KELANTAN LULUS CADANGAN TAMBAH DUA ANGGOTA EXCO

 
 
 

KOTA BAHARU, 26 Jun -- Persidangan sehari Dewan Undangan Negeri hari ini meluluskan cadangan untuk menambah dua lagi anggota Exco kerajaan negeri kepada maksimum 10 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pentadbiran Awam Negeri Takiyuddin Hassan ketika membentangkan cadangan itu berkata pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan negeri bagi menambah bilangan anggota Exco daripada lapan orang sekarang.

"Pindaan itu perlu dibuat berdasarkan keperluan jentera kerajaan dan untuk meringankan bebanan anggota Exco sekarang yang masing-masing bertanggungjawab terhadap banyak portfolio," katanya.

Katanya pindaan itu juga melibatkan kelulusan bagi mewujudkan jawatan Timbalan Speaker DUN Kelantan, yang kini tidak ada dalam peruntukan. Ini selaras dengan langkah Parlimen yang meluluskan pindaan terhadap Pelembagaan persekutuan berhubung perkara itu.

Takiyuddin berkata pindaan itu membolehkan dewan melantik se! orang anggota untuk menjawat jawatan Timbalan Speaker bagi menggantikan Speaker jika perlu seperti kerana keuzuran, bagi mengelakkan perjalanan sidang dewan terganggu.

Zulkifli Yacob (PAS-Guchil), ketika membahaskan perkara itu bersetuju dengan hasrat kerajaan negeri untuk menambahkan bilangan anggota Exco bagi memperkemaskan jentera pentadbiran.

Menurutnya walaupun langkah itu melibatkan peningkatan perbelanjaan negeri, ia bukan pembaziran, sebaliknya menguntungkan rakyat kerana anggota Exco yang dilantik boleh memberi lebih banyak tumpuan dan masa terhadap satu-satu tugas.

Wan Ismail Wan Jusoh (PAS-Melor) berkata langkah menambah bilangan anggota Exco bertepatan dengan keperluan semasa bagi membolehkan kerajaan negeri memberi khidmat yang sempurna kepada rakyat.

"Pada masa sekarang setiap seorang anggota Exco memegang tidak kurang daripada tiga portfolio. Ini sedikit sebanyak menjejaskan prestasi mereka dalam sesuatu bidang," katanya.

! Beliau turut mencadangkan supaya anggota Exco yang kini semuanya ditempatkan di Kota Darul Naim -- pusat pentadbiran kerajaan negeri -- berpindah ke pejabat di agensi di bawah portfolio masing-masing, bagi memudahkan mereka menyelesaikan masalah tugas dan mendekati rakyat.

Persidangan itu kemudian meluluskan Enakmen Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan, Kelantan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2000.

Terdahulu persidangan dewan menyokong cadangan untuk melantik Ketua Muslimat PAS Tanah Merah, Siti Zailah Mohd Yusoff, 36, bagi mewakili negeri ini sebagai anggota Dewan Negara bekuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Naib Ketua Muslimat PAS Kelantan, Hunaizah Mohd Nor, yang tamat tempoh pelantikannya pada 16 Jun.

Cadangan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Persidangan juga meluluskan cadangan pelanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Muslimat PAS pusat, Jamilah Ibrahim, 53, sebagai anggota Dewan Negara, setelah t! empoh pelantikannya sebagai senator selama tiga tahun berakhir 16 Jun lepas.


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke