkan tenaga elektrik di dalam neuron. Bagi individu yang menghadapi penyakit jenis Multiple Sclerosis, sarung mielin sel neuron mereka telah rosak dan ini mengganggu pengendalian isyarat dengan baik. lndividu tersebut lazimnya mengalami masalah-masalah seperti tidak dapat mengawal pergerakan otot-otot dengan berkesan, gagal memberi gerak balas yang berkesan terhadap sesuatu penerangan . Mereka juga sering mengalami masalah penglihatan. (oleh itu sebelum berlaku kerosakan… banyak-banyak lah kita bersyukur pada Allah….kalau rosak susah lah, benda ni tak dapat diganti atau dijual di kedai…pendek kata tak sempurnalah kita…Ucaplah ..Alhamdulillah.) Bersambung….. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>