*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN


[       Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, adakah pilihan dan 
tindakan anda?

[       Matlamat anda mestilah jelas , tepat dan praktikal serta dibuat secara 
hitam putih. Bacalah matlamat anda berulang kali sehari hari.

[       Apa yang kita lakukan hari ni akan menentukan dan mencorakkan masa depan 
kita.

[       Aspek kehidupan :
1.      Mental
2.      Jasmani
3.      Rohani
4.      Kerjaya
5.      Kewangan
6.      Keluarga
7.      Social

[       Kita harusalah merancang matlamat kita meliputi ketujuh-tujuh as[ek 
kehidupan di-atas. Tentukan aspek kehidupan yang mana menjadi keutamaan kita 
ketika ini.

[       Matlamat adalah kompas kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi 
dengan tindakan tidak akan menghasilkan suatu apapun.

[       Sikap dan tabiat adalah satu perkara kecil yang boleh memeberikan 
perbezaan besar dalam hidup kita . Kita boleh mengubah hidup dengan cara 
merubah pemikiran , perasaan dan tindakan kita.


[       Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa organg yang tidak 
membaca itu sama spt org yg tidak tahu membaca (buta huruf)

[       Tabiat dan sikap kita bukan spt ukiran di batu yang kekal. Diri kita 
memepunyai kuasa utk mengawal dan mengikis tabiat dan sikap negatif yang 
tidak membina. Tidak seorangpun yang boleh membantah pilihan kita kecuali 
diri kita sendiri.

[       Orang yang berjaya adalah org yg menjadikan sesuatu terjadi kepada diri 
mereka.
1.      Winner make it happen.

[       Ijazah tertinggi bukanlah merupakan satu jaminan utk mencapai kejayaaan 
.Ianaya perlu disertakan gdn sikap mental yg wajar  imej diri yg menyakinkan 
serta displin yang kuat.

[       Kunci penghidupan yg lebih baik adalah terletak kpd imej diri seseorang . 
Maka utk itu ,kita harusalah berusaha memebina imej diri yg sihat dan 
menyakinkan.

[       Fikirkan permusuhan , kita akan dimusuhi. Fikirkan kebensian ,kita akan 
dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih , kita akan dikasihi. Ini 
adalah undang-undang alam . Kita menjadi spt apa yg kita fikirkan.

[       Sesunguhnya aku dilahirkan untuk membina kejayaan

[       Harta yg paling bernilai kpd setiap insane ialah imej dirinya. Apa yang 
difikirkan dirasakan mengenai dirinya . Itulah yg dipamerkan kpd dunia …imej 
diri

[       Sekiranya kita tidak ada rasa hormat terhadap diri kita , maka jgnlah 
berharap org lain akan menghormati diri kita.




[       Sekiranya kita tidak ada merasa yakin terhadap diri kita , maka jgnlah 
berharap org lain akan yakin terhadap diri kita.

[       Sekiranya kita tidak ada mempunyai rasa kasih terhadap diri kita , maka 
jgnlah berharap org lain akan mengasihi diri kita.

[       Setiap hari berusahalah utk membina imej diri yg harmoni dan menyakinkan. 
Rasakan diri kita sbg insane baru penuh dgn perasaan kasih dan hormat 
terhadap diri kita sendiri. Fikirkan segala kejayaan dan kebaikan yg telah 
kita lakukan selama ini.

[       Org yg cekal dan mempunyai keyakinan diri yg tinggi , tidak pernah merasa 
terancam dgn perkataan atau perbuatan yg remeh dan tidak disengajakan. 
Sebaliknya  mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

[       Seseorg yg boleh membuatkan kita marah sebenarnya telah berjaya menakluki 
diri kita.

[       Panas baran adalah lebih buruk drp nasib yg malang . Sesiapa yg boleh 
menumpaskan sesaat rasa marah beerti ia boleh mengelakan kemurungan 
sepanjang hari.

[       Kesempurnaan adalah sesuatu yg perlu dicapai dan dikejar,  dalam mengejar 
kejayaan dan kesempurnaan sudah tentu kita akan menghadapi pelbagai dugaan, 
kesilapan dan kegagalan. Jadi tidaklah perlu kita memarahi , menyesali , 
meratapi akan kesilapan dan kegagalan kita secara keterlaluan.

[       Jika cacat mata, kita masih ada kaki dan tangan . Jika cacat anggota , 
kita masih mempunyai penglihatan . Tetapi apa yg paling penting , kita 
dikurnikan Tuhan dgn akal fikiran yg membolehkan kita mencabar kecacatan 
fizikal kita.

[       Perasaan sakit hati , benci dan dendam adalah puncan utama yg menyebabkan 
timbulnya pelbagai penyakit dr segi mental , emosi mahupun fizikal.

[       Otak kita akan bertambah tajam sekiranya diash selau . Asahlah ia dgn 
menyelesaikan masalah.

[       Apabila menghadapi kegagalan , ingatlah bahawa yg gagal itu bukanlah ' 
diri kita tetapi hanyalah percubaan kita.

[       Kemaafan mungkin amat berat utk diberikan kpd org yang pernah melukan hati 
kita . Tetapi hanya dgn memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati 
hati yg telah terluka. Kemaafan yg diberi secara ikhlas umpama pisau bedah 
yg boleh memotong segala parut luka emosi.

[       Ubat yg paling mujarab bagi menghilangkan rasa benci dan dendam yg akan 
mendorong ke arah kemaafan adalah rasa kasih sayang.

[       Sesungguhnya memberi kemaafan itu akan lebih memberi manfaat kpd diri kita 
sendiri drp yg kita maafkan.

[       Harga sebuah kejayaan dan kemewahan adalah sgt mahal, dan kita haruslah 
sanggup 'pay for the price' , membayarnya dgn usaha gigih dan memerlukan 
pengorbanan yg bukan sedikit . Kita perlu mengorbankan masa , tenaga , wang 
ringgit mahupun kepentigan diri kita dan kelurga.

[       Tidak satu kejayaan pun yang boleh di capai tanpa pengobanan . Kita mesti 
sanggup mengorbankan sesuatu utk mendapatkan ' sesuatu yg lebih besar dan 
lebih baik.

[       Hidup kita akan jadi terbabtut akibat kurangnya ilmu pengetahuan dan 
pendedahan.


[       Anak kunci kecemerlangan kerjaya ialah ' keseronokan bekerja ' . 
Keseronokan bekerja adalah rahsia mencapai kejayaan. Wujudkan suasana yg 
harmoni dan menyenangkan.

[       Punca setiap masalah adalah bermula drp diri kita sendiri. Punca 
penyelesaian juga berada di tangan kita sendiri.



BACA UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI .





________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "norhaiza abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke