Assalamualaikum.

Nampaknya isu insurance dan skim pencen melalui pembelian insurance yang akan
diperkenalkan oleh EPF menjadi isu yang sangat hangat di masa kini. Orang Melayu
yang selama ini terpinggir dlm hal insurance perlu bangun dan bersiap sedia
daripada sekarang untuk zaman yang akan lebih mencabar. Golongan muda adalah
dinasihatkan untuk mempersiapkan diri daripada sekarang. Kaum-kaum lain telah
lama menyedari kebaikan adanya insurance dan sebab itulah mereka mampu untuk
membiayai pelajaran anak mereka sehingga ke luar negeri tanpa meminta bantuan
kerajaan. Ini semua possible jika kita merancang masa depan kita. Wadah untuk
merancang itu sebenarnya ada, cuma kita sahaja yang tidak sedar ataupun sengaja
tidak mahu ambil peduli.

Apa yang ditulis oleh Tiang Jawi berkenaan dengan pulangan atas insurance itu
adalah betul. Konsep insurance tradisional (endowment, whole-life & term) adalah
semata-mata untuk PROTECTION. memang benar pulangan atas pelaburan dlm insurance
tersebut amatlah rendah jika dibandingkan dengan lain-lain jenis pelaburan. on
average, return yang diberi biasanya 3%-5% per year. jika kadar inflasi diambil
kira, boleh dikatakan pulangan pelaburan atas produk-produk insurance tersebut
terlalu sedikit dan purchasing power of the money seperti ditelan zaman. oleh
sebab itu, adakah RM20,000 pulangan selepas 20 tahun dari sekarang boleh dikira
sebagai besar? adakah ianya cukup? sedangkan kita tahu, makin hari nilai duit
semakin jatuh. 1980an sekeping kuih boleh dapat 10 sen satu, tapi sekarang, 3
keping dah seringgit.

oleh sebab itu, adalah lebih baik kita melaburkan duit kita ke saham-saham
amanah (unit trust). pulangannya lebih tinggi. ada disiplin untuk menyimpan.
tapi satu hal pulak, tiada PROTECTION kalau ditimpa musibah. in case something
happen, mana nak korek duit kalau cost utk cancer treatment dah RM200,000 -
RM350,000? kalau dah lama melabur, insya-Allah jualan balik unit pelaburan tu
boleh cover such cost, tapi kalau umur pelaburan baru setahun jagung, manakan
cukup unless memang kita melabur dlm jumlah yang besar.

nak dapat protection RM200,000 - RM350,000 melalui insurance tradisional?
persoalannya ialah mampukah kita membayar premium yang tinggi setiap bulan
(RM300++ seperti umur saya ni)? itu baru seorang, kalau dgn isteri, 2-3 anak?
tentu kos premium tersebut membebankan, hutang kereta lagi, rumah, itu sebabnya
ramai yang polisinya lapse, sebab tak mampu bayar. katakanlah mampu juga
membayar premium tinggi setiap bulan, but then nothing is happened, dapatlah
return tapi return tersebut jauh lebih rendah jika seandainya duit premium
tersebut dilaburkan ke tempat lain. Inilah opportunity cost yang kena consider
kalau melabur ke insurance tradisional.

Sekarang, it is clear that we need both elements 1) competitive return on
investment and 2) enough amount on protection.
Sebab itulah diwujudkan produk insurance yg baru dinamakan sebagai Investment
Linked Insurance. Konsepnya ialah gabungan saham amanah (unit trust) dan life
insurance protection. Generally, saya boleh katakan dengan premium yang rendah
setiap bulan (min RM150), protection boleh dapat up to RM250,000 based on umur.
tambah lagi, premium dilaburkan dlm bentuk unit-unit saham amanah yang mana
return on the investment is competitive with other unit trust funds.

Fikirkan.

Wassalam.


Tiang Jawi wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum w.w.
>
> Isu pencen yang hangat diperkatakan ini mungkin juga berkaitan dengan
> langkah KWSP yang baru-baru ini mengujudkan skim pendapatan tetap bulanan.
> Saya difahamkan skim ini juga berkaitan dengan insuran.
>
> Insuran memang tidak banyak difahami oleh kebanyakan orang Melayu termasuk
> saya.  Walaupun saya kurang faham selok belok insuran, saya telah mengambil
> polisi untuk diri dan beberapa orang anak saya sejak satu ketika dulu.
> Perlu saya nyatakan disini, selain dari masalah hukum (insuran konvesional)
> insuran juga gagal menjelaskan masalah keuntungan.  Bagi saya matlamat utama
> insuran adalah ketika dalam musibah - kematian, kemalangan, sakit dll dan
> BUKAN untuk meraih keuntungan yang banyak.  Andainya tiada musibah dan
> polisi matang (endowmen) dapatlah kita jumlah polisi plus keuntungan.  Tapi
> keuntungan ini AMAT kecil dan mungkin tiada kenaikan nilai sebenar jika
> diambil kira faktor inflasi.  Jauh lebih untung kalau sejumlah duit itu kita
> labur ditempat lain, saham amanah terutamanya.  Walau bagaimanapun adanya
> skim baru (invesment-linked insurance yang baru-baru ini ada dinyatakan oleh
> saudara kita di ruangan ini mungkin lebih menarik untuk diperkatakan).
> Kalau saudara bercadang hendak ambil insuran biasa (konvesional/takaful)
> untuk tujuan pelaburan, IKHLAS saya katakan carilah alternatif lain tapi
> jika matlamat utama untuk perlindungan, ya OK.  Maaf para ejen insuran, ini
> pemahaman dan pengalaman saya.  Tolong betulkan jika salah.
>
> Jika untuk pelaburan cadangan saya senang, buat simpanan wajib melalui
> potongan gaji.  Tempat mana nak labur?, ini yang perlu dibincangkan.  Buat
> ketika ini Tabung Haji memberi pulangan yang menarik (8.5% bersih).  Adakah
> LUTH berupaya memberikan pulangan seperti ini berterusan?.  Tak taulah
> terutama bila telalu banyak perkara diperkatakan mengenainya.  Saham ASNITA
> juga memberi pulangan yang amat baik.  Dari segi saham amanah saya rasakan
> skim ini yang terbaik.  ASB juga baik sebab kerajaan pasti menjaga skim ini.
>   Saya yakin dividen dan bonus saham-saham amanah PNB yang lain pasti tidak
> melebihi ASB.  Ada dua masalah besar ASB ini, satu keIslamikannya sentiasa
> dipersoal. Dua nilai nav saham ini tidak diketahui kerana tidak disyaratkan
> dinyata dalam lapuran tahunan.  Tapi selagi kerajaan menjamin harga ASB
> tetap RM 1.00, masalah ini tidak timbul.  Jika tidak nasib ASN akan
> berulang.  Saham amanah Islamik yang lain tengah merudum.  Saham amanah Bank
> Islam, nilainya kini sekitar 40% nilai asal.  Dua tahun lepas saham ini
> tidak memberikan dividen kepada pencarumnya.  Tapi kepada yang ada duit
> lebih, elok dilabur pada saham ini kerana harganya yang rendah.  Satu lagi
> saham Islamik ialah tajaan ABRAR.  Harganya juga rendah tapi saham ini
> pernah digantung urus niaganya 1-2 tahun lepas.  Saham amanah negeri-negeri
> lain juga berharga rendah, tapi pulangannya tak sebaik ASB/ASNITA/LUTH.
>
> Ini pendapat ikhlas saya.  Maaf kalau ada yang tidak setuju.
>
> Sekian.
>
> ----Original Message Follows----
> From: "Rezuan Edi Rohzali" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: [EMAIL PROTECTED]
> CC: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: Re: H-Net* bersedia untuk pencen-insurance masa depan
> Date: Sat, 24 Jun 2000 13:23:43 MYT
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum..
>
> saya mewakili Takaful Nasional Sdn Bhd amat mengalu-alukan penyertaan dan
> bersedia membincang berkenaan skim skim simpanan yang ditawarkan dan
> penyertaan sebagai wakil Takaful sepenuh/separuh masa juga dialu-alukan.
> Saya Edi Rohzali Rezuan boleh di hubungi melalui 017-3844152(r) atau 017
> 3844152.
>
> >From: chow sin <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: Jebat Derhaka <[EMAIL PROTECTED]>
> >CC: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* bersedia untuk pencen-insurance masa depan
> >Date: Fri, 23 Jun 2000 17:59:39 -0700 (PDT)
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>



Kirim email ke