*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                 Panduan web dari penceroboh -Malaysiakini

                 Saya berasa terpanggil untuk mengulas
                 perkembangan mutakhir tentang
                 peperangan internet yang dimulakan
                 oleh Barisan Nasional dan kemuncaknya
                 apabila Laman Reformasi diceroboh
                 sehari sebelum pilihan raya kecil Telok
                 Kemang ("Laman Reformasi ditawan
                 penceroboh web," 9 Jun).

                 Sebagai insan prihatin dan bukan ingin
                 menunjuk pandai, saya dengan rendah
                 diri ingin menasihatkan para pengendali
                 web proreformasi dan reformis agar
                 mengambil beberapa tindakan bagi
                 mengelak kejadian itu berulang:

                 Pertama, elakkan hos tapak web anda
                 di Tripod.com! Sistem keselamatan di
                 sana agak lemah dan kami telah
                 membuktikannya seperti dapat dilihat
                 di laman http://bnlist.tripod.com.

                 Bagaimanapun, saya ingin tegaskan
                 bahawa keselamatan bukannya default,
                 oleh itu mana-mana hos boleh
                 diceroboh sekiranya penceroboh
                 (hacker) berkenaan telah menemui
                 'hole' pada sistem keselamatan
                 sesebuah pelayan atau skrip CGI yang
                 digunakan oleh pelayan berkenaan.

                 Sekiranya Junior Hacker yang
                 menjumpai kebocoran pada Tripod.com
                 seperti yang terjadi pada Laman
                 Reformasi, kemungkinan laman-laman
                 proreformasi di Tripod.com yang lain
                 juga akan mengalami nasib sama.
                 Percayalah!

                 Kedua, gunakan kata laluan yang
                 berbeza untuk setiap akaun sama ada
                 emel atau tapak web anda untuk
                 mengelakkan mereka dapat mencari
                 akaun-akaun lain yang didaftarkan
                 menggunakan kata laluan yang sama.

                 Ketiga, gunakan maksimum kata laluan
                 yang dibenarkan dan
                 sekurang-kurangnya lapan aksara.

                 Keempat, gunakan kata laluan rawak
                 iaitu kombinasi nombor, simbol, dan
                 huruf kecil serta besar, misalnya
                 Pg*R3nsH9# dan simpan kata laluan di
                 tempat yang benar-benar selamat.

                 Kelima, jangan sekali-kali menyerahkan
                 kata laluan anda kepada orang lain.

                 Keenam, ingatkan atau cetakkan
                 statistik atau profil asal yang anda
                 daftarkan di semua akaun berasaskan
                 web. Misalnya, tarikh lahir, poskod dan
                 sebagainya untuk kemudahan sekiranya
                 anda
                 diceroboh.

                 Ketujuh, buka tapak cermin (mirror site)
                 atau tapak alternatif di hos yang lain.
                 Jangan buka pada hos yang sama.
                 Misalnya, laman utama anda di
                 Xoom.com, tapak cermin pertama
                 hendaklah di luar pelayan itu - mungkin
                 di Geocities.com (juga pastikan kata
                 laluannya juga berlainan!)

                 Langkah ini penting sekiranya hompej
                 anda diceroboh atau hos pelayan itu
                 sendiri down, pengunjung masih boleh
                 capai ke tapak cermin anda.

                 Kelapan, bagi pengendali web, sila
                 simpan semua kandungan hompej anda
                 dalam PC anda. Sebaiknya cakera keras
                 kedua (bukan cakera sistem atau C
                 drive). Kemaskini laman anda di PC
                 anda dulu dan kemudian fail FTP yang
                 berkenaan ke hompej anda untuk
                 menindih (overwrite) laman lama bagi
                 dikemaskini. Fail grafik tidak perlu
                 di-FTP-kan kalau ia tidak berubah.

                 Cuma halaman indeks dengan halaman
                 baru sahaja perlu di-FTP. Proses FTP
                 lebih cepat dan menjimatkan masa
                 anda berada dalam talian. Sebelum itu
                 sila, pastikan stuktur direktori hompej
                 anda adalah sama dengan salinan asal
                 di PC untuk memudahkan proses FTP.

                 Sekiranya hompej anda diceroboh, anda
                 masih mempunyai salinan asal di PC
                 dan boleh dihantar ke tapak cermin
                 baru buat sementara.

                 Kesembilan, jangan sesekali kemaskini
                 ketika dalam talian atau mengambil
                 masa terlalu lama kerana ia membuka
                 security hole akaun anda semasa
                 proses berkenaan.

                 Saya kira itu saja nasihat yang mampu
                 saya beri, mungkin profesional IT lain
                 boleh membantu atau membetulkan
                 kita semua.

                 Demi perjuangan reformasi melalui
                 internet khususnya sebagai persediaan
                 menghadapi cabaran pilihan raya umum
                 2004, saya ingin membantu dengan
                 membuka sebuah laman baru khusus
                 dalam keselamatan internet dan
                 aspek-aspek berkaitan sedikit masa
                 lagi, insya Allah.
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "aziz osman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke