*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,


Kata orang pertumbuhan bergantung pada tindakan, dan kata orang lagi "Tidak
ada perkembangan fizikal atau intelektual tanpa usaha.  Dan usaha bererti
kerja. Dan kata orang lagi kerja bukanlah hina,(kecuali yang dihramkan
Allah) melainkan suatu keistimewaan akal, satu ciri yang hanya terdapat
pada manusia dan merupakan ukuran bagi peradaban.  "
(saya malas kata apa-apa biar orang saja yang kata…apa yang saya boleh buat
ialah dengar saja kata orang..)

Nasib baik tidak akan mengangkat kita hingga ke puncak kejayaan dalam
kehidupan.  
( kalau terangkat pun tidak asli….dan tak sempurna)
Kita hanya boleh mencapainya dengan usaha kita sendiri.  Kita hendaklah
menggunakan cara kita sendiri untuk mencapai sasaran. 
(Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di
muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya
Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang
ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan
terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali
tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (QS. 13:11) )


Kerja itu sendiri tidak menjamin seseorang dapat meraih kejayaan.  Ramai
orang yang terus tekun bekerja (saing malam…siang malam )tetapi tidak
mencapai tuiuannya.  Apabila kita merangkan kerja kita dan mengatur usaha
kita, barulah kita boleh mendapatkan yang semaksima mungkin . (yang penting
ialah rangka dan usaha)

Kualiti (mutu) kerja kita jauh lebih penting daripada kuantiti (jumlah)
kerja.

Kualiti hidup kita bergantung pada kualiti tugas yang kita kerjakan
sehari-hari.  Ada orang kata lagi: "Tidak peduli betapa juga kelihatan
rendahnya pekerjaan anda, (walaupun sekadar jua kayu api..(yang ini saya
kata….. berdasarkan satu maksud hadis) lakukan dengan semangat seorang
seniman.  Dengan cara ini anda membuat pekerjaan itu menjadi tidak biasa,
sedang dengan cara lain anda akan dibuat jemu oleh pekerjaan itu. Salah
satu sebab dari begitu banyak kegagalan boleh dilihat pada sikap manusia
terhadap pekerjaan mereka.  Mereka memandang pekerjaannya semata-mata
sebagai alat pencari nafkah.
(sedangkan kita selalu diberi peringatan bahawa…kerja kita kerana Allah
…adalah ibadah)

  Tugas yang kita pilih seharusnya menjadi pekerjaan yang kita cintai. 
Pekerjaan seharusnya memberi kesempatan kepada kita untuk tumbuh,
kesempatan untuk menjadi orang yang bertaqwa dan beriman

Pekerjaan seharusnva dapat mengangkat martabah diri kita sebagai khalifah
Allah dan dalam beberapa hal membantu membuat dunia ini menjadi tempat yang
lebih layak untuk dihuni. (bukan tempat untuk membuat kerosakan atau
kezaliman…(apa lagi menentang hukum Allah)


-------------------------------------------------------------.

RENUNGAN
Kita nih sedar tak sedar ..Allah beri kebolehan untuk bercakap (kalau tidak
…tak bersuaralah kita)…tapi dengan anugerah ini…salah guna, bercakap
juga..bercakap juga (sampai letih kerana terlalu banyak bercakap) ..kalau
bercakap benda baik ok lah. Yang sebenarnya kalau kita beriman pada Allah
dan Hari Akhirat, bila lihat satu kejadian maka bercakap lah baik kalau
tidak diam saja.

(renungan ini ditujukan khas untuk saya…dan orang orang yang sewaktu
dengannya)




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke