*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Air yang bersih adalah satu sumber dan keperluan yang amat berharga
sekali. Apabila timbul masalah berhubung dengannya, setiap pengguna rasa
serba-salah dan ramai yang ingin tahu apa puncanya dan kenapa ia
berlaku. Tak kiralah di kelantan ataupun dimana jua. Sehubungan dengan
itu, pihak yang bertanggung-jawab perlulah berusaha untuk mengatasinya,
dan seboleh-bolehnya memaklumkan kepada orang-ramai selaku pengguna
sebab-musababnya air itu tidak keluar dari paip.

Di kelantan, misalnya, orang-ramai masih dalam kegelapan tentang
masalahnya, apakah puncanya dan seterusnya. Jadi apakah punca dan
masalahnya? Bagi sayalah, kalau tiada air keluar dari paip atau
volumenya amat kurang, ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti
berikut:
Punca air memang tidak ada (kemarau misalnya), paip tersumbat, paip
bocor, pam rosak, kurang tekanan dalam sistem, sistem paip kebocoran
atau kecurian, loji pembersihan beroperasi dibawah kapasiti, tiada
bekalan elektrik di loji-loji, dll.
 
Untuk membina sebuah empangan mungkin susah sedikit sebab keadaan yang
mendatar di Utara Kelantan. Jadi saya mencadangkan supaya dibina
satu sistem paip dari Sungai Kelantan yang banyak airnya lalu disalurkan
ke sebuah Loji Pembersihan Air yang baru. Kita juga ingin tahu berapa
kapasiti loji-loji Pembersihan Air yang terdapat di Kelantan sekarang,
umpamanya di loji di Kg. Puteh, Kota Bharu. Adakah operasinya sudah
berada ditahap yang maksima yang memungkinkan ia tidak berdaya lagi
untuk mengeluarkan air bersih yang mencukupi ataupun  pengeluarannya
kini berada ditahap yang rendah kerana banyak peralatan yang rosak dan
memerlukan penyelenggaraan yang lebih efektif? Atau ada masalah-masalah
lain - misalnya kos senggaraan yang tinggi - tiada belanjawan ataupun
ianya memang tidak cukup. Penswastaan adalah salah satu cara bagi kita
mendapatkan sedikit kepakaran luar ataupun modal bagi tujuan pembangunan
infrastruktur. Mungkin juga air bersih ini bermasalah dari sistem paip
yang memerlukan gantian, senggaraan dan penyelarasan yang teratur.

Kalau tak silap saya sekarang ni sumber air bagi penduduk di Kelantan
adalah diperolehi kebanyakannya dari bawah tanah. Kita amat bersyukur
kerana sumbernya banyak dan mencukupi. Semoga kita sama-sama  dapat
terus menerus menggunakan sumber air ini.

Syarikat Air Kelantan perlu mengambil inisiatif dengan menghebahkan
kepada orang-ramai, pengguna-pengguna air akan keadaan semasa pembekalan
air di negeri Kelantan, kapasiti loji-lojinya dan tindakan-tindakan yang
sedang dan akan diambil bagi mengatasi masalah air bersih yang kerap
diungkitkan. Apakah perancangan bagi masa hadapan? Dengan sedikit
pengetahuan, ia sudah tentu dapat membantu melegakan hati orang-ramai
dan penduduk yang sentiasa memerlukan perkhidmatan yang bermutu.

Sekian, sedikit cadangan dari saya.
Terima kasih.
  

norma wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamulaikum,
> 
> Saya ingin mengemukakan satu masalah air ditempat saya,jadi saya harap
> kepada sesiapa
> yang boleh tolong saya selesaikan masalah ini saya ucapkan terima kasih.
> Saya ada membeli sebuah rumah di Taman Desa Kemumin,Padang Tembak,Peng. Chepa,
> rumah sudah siap,api sudahpun dimasukkan,tapi airnya tiada...semasa saya
> pergi mengambil kunci rumah tersebut,pegawai pemaju perumahan
> (Binaraya)awal-awal lagi memberitahu saya bahawa air ditempat tersebut
> haruslah menggunakan air telaga(boring)jadi saya haruslah menggunakan modal
> sendiri untuk mendapatkan air tersebut,modalnya bukan sedikit...air
> ditempat tersebut pula berbau dan tak sesuai untuk diminum...bila saya
> tanya pemaju perumahan (Binaraya)mengenai perkara ini,katanya masalah ini
> berpunca daripada Air Kelantan sebab semua deposit air telahpun
> dijalaskan.Untuk pengetahuan semua,ditempat rumah saya tu..tangki airnya
> cukup besar siap ada 2 biji pula tu,tapi airnya yang tiada.
> Jadi buat masa sekarang saya tidak dapat lagi mendudukki rumah tersebut
> kerana masalah air...
> Potongan rumah sudah pun berjalan...saya masih lagi menyewa rumah...
> Saya telahpun menghantar e-mail kepada Adun bahagian Peng. Chepa(Nik
> Amar)untuk mendapat bantuan dari pihak beliau tapi hingga hari ini tidak
> mendapat layanan dari pihak beliau...takkan nak tunggu dekat pilihanraya
> baru nak tolong rakyat kot...
> Saya dengar Air Kelantan untuk rakyat Kelantan,tapi saya rakyat jati
> Kelantan tak dapat juga air tersebut....
> 
> Sekian Terima Kasih.
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: norma <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Azhan Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke