*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua -dua tu nak kata silap pun tidak, nak kata betul
pun tidak. SEbenarnya ada tukang silap mata yg
memberikan kita masalah sehingga kita semua jadi 
silap dalam pendengaran dan penglihatan.

Itulah kerja Nostrodomus Melayu yg bakal dikencingkan
kuburnya oleh anak-anak yg sedang bermain mancis api .
Mungkin tahun 2020 nanti.

Wassalam

--- "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Kenyataan siapa yang betul?
> Tan Sri Mohd. Hassan Marican kata pembayaran royalti
> itu adalah berdasarkan
> perjanjian yang telah dibuat pada 1975 antara
> Petronas dan kerajaan negeri
> Terengganu hasil penyerahan hak sumber minyak dan
> gas kepada Petronas di
> bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.
> Tan Sri Wan Mokhtar kata pulak tidak ada sebarang
> perjanjian yang menyatakan
> royalti minyak adalah hak kerajaan negeri
> Terengganu. Agaknya disebabkan Wan
> Mokhtar beranggapan tidak ada perjanjian mengenai
> royalti minyak ni, jadi
> wang royalti yang diberi dulu bukan hak kerajaan
> negeri. Kot sebab tu duit
> tu "hilang" dan negeri Terengganu masih tak
> kaya-kaya lagi.
> PM pulak kata pemberian royalti 5% adalah satu
> kesilapan dan hanya sebagai
> ihsan.
> Yang paling "bijak" ialah Shahidan yang terus nak
> saman Petronas. Apa motif
> dan kaitan Shahidan yang dok kat Perlis tu alih-alih
> melenting nak saman
> Petronas? Adakah Shahidan ni nak over-jacking atau
> ampu yang power habis kat
> piem? Agak terlampau bersemangat nak ampu piem,
> sampai tersasau-sasau macam
> orang tak cukup akal kot?
> 
> Royalti minyak ikut perjanjian
> KUALA LUMPUR 29 Jun - Petronas hari ini menyatakan
> pembayaran royalti minyak
> kepada kerajaan negeri Terengganu dibuat berdasarkan
> perjanjian rasmi yang
> telah dimeterai antara syarikat minyak kebangsaaan
> itu dengan kerajaan
> negeri pada tahun 1975. 
> ''Pembayaran royalti itu adalah berdasarkan
> perjanjian yang telah dibuat
> pada 1975 antara Petronas dan kerajaan negeri
> Terengganu hasil penyerahan
> hak sumber minyak dan gas kepada Petronas di bawah
> Akta Pembangunan
> Petroleum 1974'' kata Presiden dan Ketua Pegawai
> Eksekutif Petronas, Tan Sri
> Mohd. Hassan Marican selepas pengumuman keputusan
> kewangan syarikat itu di
> sini. 
> Kenyataan presiden Petronas itu sekali gus menolak
> kenyataan bekas Menteri
> Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad,
> yang mendakwa tidak ada
> sebarang perjanjian yang menyatakan royalti minyak
> adalah hak kerajaan
> negeri itu. 
> Wan Mokhtar menyatakan, pembayaran royalti itu
> hanyalah ihsan Kerajaan Pusat
> dan pemberian itu dimeterai melalui satu dokumen
> persefahaman yang
> ditandatanganinya dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku
> Presiden Petronas
> ketika itu. 
> Mohd. Hassan berkata, jumlah royalti yang seharusnya
> dibayar pada setiap
> tahun adalah sebanyak lima peratus bagi pengeluaran
> minyak dan gas dan ia
> tidak menyatakan tempoh tamat bagi persetujuan itu. 
> ''Ia (pembayaran royalti itu) adalah selagi minyak
> dan gas dikeluarkan oleh
> Petronas,'' katanya menjawab mengenai tempoh sah
> perjanjian tersebut. 
> Beliau turut mengesahkan laporan Utusan bahawa
> pembayaran royalti dijangka
> pada November ini berjumlah RM810 juta, kira-kira 75
> peratus lebih tinggi
> berbanding RM426 juta yang diberikan pada tahun
> lalu. 
> ''Saya boleh mengesahkan jumlah royalti terakru dan
> tertunggak adalah
> berjumlah RM810 juta, itu adalah lima peratus
> daripada jumlah pengeluaran,''
> katanya. 
> Menurut Mohd. Hassan, isu penyaluran wang itu tidak
> sepatutnya timbul
> memandangkan Petronas sendiri dimiliki sepenuhnya
> oleh Kerajaan Pusat di
> bawah pengawasan Perdana Menteri. 
> ''Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad)
> sendiri menyatakan
> bahawa satu kajian akan dibuat mengenai isu ini,
> jadi kita tunggulah
> keputusan kajian itu,'' ujar beliau. 
> 
> © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan
> Chan Sow Lin, 55200 Kuala
> Lumpur.
> E-mail: [EMAIL PROTECTED]
> 
> Satu kesilapan - PM -- Pembayaran royalti minyak
> lima peratus kepada
> Terengganu
> BANGI 29 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
> Mahathir Mohamad berkata,
> pemberian royalti minyak sebanyak lima peratus
> kepada kerajaan Terengganu
> adalah satu kesilapan. 
> Menurutnya, pada masa itu royalti tersebut diberikan
> berasaskan kepercayaan
> bahawa Terengganu adalah negeri termiskin. 
> ''Oleh kerana Terengganu dulu diperintah oleh
> Barisan Nasional (BN), kita
> tidak ambil kira secara teliti tentang hak
> negeri-negeri lain di Semenanjung
> untuk mendapat royalti. 
> ''Jadi kita bagi dengan kepercayaan bahawa
> Terengganu adalah negeri miskin
> dan memandangkan ketika itu rizab minyak begitu
> kecil, Terengganu akan
> mendapat royalti paling banyak pun RM50 juta
> sahaja,'' katanya. 
> Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan
> isu pemberian royalti
> minyak kepada kerajaan Terengganu pada sidang akhbar
> selepas merasmikan
> Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini, hari
> ini. 
> Isnin lepas, Perdana Menteri yang mengulas berita
> eksklusif muka depan
> Utusan berkata, kerajaan akan meneliti sama ada
> benar pemberian royalti itu
> menjadi sebahagian daripada perjanjian dengan
> Terengganu. 
> Laporan Utusan yang memetik sumber itu menyebut,
> pemberian royalti tersebut
> diberikan sebagai bantuan 'ihsan'. 
> Dr. Mahathir berkata, jika harga minyak terus naik,
> Petronas dijangka
> membuat keuntungan sebanyak RM32 bilion bagi tahun
> kewangan sehingga Mac
> depan dan ini menjadikannya sebuah syarikat paling
> untung di dunia. 
> Menurutnya, sekiranya itu berlaku royalti minyak
> kepada Terengganu akan
> mencecah RM1 bilion. 
> Ditanya mengenai rancangan Menteri Besar Perlis,
> Datuk Seri Shahidan Kassim,
> yang mahu mendakwa Petronas kerana ingin menuntut
> royalti minyak, Dr.
> Mahathir berkata, ia mungkin boleh memalukan jika
> diteruskan. 
> ''Saya agak akan timbul banyak masalah jika Petronas
> didapati tidak
> mengagihkan wang royalti mengikut yang sepatutnya,''
> kata beliau. 
> Dalam hal ini Perdana Menteri berpendapat Shahidan
> perlu akur dengan nasihat
> Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
> Badawi supaya menimbang
> semula tindakan untuk mendakwa Petronas di mahkamah.
> 
> Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN dan YULPISMAN ASLI 
> 
> © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan
> Chan Sow Lin, 55200 Kuala
> Lumpur.
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Haslim, Hassan"
<[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke