*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wallahualam,

Saya boleh memberi beberapa tips teknikal menenai kontraseptif(alat mencegah 
kehamilan) tetapi mengenai bab hukum mengenainya sila confirm dengan ustaz kerana 
terdapt pelbagai pendapat mengenai setiap satu darinya, termasuk  falsafah menggunakan 
kontraseptif itu sendiri. Maklumat yang diberi oleh saudara dari farmasis lebih detail 
dan teknikal, sila rujuk juga. Maklumat saya lebih kepada praktikaliti pengunaan 
harian. Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut berkaitan diri anda. 

Kontraseptif yang 100% berkesan adalah abstinence - jangan jimak.Ini kata-kata dari 
barat untuk kempen remaja mereka supaya menjaga diri.  Tapli kata-kata ini boleh juga 
kita pinjam sebagai joke bagi orang dah kahwin kerana kita perlu mengingatkan diri 
kita bahawa kita hanya boleh merancang ALlah yang menentukan. Tiada kontraseptif yang 
100% berkesan.



Ikat is the next to 100%. Lelaki boleh ikat, perempuan boleh ikat, Prosedur bagi 
lelaki labih mudah dan kurang bahaya sebenarnya, tetapi saya belum jumlpa lagi lelaki 
melayu yang  volunteer untuk diikat -bukan dia yang akan hamil! Ikat - kalau tak salah 
saya pendapat ulama hanya benarkan bagi kes yang membahayakan kesiahtan ibu. Mereka 
yang saja-saja nak volunteer retire awal tak dibenarkan. (sila confirm dgn ustadz)

Antara yang berkesan dari segi pencegahan adalah IUD, pil estrogen, suntikan estrogen 
tetapi mempunyai kesan sampingan yang kuat.

IUD: sakit pinggang bagi sesetengah orang, loya pada masa masa tertentu bagi 
sesetengah orang, IDU mungkin terlucut dan keluar, ini tak bahaya boleh masukkan 
balik. IUD boleh tertanam  di dalam rahim. Ini bahaya dan perlukan pembedahan nak 
keluarkan balik. tapi jarang berlaku- kemungkinan kecil sahaja. DIsamping itu terdapt 
ustadz yang strict tidak benarkan penggunaan IUD kerana cara ia bertindak adalah mirip 
kepada pengguguran. IUD tidak menghalang beinh bercantum, tetapli hanya menghalang 
beinh yang telah tercantum itu dari melekatkan diri ke dinding rahim. Ada ustadz kata 
okay kerana beinh bercantum belum ditahap janin. Anda boleh check dengan al ahkam atau 
ustadz favourite anda mengenai  hukum guna IUD. Dari segi teknikal ia sesuai untuk 
orang yang malas susah susah, sekali masuk tak payah fikir sampali tiga tahun. Yang 
badannya tidak alah dengan IUD. Cuba dulu, kalau tak tahan loya atau sakit pinggang 
boleh keluarkan saja. Ada orang tak rasa apa pun.

Kesan sampingan lain, talinya membuatkan mudah jadi jangkitan, jika jangkitan ada 
discharge yang busuk atau gatal. Ini boleh dielakkan dengan belajar hygiene seperti 
bila istinjak buang air besar basuh dari depan ke belakang suapay kuman dari najis tak 
ada chance naik ke situ melaui tali IUD, kena pergi  visit doktor perempuan tiga bulan 
sekali untuk bersihkan apa apa jika perlu. Ini mudah saja kan?

Oh ya kadang-kadang ada suami akan terasa tali tangsi IUD, jika ini terjadi, boleh ke 
klinik untuk pendekkan tali tersebut.

Rugi sedikit dari segi variasi posisi jimak, Ada posisi yang mungkin menyakitkan 
wanita berIUD, tak bolehlah nak bersarkas sarkas sangat ye, kena yang biasa biasa aje. 
Ini semua cuba dulu baru tahu. lain orang lain alah, lain masalah.

harga di klinik RM 75 - 150 termasuk pemasangan. Pemasangan dilakukan pada penghujung 
haidh untuk elakkan sakit. Tapi kalau emergency nak pasang laa tu juga, boleh telan 
panadol. Doktor tak kisah asal anda sanggup.

Pil, bukan untuk orang yang mudah lupa Kalau makan 14 hari pun terlupa satu hari 
menjadikan ia kurang berkesan. Buat penat makan saja. Kesan sampingan banyak, seperti 
mungkin gemuk, tumbuh biji diji di leher atau tompok hitam  di pipi. Patutnya 
dielakkan, tetapi ianya popular di Malalysia sebab boleh dapat free di klinik kerajaan.

Suntikan estrogen lagi mudah tiga bulan sekali ziarah klinik, sakit sekali tak perlu 
risau, tetapi kesan sampinganyagn ramai alamai  iaitu istihadhah. Darah haidh datang 
tak menentu. Orang bukan islam tak kisah tapi ramai wanita islam serik setelah 
menggunakannya. Anda boleh cuba sekali kot kot badan anda tak alah. Jika istihadah 
berlarutan, boleh dapatkan ubat dari homeopathy, klinik biasa tak ada ubatnya kecualli 
vitamin K saja - tak berkesan. tapi istihadhah ini tak lah bahaya, cuma susah bila nak 
bersolat. Ubat berkesan untuk istihadhah ini adalah - he he betul ini nasihat dari 
doktor, bukan saya reka - get pregnant again selesailah masalah istihadhah tu.

Kondom tiada kesan sampingan, tapi  tak berkesan jika tak pandai guna. Kena the right 
size supaya tak terlucut, kalau terlucut, macam tak pakailah. Kena hati-hati selepas 
keluar mani supaya tak tertumpah, masa mengeluarkannya. Suami perlu praktis pakai. 
Kalau pasangan baru, silap-silap rosak mood. Orang lama sungguhlah tak kisah apa pun 
boleh asal tak kerap sangat anak.  Juga ramai wanita tidak suka dengan sensasi kondom 
itu sendiri - kena cuba, bincang, kalau tak suka cari alternatif lain.

vagina pil rupa macam gula-gula life savers jaga nanti anak telan pula, sekarang agak 
susah nak cari di farmasi, tapi boleh cubalah tanya kot kot ada di kawasan anda. 
Dimasukkan ke dalam vagina 15 minit sebelum jimak Tiada kesan sampingan kesihatan, 
tetapi sesetengah wanita/lelaki alah rasanya di dalam setelah cair. Macam kena 
coca-cola mungkin pedih sedikit. Jika guna ini perlu jaga timing ia hanya berkesan 
selepas 15 minit dimasukkkan dan tahan kesan lebihkurang 1/2 jam selepas berkesan. Ha, 
kena tengok jam lah semasa berususan. Bukan untuk orang all nighter. Boleh cuba kalaul 
rasa tak sesuai dengan citarasa anda, cari alternatif lain.

Bagi pasangan sekali sekala berjumpa (maksima 4 kali sahaja sebulan) boleh gunakan 
morning after pill. Ditelan selelpas jimak atau esok paginya, lagi cepat lagi 
berkesan. Jika lebih dari 4-6 kali sebulan jadi istihadah.

Homoepathy ada ubat makan  3 hari selepas period atau lima hari sebelum period, tiada 
kesan sampingan kesihatan, tiada gangguan semasa beraksi. Baguskan, malangnya kesannya 
hanya 50%. Kalau ter'pregnant' juga jangan lah saman siapa siapa. Ianya sesuai untuk 
orang yang hanya nak try saja lambatkan kehamilan, tapi kalau pregnant pun tak pa lah. 
Bagi yang memang tak bersedia untuk hamil, jangan cuba cara ini.

VCF: vaginal contraceptive film. Works like the vagina pill, tetapi tak rasa kesan 
'coke'. tak pedih.
Ianya lebih selesa. Sekarang tak ada di pasaran Malaysia, sebab dulu ada tak ada siapa 
nak beli. kena pesan dari member kat US. Kalau ada usahawan kita boleh buat business 
bawa barang ni ke Malaysia. Kalau semua orang pergi tanya dekat farmasi, bulan depan 
ada kot di pasaran.

Azal: suami kimaks dan keluarkan mani diluar vagina, tak berkesan sebab tak semua 
orang pandai control, kadang kadang air mani dah meleleh dahulu sedikit sebelum suami 
rasa klimaks tersebut. Kesan sampingan, suami frust, isteri frust, nanti bergaduh 
besar pula. Carilah alternatif lain. Sebab alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai 
ke pangkal lengan.

Bagi mereka yang berumahtangga dan minat  untuk merancang selamat merancang, tapi 
ingat ALlah yang menentukan


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Umi Iman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke