*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
...ngko yg sebenarnya kecut badarrr...nama baguih
badarr..tapi teloq kecuit....

...sebelum perang badar, sahabat nabi pegi rompak
samun kafilah dagang Abu Sufyan...hah ? apa ko nak
kata? lagi..kumpulan Abu bashir dan Abu Jandal pun
rompak samun kafilah dagang quraish ..ha? apa mu nak
kato? jenayah?

...apa ngko ingat parti pas ko aje yg pejuang islam?..

...apa punya pas da...belum apa2 dah ingat partinya
nak di haram kan...sikit2 rancangan mahathir., apa ko
ingat mahathir tu baguih sangat ka, boleh rancang sana
sini?



--- badar istaq <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Aku meneliti kebanyakan tulisan warga hizbi mengenai
> rompakan senjata di Kem 
> 304 Grik. Entah macamana dan apa sebab serta motif
> kebanyakan orang yang 
> hantar mail di HN ni, mereka nampaknya telah
> mengangkat dan menerima 
> kumpulan perompak tersebut sebagai hero. Pada
> pandangan aku, perompak tetap 
> perompak. No two way about it. Kalau dah merompak
> dan menyamun, tak kira ler 
> merompak harta individu atau awam, mereka itu tetap
> melakukan jenayah. Tidak 
> ada masyarakat yang waras dan bertamaddun didunia
> ini yang boleh dan patut 
> menganggap orang seperti itu sebagai hero. Jangan
> kita terpesong fikiran dan 
> terkeliru dengan perjuangan kumpulan pembebasan Moro
> dan PULO misalnya. 
> Mereka itu (Abu Shayyaf dan yang seumpamanya)
> mempunyai motif dan matlamat 
> yang luhur dan jelas, sedangkan "penyamun tarbus"
> yang merompak di Kem 304 
> Grik itu tidak ada kena mengena dengan mana-mana
> gerakan mendaulatkan Islam 
> di Malaysia?? Atau adakah kalangan yang "memuja"
> mereka sebagai hero  
> (misalnya dzun-nun, kedah langkasuka dan tok batin
> bahsengoi tu)ingin 
> mewarwarkan kepada seluruh dunia bahawa kumpulan 15
> penyamun itu adalah 
> terdiri daripada kalangan ahli mana-mana pertubuhan
> politik di Malaysia? Aku 
> tak fikir mereka itu ada kaitan dengan mana-mana
> parti politik yang 
> "memperjuangkan" Islam di negara kita.
> 
> Aku bukan nak berlagak seperti "ketam mengajar anak
> berjalan" atau nak 
> "melatih itik berenang". Cuma aku rasa kita sebagai
> warganegara Malaysia 
> yang waras dan bertanggungjawab, perlu belajar dan
> boleh mengaku serta 
> menerima hakikat walaupun ianya tidak selalu
> menyebelahi golongan kita. 
> Dalam erti kata yang mudah, yang betul tetap betul
> walaupun dilakukan oleh 
> orang yang kita tak sokong. Aku juga melihat ada
> kecenderongan dikalangan 
> kita di HN ni, yang menganggap kejadian jenayah yang
> keji itu sebagai 
> sesuatu yang menyeronokkan. Ada orang yang
> seolah-olah "bergembira" dan 
> "bersyukur" ianya terjadi. Masya Allah!!
> Bayangkanlah berapa ramai anggota 
> tentera dan polis kita yang sepatutnya digunakan
> untuk kerja lain, terpaksa 
> membazir waktu dan tenaga untuk menangani si keparat
> 15 orang tu. 
> Bayangkanlah juga berapa banyak wang yang dihabiskan
> untuk menampung gerakan 
> operasi memburu dan menghapuskan mereka itu.
> Bayangkan lagi betapa akan jadi 
> dengan keluarga, anak bini, adik beradik dan
> keluarga "aruah-aruah" 
> penjenayah yang akan mati esok atau lusa itu?
> 
> Berdasarkan berita terkini, kumpulan penjenayah
> tersebut sedang menggali 
> lubang-lubang yang akan dijadikan kubu (kubur?)
> mereka dalam menghadapi 
> tekanan dan serangan anggota keselamatan.
> Bayangkanlah 15 orang atau mungkin 
> lebih orang Melayu akan menyembah bumi dalam masa
> sehari dua ini. Puncanya 
> kerana ketololan sendiri. Puncanya kerana mereka
> "bertuhankan" nafsu. 
> Puncanya kerana mereka disesatkan oleh impian liar
> sendiri. Puncanya kerana 
> mereka tidak dapat menggunakan aqal. Adakah kita
> patut "membantu" dan 
> menyemarakkan lagi ketololan dan kesombongan mereka
> itu dengan mengangkat 
> mereka sebagai hero? Kalaulah kerana sokongan moral
> dan semangat yang 
> di"berikan" oleh dzun-nun, kedah langkasuka dan
> batin bahsengoi misalnya 
> menyebabkan kalangan perompak tersebut bertambah
> "kental semangat" dan 
> bertambah degil untuk tidak menyerah diri dan
> akhirnya akan habis mati 
> ditembak pasokan keselamatan; adakah bahsengoi,
> dzun-nun dan kedah 
> langkasuka tak turut terasa bersalah?? Aku rasa kita
> semua wajar mendoakan 
> supaya mereka itu sedar dan menyerah diri kepada
> pihak berkuasa dan bukannya 
> sama-sama "bersemangat" untuk menyokong mereka dan
> dalam masa yang sama 
> seolah-olah "condemned" semua anggota keselamatan
> kita.Kalau mereka itu 
> keluar menyerah diri, memang akan dihukum tetapi
> setidak-tidaknya dapat lah 
> juga mak bapak, anak bini dan kaum keluarga melihat
> dan bertemu mereka 
> sebelum masing-masing mendapat "habuan" diatas
> kerja-kerja mereka itu.
> 
> Akhir sekali, aku rasalah, kita harus berani dan
> belajar menerima hakikat 
> walaupun pahit. Yang betul tetap betul walaupun
> dibuat oleh orang yang kita 
> tak suka dan yang salah tetap salah walaupun "orang
> kita" yang 
> lakukan.Selagi kita masih berfikiran "orang kita tak
> mungkin silap" atau 
> "aku tak peduli samada perkara itu betul atau tidak
> betul, kalau dah orang 
> sana yang buat dah tentu tak betul" ; selagi itulah
> kita akan menjadi 
> kalangan yang sentiasa kalah. Maaf kepada dzun-nun,
> kedah langkasuka dan 
> batin bahsengoi dan yang lain-lain lagi kerana
> tulisan aku ni mungkin tidak 
> menyeronokkan mereka. Niat aku ikhlas dan kalau tak
> nak terima, apa aku 
> boleh buat.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Dzun Nun <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke