*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kaji ahli-ahli MKT UMNO yang dilantik oleh Mahathir.   Jelas menunjukkan Mahathir 
hanya pentingkan keselamatan telurnya sahaja.

Abu Hassan, Isa digugur -- Empat muka baru antara 10 dilantik
menganggotai MT UMNO

KUALA LUMPUR 30 Jun - Dua Menteri Besar dan beberapa orang menteri kabinet
yang tewas dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO Mei lalu tercicir dari
senarai 10 ahli MT dilantik yang diumumkan hari ini.

Bagaimanapun dua lagi Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang turut tewas
dalam perebutan yang sama 'terselamat' dan dilantik semula ke jawatan berkenaan.

Mereka ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis), Datuk Abdul Ghani Othman
(Johor) dan Datuk Seri Osu Sukam (Sabah).

Menteri Besar yang terkeluar ialah Datuk Seri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Mohd.
Isa Abdul Samad sementara menteri kabinet itu pula ialah Datuk Seri Syed Hamid
Albar dan Datuk Dr. Rais Yatim.

Presiden parti, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang mengulas mengenai
pengguguran itu berkata: ''Kita tidak ada banyak tempat, cuma ada 10 dan nak juga
bagi orang lain,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Dialog
Antarabangsa Pengukuhan Kefahaman Terhadap Islam Untuk Media di sini hari ini.

Senarai MT yang dilantik kali ini juga turut menyaksikan empat muka baru.

Mereka ialah Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad; seorang wakil
Pergerakan Pemuda yang juga Ketua Penerangan pergerakan itu, Azimi Daim, serta
dua wakil wanita iaitu Pengerusi baru Bank Rakyat dan ahli Majlis Tindakan Ekonomi
Negara, Dr. Norraesah Mohamad dan seorang peguam, Azlina Othman.

Dr. Mahathir yang turut mengulas mengenai kriteria pelantikan berkata, banyak yang
dipertimbangkan termasuk perlunya kalangan mereka yang bersimpati kepada
perjuangan UMNO tetapi tidak berpeluang langsung untuk dipilih.

Beliau menambah antara yang dilantik adalah daripada golongan tersebut.

Katanya, ada juga antara mereka yang dilantik tidak pernah bertanding atau aktivis
UMNO.

''Musa Mohamad (Menteri Pendidikan) misalnya adalah muka baru dalam UMNO,
beliau bukanlah aktivis tetapi pada masa ini memegang portfolio penting dalam
kabinet,'' katanya.

Setiausaha Kerja UMNO, Tengku Datuk Adnan Tengku Mansor ketika
membacakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung, Tan Sri Khalil
Yaakob itu berkata, dua lagi anggota MT yang dilantik ialah bekas Timbalan Menteri
Pembangunan Usahawan, Datuk Idris Jusoh dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau turut membacakan senarai nama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO negeri.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa serta merta dan semua ahli yang baru dilantik ini
akan menghadiri mesyuarat MT parti itu di Ipoh, Perak Isnin ini.

Semua pelantikan ini diputuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad, menurut kenyataan tersebut.

Bagi jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
negeri-negeri turut memperlihatkan beberapa perubahan yang antaranya 'drastik'.

Khalil dilantik semula mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Pahang
manakala Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang sebelum ini
memegang jawatan pengerusi dilantik sebagai timbalan.

Beliau satu-satunya Menteri Besar UMNO yang tidak dilantik sebagai Pengerusi
Perhubungan UMNO Negeri.

Ini sekali gus mengesahkan kenyataan Dr. Mahathir bahawa tidak semestinya Menteri
Besar dan Ketua Menteri akan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Negeri.

Turut 'diturunkan' pangkat ialah Datuk Suleiman Mohamed yang sebelum ini menjadi
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Beliau kini dilantik
sebagai timbalan pengerusi dan tempatnya diambil alih oleh Tengku Adnan.

Dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Tan Sri Muhyiddin
Yassin pula masing-masing dilantik Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
negeri bagi Selangor dan Johor.

Selangor akan diketuai oleh Abu Hassan manakala Abdul Ghani dilantik semula
menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengerusi
Badan Perhubungan Kelantan, menggantikan Tengku Razaleigh dan Datuk Annuar
Musa kekal sebagai timbalan pengerusi UMNO negeri itu.

Shahidan, Mohd. Isa, Osu dan Ketua Menteri Melaka Datuk Mohamad Ali Rustam
masing-masing dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri
Perlis, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka. 

Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilantik sebagai Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO negeri itu manakala pengerusi yang lama, Tan Sri Ramli Ngah
Talib yang berpindah ke Pusat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dilantik
sebagai timbalan pengerusi.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang turut berpindah ke
pusat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri pula dilantik sebagai
Timbalan Pengerusi UMNO negeri Melaka. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid pula dilantik sebagai
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis sementara Timbalan Menteri
Penerangan Datuk Khalid Yunus dilantik sebagai timbalan Pengerusi di Negeri
Sembilan. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dilantik Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Kedah manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Dr. Abdul Hamid Othman sebagai timbalan pengerusi.

Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Sabah, Datuk Mohd. Salleh Said Keruak pula
dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah. 

Dalam pada itu Timbalan Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini dilantik
Pengerusi Badan Perhubungan bagi dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Terengganu.

Abdullah akan dibantu oleh Datuk Dr. Hilmi Yahya sebagai timbalan pengerusinya di
Pulau Pinang dan Datuk Idris Jusoh di Terengganu.
 










Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke