*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Betoi ke cerita yang mencelah bawak nie??
dah siasat betoi2 ke?? macam cerita dulu2
masa ulamak2 spt Ismail Kamus, Harun Din dll
kena gam dgn RTM aje...

Tapi hal ini memang mungkin utk berlaku.. 
Penceramah pun manusia biasa bukannya maksum.
cuma kalau betul2 berlaku tugas dan t/jawab kita
utk sama2 menyedarkan penceramah berkenaan..
Kita tak mau disebabkan sorang dua penceramah
dunia ini menyebabkan semuanya disifatkan spt
itu.. Institusi ulamak kita perlulah dijaga dan
dipertahankan...

Wallahu a'lam... maaf.. agak emosional sikit...


--- "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
> wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Sorry ye kengkawan....mencelah borak-borak sikit.
>
>Hari-hari kena kejar dunia, sebab dia orang kata….kalau kau tak kejar, nanti 
>kau akan terketinggalan. Ini bukannya mencelah kata….tapi orang lain kata. 
>Dia kata itu sebabnya kita selalu kesuntukan masa, tapi bukannya bermakna 
>kita tak cukup masa! Ingat betul-betul, dalam satu hari …..lima waktu sehari 
>semalam……berapa waktu yang kita dapat sembahyang berjemaah?!
>
>“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan 
>sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada 
>orang-orang yang khusyuk.”
>Al-Baqarah : 45
>
>Bagi yang kerja di kawasan luar bandar, mencelah rasa masa untuk berjemaah 
>subuh…ok jugalah. Tapi, yang kerja di bandaraya….dah la tempat tinggal jauh 
>dari pejabat, bukan nak kata ayam jantan tak sempat berkokok, bangun 
>tidurpun belum lagi….ada yang dah start motor dalam gelap gelita, preeeehhhh 
>ketempat kerja. Tapi, kalau dia orang berhenti dekat mana-mana mesjid untuk 
>berjemaah….itu mencelah tak tau le.
>
>“Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) 
>segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang yang wusta (sembahyang asar), 
>dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan 
>khusyuk.”
>Al-Baqarah : 238
>
>Jadi waktu yang mana ramai orang boleh berjemaah ialah waktu magrib dengan 
>isyak . Sebabnya, malam tak le sebok sangat. Tapi bagi mereka yang si suami 
>gila komputer…..waktu ini pun …kalau dia orang mengadap juga, itu tak boleh 
>nak kata apa….ini memang betul-betul punya gila.
>
>“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk 
>dalam sembahyangnya.”
>Al-Muiminuun : 1-2
>
>Itu soal sembahyang, kalau kita cakap tentang nak ikuti kuliah agama pun 
>begitu juga. Antara waktu magrib dan isyak juga yang paling ramai. Lagi pun 
>sementara nak tunggu masuk waktu isyak…..kalau balik ke rumahpun, nasi dan 
>lauk pauk bukannya masak lagi. Itupun kalau isteri yang rajin…..kalau dapat 
>yang jenis pemalas, sampai ketua la lu….makan nasi bungkus! Masa kuliah 
>magrib ni…yang mencelah sukanya, bila tok guru kata “mari kita pakat 
>rapat-rapat kedepan, muga di berkati Allah bagi kita yang hadir di majlis 
>ilmu malam ini” . Yang sukanya , semua pakat kesot-kesot….tapi bukannya 
>kedepan……tapi makin ke belakang kerana nak cari tiang dan dinding. Hingga 
>ada sesetengah mesjid atau surau….dia punya tiang sampai ada nama…. “Tiang 
>Pak Din”….. “Tiang Pak Mat”…. “Tiang Pak Leh”.. sebab setiap kali kuliah, 
>tempat tu dia orang seolah-olah dah booking.
>
>“Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau 
>melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Alllah. Dan 
>(ingatlah), misal-misal perbandingan ini kami kemukakan kepada umat manusia, 
>supaya mereka memikirkannya.”
>Al-Hasyr : 21
>
>Bila mencelah sembang-sembang sorang tentang sembayang dengan ceramah 
>ni……sebenarnya kelmarin ada hamba Allah….seorang gadis anak dah lima dia 
>e-mail kan kepada mencelah tentang satu persoalan dia kata :
>
>
>
>     Saya bukan nak complen mengenai JAIS ni ... tapi saya suka baca e-mail 
>mencelah ni .. hari ni saya nak mencelah mengenengahkan satu topik mengenai 
>pembayaran penceramah agama ni ... di sebabkan mencelah suka mencelah dan 
>saya pula nak mencelah setakat 'belakang2 je'  di sebabkan polisi syarikat 
>... kalau mencelah nak publickan topic ni harap 'tutup' nama saya di atas 
>sebab2 keselamatan ...
>
>    Persoalannya begini ... kalau dulu kita dengar artis2 yang selalu 
>membuat demand yang tinggi ..tapi sekarang ni bukan setakat artis sahaja.. 
>Penceramah agama pun buat demand juga .. makin terkenal penceramah agama ni 
>makin mahal harganya, dengar khabarnya boleh mencecah hingga
>ke 4 angka.. Jika begini bagaimana agama Islam nak berkembang jika orang  
>marhain dan daif ni nak dengar ceramah jemputan kena tunggu la 2 -3 tahun 
>kalau nak jemput penceramah yang tengah 'ngetop', sebab kena kumpul duit
>dulu ... bagaimana pendapat mencelah dan yang lain2 ...
>
>Buat masa ini mencelah tak mahu komen apa-apa lagi ….kalau ada kawan-kawan 
>yang boleh jawab, silakan……termasuklah  Abu Tiger ke…..Abu Lion ke…tebuan 
>ke....lebah ke dan lain-lain.....silakan.
>
>Rasanya…..mencelah nak rehat dulu ye…. Nanti mencelah borak-borak lagi. Bye.
>
>[EMAIL PROTECTED]
>(Hak Cipta Terpelihara)
>
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

_____________________________________________________________
I'm using @ikhlas.com email like saodah :)
http://ikhlas.com/warkah/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abu Sayyaf <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to