*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

PAda bhg awal berzanji ada kata2 memohon selawat agar dikurniakan kpd Nur (Muhammad) 
yg disifatkan sbg qadim & azali. Demikian juga dgn shalawat Nur alAnwar.

Shalawat al faatih pula lafalnya:

" Ya Allah curahkanlah kebahagian kpd Muhammad sbg pembuka sesuatu yg terkunci..." 
.."..Muhammadin al fatahi lima ughliq.."

Kata2 diatas dgn memutlakkan, tanpa disertai atas keghendak Allah  - adalah salah.

Konsep Nur Muhaamd digunakan syiah utk memperkuatkan hujah imamah dan sufi 
menggunakannya utk menegakkan hujah wilayah (kewalian).

Nur muhammad di popularkan oleh tokoh Sufi - Muhyidin al Arabi.

Utk keterangan lanjut sila rujuk kitab "tasauf-falsafi & wahdatul wujud menurut Islam 
- Misteri Nur Muhammad, teori Martabat 7 & Rahsia Kitab berzanji"

Juga rujuk "Firqah Najiah"oleh Syaikh Muhammad bin jamil Zainu.

Allahua'lam, Wslm



----- Original Message -----
From: abu zann <[EMAIL PROTECTED]>

> sila huraikan kata-kata saudara berkaitan isu syirik
> ini.
> 
> terima kasih.
> 
> 
> --- Ibnu Muhajir <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> > SAlam~
> > 
> > Berzanji ni ada unsur2 syiah & sufi/tasauf nur
> > muhammad. Ia boleh mejejaskan aqidah .
> > 
> > Shalawat spt Nur alAnwar, Al Faatih, ada unsur2
> > bidaah. Bidaah ni bahaya, seiring dgn syirik.
> > 
> > Bidaah dan syirik yg berleluasa akan menghinakan
> > sesuatu bangsa dan negeri. Perjuangan ISlam tidak
> > akan menang sekiranya maseh bergelumang dgn unsur2
> > bidaah dan syirik.
> > 
> > DAlam berjuang dan menegakkan Islam, cara atau
> > method yg digunakan mestilah dgn cara/manhaj Nabi.
> > Yg pertama, aqidah mesti bersih yaitu beraqidah
> > salafussoleh, ibadah mesti bersih tanpa bidaah,
> > mencontohi ibadah yg disyariatkan spt mana ibadah
> > salafussoleh.
> > 
> > Dan Mesti di-iringi dgn kekuatan senjata.
> > Meninggalkan senjata bererti meninggalkan sunnah yg
> > paling besar. 
> > 
> > Allahu a'lam, wslm
> > 
> > ----- Original Message -----
> > From: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>
> > To: hisham ahmad <[EMAIL PROTECTED]>, michel mick
> > <[EMAIL PROTECTED]>,
> >         [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> > Sent: Mon, 26 Jun 2000 18:25:53 -0700 (PDT)
> > Subject: Re: H-Net* Anak Johor menjawab ttg Berzanji
> > dan Marhaban
> > 
> > > 
> > > 

> > > assalamualaikum
> > > 
> > > Benarlah seperti tulisan sdr hisham.
> > > 
> > > Berzanji banyak berkisah tentang siapa Rasulullah,
> > rupa
> > > parasnya, tingkah lakunya, gelaran-gelarannya,
> > (Kalau nama
> > > Allah itu 99, siapa tahu berapa banyak gelaran
> > kepada
> > > rasulullah.) 
> > > 
> > > banyak juga mengandungi doa dan selawat ke atas
> > junjungan.
> > > Cara bacaannya bermacam-macam dan kebiasaannya
> > berzanji
> > > dibaca secara berangkap-rangkap macam pantun 4
> > kerat. 
> > > 
> > > pengarang 'surah' berzanji juga banyak, hampir
> > kesemuanya
> > > terdiri dari alim ulamak silam seperti ulamak
> > mesir (saya
> > > tak ingat namanya) yang pernah bertemu Rasul dan
> > > menceritakan berkenaan rupa paras Rasul, antaranya
> > kulit
> > > baginda yang putih kemerahan dll. boleh rujuk di
> > surah
> > > berzanji kat 'surah' antara yang terakhir.
> > > 
> > > kita check juga ayat selangan 'surah' bermakna
> > 'harumkan ya
> > > Allah maqam junjungan yang mulia, dengan ucapan
> > selawat dan
> > > salam selamat sejahtera'
> > > 
> > > sememangnya tidak dinafikan membaca AlQuran jauh
> > tiada
> > > tolok bandingnya dengan pembacaan apa jua. tapi
> > dari baca
> > > akhbar utusan meloya dan berita hairan baik lagi
> > baca
> > > berzanji, antara baca kisah hitler baik lagi baca
> > kisah
> > > nabi dalam berzanji, dari baca buku 'Malay delima'
> > baik
> > > lagi baca berzanji dan berselawat dengan bermacam
> > lagu.
> > > dari baca novel cinta remaja maka baik lagi baca
> > kisah
> > > junjungan yang mulia.
> > > 
> > > So the most important thing is, jangan sibuk nak
> > tanya ada
> > > pahla ke tak kerana itu bukan tugas kita, Budaya
> > melayu
> > > Johor dan negeri berhampiran memang arif tentang
> > berzanji
> > > dan marhaban. tak salah bagi kita turut serta
> > disamping
> > > hidup bermasyarakat.
> > > 
> > > marhaban pula bermakna Selamat datang ataupun
> > Selamat atas
> > > perkara yang seumpamanya, jemput masuk, apakhabar,
> > dll.
> > > 
> > > ia lebih popular kepada mengingati kedatangan
> > rasul ke
> > > Madinah iaitu dalam peristiwa hijrah. ketika
> > itulah
> > > mula-mula di dendangkan marhaban ini. Ia
> > menunjukkan
> > > keriangan dan kegenbiraan masyarakat madinah
> > menerima
> > > hijrah Nabi.
> > > 
> > > Di Johor, majlis marhaban dan/atau majlis berzanji
> > diadakan
> > > dalam banyak hal, umpamanya dalam majlis mauludur
> > rasul,
> > > perkahwinan, kelahiran anak, anak masuk buai,
> > kengkadang
> > > dinyanyikan oleh ibu/ayah semasa mendodoikan anak,
> > majlis
> > > khatan, majlis malam berinai dll. lebih-lebih lagi
> > ketika
> > > hari raya Puasa. Di Johor ada kalanya sampai 30
> > syawal pun
> > > ada lagi kumpulan marhaban yang berkunjung kerumah
> > sahabat
> > > handai dan juga jiran.
> > > 
> > > tujuan utama kumpulan marhaban ini ialah ziarah
> > > berhariraya. Kalau datang sorang-sorang ataupun
> > setakat
> > > satu family maka cuma dapat jumpa 2 family tu aje.
> > Kalau
> > > datang kumpulan, Tuan rumah pun senang nak layan
> > sekaligus,
> > > lebih mesra di samping dapat menerapkan keislaman
> > dengan
> > > selawat dan salam ketika berkunjung ke rumah
> > sahabat/jiran
> > > dll. At least ada juga something yang boleh di
> > baca/buat
> > > ketika berkunjung itu. lagi pun boleh menambah
> > kenalan. Sbb
> > > biasanya kawan yang tak berapa rapat tak datang
> > sesaja
> > > kerumah kita tapi kalau ada kumpulan chance dia
> > nak datang
> > > agak cerah sikit. yea tak?
> > > 
> > > Itu antara yang menyebabkan Raya di Johor jauh
> > lebih meriah
> > > dari negeri lain terutamanya Kelantan dan
> > trengganu.
> > > 
> > > 
> > > wassalam.
> > > 
> > > 
> > > 
> > > 
> > > --- hisham ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

----------------------------------------------------------
Free email from http://www.yourmail.cc

==========================  New domains ==========================
@crazy-life.com  @crazy-guy.com  @crazy-girl.net  @yourhotdate.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ibnu Muhajir" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to