*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gomen Malaysia dengan penyeludup beras.

Macam biasa la kengkawan…..mencelah nak sembang ringan-ringan aja…….:)

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak akan membenarkan lagi 
sesiapa juga membawa masuk beras dari negara luar tanpa permit walau sedikit 
mana pun jumlahnya, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata jika dulu ada individu yang membawa masuk 
satu guni kecil beras dan dilepaskan, kini ia tidak akan dibenarkan lagi.

Sebenaqnya apabila mencelah dengaq yang mana Gomen Malaysia  akan mengambil 
tindakan undang-undang terhadap penyeludup beras, walaupun dalam kuantiti 
yang sedikit. Jadi bagi mencelah, yang dok buat kerja macam ni….majoritinya 
adalah orang melayu kita jugak. Ini betui-betui punya cerita, setakat depa 
nak bawak masuk sekampit tu…..tak payah la nak cekup. Lagi pun takat banyak 
tu, bukannya depa nak buat niaga….sebenaqnya untuk nak isi perut anak bini 
aja. Mencelahpun dah pernah lintas kot jeti haram dekat Kuala Tat, naik bot 
pancung kena seringgit lima kupang. Bukannya apa, nak ambik pengalaman 
saja…..nak ikutkan passport international dok idup lagi. Lain la kalau depa 
dok seludup sampai penuh bontot teksi ka! Teksi di kelantan dulu mencelah 
tengok heiran jugak, bontot tinggi-tinggi….sedangkan belah depan 
rendah-rendah. Rupanya bila depa isi beras buang sepuluh kampit…..jadi sama 
la balik…..bijak-bijak. Macam mana gomen malaysia nak halang depa ni. Depa 
ni dari zaman tok nadoq dulu lagi dah dok lintas pi mai-pi mai. Yang dok kat 
pinggiaq sungai kebanyakkan warih-warih…….anak dan mak pak……mak pak dengan 
wan tok wan…... cicit, cucu….dan moyang. Hari-hari dok main berantaq, 
akok…gelembong boya…butir nangka….sagu pal….bunga tanjung, tiba-tiba saja 
nak jadi susah…kerana nak kena guna passport la…..nak bawak masuk beras 
sikitpun nak kena permit pulak dah. Sama la jugak macam penduduk dekat Bukit 
Golan, tiba-tiba dapat kat kapiaq…..depa pi buat pagaq, susah la anak 
beranak nak berjumpak.

Bila bercakap tentang beras ni….sebenaqnya dibelakang rumah mencelah ada 
bendang, bila rilek atas batas ban……terbayang muka doreamon. Canggih sungguh 
otak orang tua  ni…….orang tanam padi dalam bendang, dia suruh tanam atas 
bangunan. Macam mana dia boleh terpikiaq kot tu. Kos bangunan 
sekurang-kurang 20 ribu…..campoq caca marba sereba sedikit…..pi la sampai 50 
ribu. Dengan generator…..paip la. Bila nak angkut tanah….selut…lumpoq, kena 
pakai crane. Itu tak termasuk nak angkat kerbau dua tiga ekoq….untuk 
membajak. Tapi takkan la tanam padi sikit punya standard, tiba-tiba nak 
pakai kerbau?! Kena upah crane lagi……nak pi usung kabota pulak. Upah crane 
bukan nya morah…..sejam kena bayaq 500 ringgit! Mencelah tau la….masa nak 
pilihan raya dolu….dok tolong orang kampong rentang bendera bulan. Tapi yang 
sukanya, bila dah percubaan tanam padi atas bangunan membuahkan hasil, jadi 
si doreamon kerahkan budak-budak Mada pi congak tengok…..boleh juai dengan 
rega berapa. Jadi pakat besela la budak-budak mada ni……dok congak 
sebijik-bijik padi. Last-last….habih kera, depa habaq kat doreamon , sebijik 
jatuh rega lima kupang?! Nak cerita bagi , mencelah dari dolu tak main beras 
malaysia….bukannya apa, suka mengkelan. Jadi kalau beli mesti ambik…..beras 
siam special. Satu kilo beras siam….dua ringgit pat kupang sekelo. Jadi 
kalau kita nak beli hat doreamon jual, dia jatuh lebih kurang dua ringgit 
pat kupang dapat  lima bijik?! Jadi kalau kita beli sepuloh ringgit….dapat 
la lebih kurang dua puloh bijik beras…..nanti si doreamon kata “tak payah 
isi dalam palastit la…..isi dalam tapak tangan sudah la, sebab hang beli 
sikit sangat”. Bayangkan lah….dengan duit  sebanyak sepuloh ringgit boleh 
dapat dua puloh bijik beras. Tera nak sampai ke rumah…..tekejut 
tegempaq….berteraboq tengah jalan….. tinggai separoh.

Tak tau lah apa nak kata……nak bawak masuk benda yang halal (beras) mengikut 
undang-undang gomen malaysia hukumnya haram. Tapi kalau bawak masuk 
arak…benda yang memang haram…dengan adanya permit, bertukaq jadi halal.Dok 
buat maksiat dalam The Ship  pun di kira halal sebab ada permit …masyaAllah.

Mencelah_sikit @hotmail.com
(Hak cipta terpelihara))

p/s: My kampong-mate , Dari kecik sampai ke besaq mencelah dok kampong, muka 
pun memang pattern kampong. Sebelah rumah ada kuboq……tapi bagus, 
sekurang-kurangnya hari-hari mencelah boleh ingat kat mati. Bagaimanapun 
hari-hari bila bedoa……mintak panjang umoq , nanti tak sempat nak 
bertobat…..dosapun banyak.Lagipun bila panjang umoq ada la peluang nak ber 
four-ligami. Tu bukannya apa…..angan-angan saja. Jangan lupa tau….bulan 
lapan pi jangan tak pi!


________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to