*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jais cekup betina ratu cantik....Mahathir serang balik. Jais cekup betina di 
premis mabok.....Pak Lah serang balik.(2xmamak)...elok depa jadi mufti 
seniri la....:)
Nama saja restoran.......tapi ada multi-purpose. Kalau Jais serkup 
betina-betina dalam hardrock cafe sebelah concorde apa dia nak kata 
pulak?!!! mencelah pun kekadang dok memantau kot luaq....tapi heran sungguh, 
sampai tengah malam....makpak budak-budak betina tu.... tak cari ka!

>From: Sjafrial Esa <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [Re:] H-Net* Pak Lah dah mula ikut contoh mahathir 
>..........................................
>Date: Sun, 25 Jun 2000 18:58:25 -0700 (PDT)
>
>Mungkinkah ada esok atau lusa orang JAIS diturunkan .... ..???
>
>On Sunday, June 25, 2000 "michel mick" wrote:
>
> >
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Sila rujuk Berita Minggu semalam,, dah mula dah tunjuk jaguh membela
> >kemungkaran,,.........................
> >
> >Oleh WAN HAZMIR BAKAR dan AZRINA AHZAN
> >KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
> >menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap orang
> >Islam yang berada di premis yang ada menjual minuman keras, sebagai tidak
> >tepat.
> >“Kehadiran mereka di tempat seperti itu tidak seharusnya dijadikan alasan
> >untuk menahan mereka,” kata beliau.
> >Di Kuala Lumpur, katanya ada banyak tempat seperti restoran dan 
>sebagainya
> >yang menyajikan hidangan yang tidak boleh dimakan orang Islam. Jadi,
> >tindakan menahan orang Islam yang kebetulan berada di tempat itu adalah
> >tidak tepat.
> >“Saya tidak tahu mengapa tindakan itu diambil. Jais lebih tahu kenapa
> >tangkapan itu dibuat dan adakah wajar dilakukan.
> >“Kalau begitu susahlah kerana kita terpaksa menyediakan restoran untuk 
>orang
> >Islam saja, barulah kita berasa selamat,” katanya selepas merasmikan
> >persidangan antarabangsa anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia dan 
>CIPTA
> >di sini, semalam.
> >Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais menahan 25 orang 
>Islam
> >dalam satu operasi yang dijalankan di Restoran The Ship, Damansara Utama, 
>11
> >Jun lalu.
> >Mereka kemudian dibawa ke balai polis Damansara untuk disoal siasat atas
> >kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja 
>di
> >dalam premis yang menjual minuman keras.
> >Keesokannya, mereka dibebaskan tetapi diminta hadir di pejabat agama 
>daerah
> >Petaling di Jalan Othman dan dikehendaki mengikuti kelas kaunseling 
>anjuran
> >Jais selama tiga hari.
> >Bagaimanapun, 15 daripada mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah 
>pada
> >13 September depan atas tuduhan menghina Islam kerana mereka berada di 
>dalam
> >premis yang menyediakan minuman keras.
> >Ditanya mengenai tuduhan yang dikenakan oleh Jais terhadap kumpulan 
>terbabit
> >yang dikatakan menghina agama Islam, beliau berkata: “Kita tidak tahu 
>apakah
> >jenis penghinaan yang dimaksudkan oleh Jais, tetapi jika kehadiran 
>seseorang
> >itu di tempat yang menghidangkan makanan dan minuman yang diharamkan, ia
> >tidak boleh menyebabkan seseorang itu ditangkap.”
> >Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Abdul 
>Hamid
> >Othman, berkata beliau belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian
> >berkenaan.
> >Abdul Hamid berkata, tindakan Jais itu dibuat mengikut undang-undang dan
> >enakmen yang tertakluk dibawah pentadbiran hukum syarak negeri Selangor.
> >“Walaupun ada usaha untuk menyeragamkan undang-undang di setiap negeri,
> >bidang kuasa negeri masih kekal seperti biasa. Setiap negeri mempunyai
> >bidang kuasanya sendiri, jadi kita perlu tahu perkara sebenar mengenai
> >tindakan penguatkuasaan oleh Jais itu,” katanya.
> >Mengulas mengenai hukuman yang akan dikenakan terhadap kumpulan terbabit,
> >beliau berkata, mahkamah akan menentukan hukuman yang sesuai mengikut
> >undang-undang Islam.
> >
> >________________________________________________________________________
> >Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
> >
> >
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: "michel mick" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> >
>
>
>
>-----------------------------------------------------------------------
>FREE global voice/fax/e-mail in your mailbox at http://www.hotvoice.com

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke