*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Assalamualaikum,

   Semua warga Rerformasi telah dikejutkan dengan
surat TUDUHAN Marina Yusuf kepada Dr. Chandra yang
telah DIDEDAHKAN kepada media internet baru2 ini. 

Walaupun itu adalah surat peribadi dari Marina Yusuf
(MY) kepada Dr Chandra (DC) tetapi telah dijadikan
bahan umum oleh mereka yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

Dan surat itu didedahkan oleh Malaysiakini, sebuah akhbar internet yang
menjadikan FATHI ARIS OMAR sebagai editor mereka.  Dan semua maklum
betapa
antinya Fathi Aris dengan KeAdilan.  Inshaalah saya akan membuat
beberapa pendedahan 
berkenaan Fathi Aris Omar terutamanya dakwaan beliau kononya beliau
mewakili para reformis.

   Tujuan saya menulis adalah untuk melahirkan
beberapa persoalan di dalam surat Marina itu:

1)Pertama sekali, kandungan surat Marina itu adalah
TUDUHAN MARINA SEMATA2. Sehingga mail ini ditulis,
kita masih belum mendapat penjelasan balas dari Dr.
Chandra.

2) Masa surat ini didedah kepada umum juga amat
meragukan.  Ini kerana surat MY ini dideedahkan semasa
Dr. Chandra dan Kak Wan berada di luar negera. 
Mengapa?

3) Marina telah membuat BANYAK TUDUHAN yang kononya
menuduh Dr. Chandra sebagai KUKU BESI dan ditakuti
oleh ahli MPT.

Persoalanya di dalam MPT itu sendiri terdapat orang2
seperti Ezam Md Nor, Ruslan Kassim, Tien Chua, Irene
Fernandez dsbnya yang pernah menjadi tahanan POLIS dan
ISA. Individu2 ini pernah berhadapan dengan tekanan
yang lebih teruk dari apa yang diceritakan oleh Marina
dalam suratnya.  

Bagaimana individu2 ini dapat menerima dan tunduk
kepada sikap KUKU BESI Chandra yang tidak mempunyai
jentera pemaksa seperti POLIS dsbnya sedangkan
individu2 yang sama ini jugalah yang TIDAK DAPAT
DITUNDUKAN oleh jentera penyeksa POLIS dan UMNO.

Ini satu perkara yang pelik apabila hanya MY sahaja
yang menyatakan perkara ini sedangkan ramai lagi MPT
lain yang tidak menyatakan sedemikian??.

4)Tuduhan Marina bahawa DC telah MELEMPAR fail di
dalam mesyuarat juga adalah sangat membingungkan.  

Ini kerana hendak BERJALAN pun Dr. Chandra susah
inikan pula hendak bersikap agresif seperti itu.

5) Bagaimanakah seorang yang seperti Dr. Chandra mampu
untuk bersikap kuku besi dalam KEADILAN?  Apakah yang
ada kepada Dr. Chandra yang membolehkannya bersikap
kuku besi dalam KEADILAN.

Dr.Mahathir mampu bersikap kuku besi kerana beliau
mempunyai wang, media, polis dan macam2 lagi untuk
menjalankan kegiatan kuku besi beliau.  Apakah
perkara2 ini ada pada Dr. Chandra???.

6) Kita tahu bahawa semasa dalam KEADILAN, Marina AMAT
RAPAT dengan pimpinan2 JIM di dalam KEadilan seperti
Fauziah Salleh, Johari Abdul, Sahri Bahri, Idrus Wan
Chik dsbnya.  

Soalnya sekarang, imej JIM amat tercemar  sekarang
ekoran dari kempen TAFAKKUR dsbnya.  Jadi, surat2
seperti ini adalah untuk MENYEMBUNYIKAN atau membuat
kita lupa tentang isu JIM ini.  

Juga,adalah amat pelik apabila media pertama yang
mendapat salinan surat MY ini adalah MALAYSIAKINI yang
FATHI ARIS OMAR adalah editornya.  Mengapa
MALAYSIAKINI dan MENGAPA FATHI ARIS OMAR ( Seorang
ahli JIM yang terkenal dengan kelancangan beliau
memfitnah Dr. Chandra dan Anuar Tahir).

7)Marina Yusuf sendiri sering menuduh para OKT sebagai

ajen SB terutamanya Sdri Hafsah.  Adakah cakap2
seorang yang suka membuat tuduhan liar ini boleh kita
terima tanpa soal??

8) Sejarah Marina Yusuf juga adalah sejarah yang
melarang kita dari mempercayai beliau bulat2. 
Bukankah 
Marina Yusuf juga seorang TOKOH LOMPAT yakni beliau
melompat dari S46 ke UMNO dan kemudian ke KEADILAN.

9) Adalah menjadi satu makluman umum yang projek
MARINARA beliau sedang menghadapi masaalah CF yang
menghalang proses jual beli unit2 dalam bangunan
beliau.

Bukankah terdapat motif yang jelas bahawa Marina Yusuf
menyerang Chandra adalah supaya pihak UMNO dapat
menerima beliau semula seterusnya membolehkan beliau
mendapat CF bagi bangunan beliau.

10) Dari sumber2 yang SAHIH, sebenarnya MARINA YUSUF
lah yang sering MENAIKKAN dan MENINGGIKAN suara di
dalam mesyuarat dan Dr. Chandra yang sering
mententeramkan beliau.

11) Sikap perkauman Marina Yusuf juga bukan menjadi
rahsia lagi apabila beliau sering merujuk kepada Dr.
Chandra sebagai "..si keling itu..."

12) Marina Yusuf juga BERULANG KALI pernah menyuarakan
hasrat beliau untuk MENJATUHKAN DR. CHANDRA kerana
beliau sememangnya menginginkan jawatan Timbalan
Presiden KEadilan.

Akhir kata, dari segi KREDIBILTI dan SIKAP JUJUR, Dr.
Chandra JAUH LEBIH JUJUR dan BOLEH DIPERCAYAI
berbanding dengan Marina Yusuf kerana Dr. Chandra
tidak pernah menipu rakyat secara terbuka tidak
seperti Marina yang MELOMPAT dari S46 ke UMNO semata2
kerana bisness.  

Hati2 dengan orang yang SANGGUP MENGGADAI PRINSIP
semata2 kerana BISNESS.

ANTI PENIPUAN

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke