*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

SIRI 20a
 
Psikologi Dari perpektif Islam
(saya ambil masa sedikit untuk menyiapkan siri ini ..sebab ia memerlukan
penelitian yang lebih…idea-idea tulisan ini kebanyakan datangnya daripada
Dr Hasan Langgulung.…..saya nih bukannya pandai sangat…tolong sampaikan
saja )
 
Maksud psikologi kita sudah tahu( kalau tak ingat sila rujuk siri 01…)

 Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa sesuatu yang menyebabkan manusia hidup
ialah jiwa (jadi kalautak ada jiwa tak hiduplah manusia…), atau psyche
mengikut bahasa Yunani lama.  Dalam bahasa Arab pula digunakan empat
istilah: roh, qalb, nafs, dan 'aql.  Sekarang kita akan terangkan dulu
makna jiwa mengikut pendapat ahli falsafah di bawah ini.

Pendapat para sarjana mengenal jiwa adalah berbeza-beza sehingga kira-kira
empat belas buah karya mengenal hal itu telah diterbitkan (Majilisi, jilid
4).  Ada yang mengatakan bahawa jiwa manusia adalah Allah sendiri. (yang
ini bukan saya kata tapi kitab tu kata begitu…)  Ada pula yang mengatakan
bahawa ia adalah air, angin dan api sahaja atau ketiga-tiga unsur tersebut
sekaligus, (tanah tak ada ke…setahu saya ada 4 semua…)sebab kehilangan
salah satu unsur tersebut menyebabkan manusia akan mati.  Ada dua pendapat
yang paling popular; pertama ialah jiwa adalah sesuatu yang bebas daripada
benda dan sifat-sifatnya. jadi ia bukanlah tubuh atau bertempat di tubuh,
tetapi berhubung dengan tubuh secara pengurusan dan perlakuan.  Apabila
berlakunya maut maka putuslah perhubungan itu.  Pendapat ini disokong oleh
sebahagian besar ahli falsafah teologi, golongan sufi yang terkemuka, dan
golongan ahli kalam yang teliti, seperti al-Tusi, al-Ghazali, dan al-Razi.

Kedua ialah jiwa adalah sesuatu yang metarialistis.  Pendapat ini disokong
oleh segolongan daripada Muktazilah dan sebilangan besar pengikut ahli
kalam.(masuk bab muktazilah nih saya tak nak komen panjang…kalau saya komen
…boleh buat buku lah…)


Golongan yang mengatakan bahawa jiwa adalah sesuatu yang spritual, mujarrad
dan.berdiri sendiri, memberi dalil-dalil berikut:

i / Antaranya ialah jiwa mengetahuai, dan ia mengetahui bahawa ia tahu
sedangkan pengetahuan tidak bersifat badan atau tubuh.  Kalau tidak
tentulah semua benda itu dapat menanggapi. 
2/ Badan mempunyai ciri-ciri khas.  Yang paling nyata ialah badan,jika ia
menerima bentuk tertentu seperti segi tiga, tidak dapat menerima bentuk
lain seperti segi empat atau bulat kecuali bentuk yang terdahulu (segi
tiga) itu sudah hilang.  Bila ia menerima ukiran atau lukisan maka ia tidak
dapat menerima yang lain.  Bila anda melukis sebuah lukisan pada suatu
papan atau pada sehelai kertas maka ia tidak dapat menerima lukisan lain,
kecuali anda menghapuskan lukisan pertama.  Tetapi ciri seperti ini tidak
berlaku pada Jiwa. (maknanya jiwa lebih hebat daripada badan..) Pada jiwa
boleh bertumpuk berbagai-bagal gambaran mengenai benda atau fikiran yang
ditanggapi tanpa menghapus yang pertama.  Malah ia tetap sempurna, dan
bertambah kuat dengan gambaran kedua, kerana manusia akan menjadi lebih
faham bila ilmunya bertambah.  Ini bercanggah dengan sifat tubuh yang boleh
hancur dan musnah bila bebannya menjadi semakin berat.

Pendapat yang mengatakan bahawa jiwa sejenis dengan benda kerana jiwa tidak
dapat melakukan sesuatu tanpa badan adalah salah sama sekali.  Sebabnya
ialah keperluan jiwa kepada benda hanyalah menunjukkan bahawa pekerjaannya
itu disyaratkan adanya benda, bukan kerana hakikatnya sebagai benda.  Kalau
tidak, tentulah kita dapat katakan bahawa hakikat tukang kayu adalah
gergaji, hakikat tukang batu adalah alat binaan, dan hakikat tukang kebun
adalah alat pertanian.  Inilah beberapa perbezaan pendapat para ahli
falsafah tentang jiwa yang nanti akan kita huraikan dengan lebih panjang
lagi dalam bahagian berikut.

(Saya tak berniatlah nak melaga-laga kan dua aliran pemikiran ini …buat
buang masa saja…..lagi pun , baik kita bincang benda yang lebih
penting….tapi ilmu tetap ilmu….tak akan bertukar jadi nasi)

Sambung…maaf lah kalau panjang sikit pun..


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke