*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petronas mencatat keuntungan tertinggi dalam sejarah.
ada kemungkinan perkaitan apabila Islam menjadi teras
kepada kerajaan Allah akan limpah rezeki yang banyak
kepada negeri tersebut.

June 30, 2000 

Trg terima royalti mulai Februari
'Ein Azmi

7pm, JUM: Kerajaan Terengganu hari ini mengesahkan
telah menerima sebahagian wang royalti sebanyak RM810
juta daripada Petronas seperti yang dijanjikan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan
dan Alam Sekitar, Wan Mutalib Embong, memberitahu
malaysiakini bahawa royalti lima peratus itu diterima
sebagai pembayaran fasa pertama. 

Bagaimanapun beliau tidak mahu menjelaskan jumlah wang
yang telah diperolehi. 

"Kita telah terima wang tersebut pada bulan Febuari
lalu," jelas Mutalib. 

Terengganu menerima pembayaran itu dalam tempoh dua
kali setahun. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad,
mencadangkan jumlah royalti sebesar itu wajar
dikurangkan. 

Petronas hari ini mengakui bahawa syarikat itu pernah
mengadakan perjanjian dengan kerajaan negeri itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan
Marican, dilaporkan berkata pembayaran berdasarkan
perjanjian pada 1975 antara syarikat petroleum
nasional itu dengan Terengganu. 

Perjanjian itu merupakan hasil penyerahan hak sumber
minyak dan gas kepada Petronas di bawah Akta
Pembangunan Petroleum 1974. 

Petronas semalam mengumumkan menerima keuntungan
terbesar dalam sejarah operasinya sebanyak RM21.6
bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2000.
Keuntungan selepas cukai meningkat sebanyak 85.1
peratus kepada RM12.6 bilion berbanding RM6.8 bilion
pada tahun kewangan berakhir 1999.

Mutalib berkata kerajaan pusat boleh terus
mempertikaikan jumlah royalti berdasarkan Kanun Tanah
(Bab 138) yang berkuatkuasa pada Januari 1928 dan
undang-undang perairan antarabangsa, tetapi kerajaan
negeri mempunyai hak berdasar Konvensyen Antarabangsa,
Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ).

"Walaupun minyak itu berada di luar persisiran
Terengganu, tetapi sebagai negeri yang berhampiran
perairan pantai itu, kita berhak mendapatkan
hasil-mahsyulnya," kata Mutalib merujuk tafsiran EEZ
itu.

Apabila ditanya sama ada kerajaan pusat mempunyai
kuasa membatalkan perjanjian tersebut, Mutalib tidak
menolak kemungkinan kerajaan Barisan Nasional akan
bertindak demikian.

"(Kerajaan pusat) hanya boleh bertindak sekiranya Akta
Pembangunan Petroleum dan Gas 1975 dipinda di Parlimen
kelak," katanya, mengulas akta yang memberikan kuasa
kepada Petronas terhadap hasil minyak dan gas negara
ini.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke