*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum, Kita pun naik heran juga, apasal mudah sungguh anak2 muda terutama anak2 gadis membuang mak-bapak mereka semata2 kerana kehendak mereka ditentang. Contoh terbaru ialah Sufiah yang tak nak balik lagi kepada mak-bapa mereka dengan alasan dia didera mental dan physical. Dan kita juga dengar tentang anak gadis menghilang diri, tiba2 diketahui telah berkahwin lari. Si Aisyah dulu buang mak-bapa kerana kawin lari dan murtad. Dan teman sendiri dok tengah menyelesaikan satu kes dimana sorang gadis muda belia yang sudah berkenan dengan sorang professor yang sudah berbini dua (sorang dah bercerai). Apa tak gilanya, professor tu handsome dan pakar motivasi pulak. Tak disangka2 dimotivasinya anak dara orang sampai naik gila kat dia. Diberinya hadiah2 lumayan dan janji2 manis tak terkata. Bukan teman tak sokong orang nak berpoligami, tapi khabarnya isteri2 tu tak boleh dihamilkannya. Yang pertama, selepas bercerai, dah pun beranak pinak. Yang ada sekarang dah bertahun tak beranak2. Si professor ni patut berubat dulu, bukan kawin lain dan menganiaya anak dara orang. Sekarang dok tengah pujuk pelan2 anak gadis ni. Budak baru belajar dewasa. Nak suruh dia fikir bulat2 dan panjang2 akan masa depan dan kemungkinan dimadu lagi atau hidup tanpa zuriat. Tapi bak kata orang2, kalau hati dah gila, nasihat semua tak bermakna. Aduhai... harapkan professor, kau lecture anak dara orang sampai naik gila dia kat engkau. Nak minta pendapat [EMAIL PROTECTED] atau yang lain2. Patut direstuikah anak dara sunti ni kawin dengan orang yang dah beristeri dua dan kemungkinan besar mandul pulak, atau nak dibawa aje gadis ni jumpa isteri dah bekas isteri supaya dapat penjelasan dari "the horse's mouth". Wassalam ----------------------------------------------------- Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]