*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini, minggu kedua bulan Julai 2000; majoriti rakyat Malaysia masih lagi 
tengah bersembang dan bercerita kes tentera Al_Maunah mengamuk di Sauk. Dan, 
seperti yang disangka, isu lain seperti kes Pak Lah menghentam JAIS kerana 
menangkap orang Islam di kedai Arak dan kes Dr Mahathir menyalahgunakan kuasa 
mengarahkan BPR menghentikan siasatan rasuah terhadap bekas Gabenor Bank 
Negara, kini tenggelam di angin lalu. Dah tak dak dah dengar sapa-sapa dok 
bersembang kedua-dua isu berkenaan, sedangkan isu-isu tersebut belum sampai 
pun sebulan
berlalu.

ISH, ISH, ISH - PANDAI SUNGGUH NOH DEPA 'SAUK' IKAN DI AIR KERUH!!

Pada mulanya saya malas dah nak menulis pasal isu Sauk dan Al_maunah ini; 
bukannya apa, sebab kita tengok dari alam nyata hinggalah ke alam siber, semua 
orang pakat bersembang pasal cerita Sauk,  dah tak dak apa nak nak ditulis 
lagi; semuanya dah dituliskan orang.

Yang saya jadi berdetak, dan terus naik semangat nak tumpang menulis cerita 
Sauk ini - bila saya tengok ada orang tulis di akhbar senarai ajaran-ajaran 
sesat yang pernah 'mengganas' di Malaysia sebelum kemunculan kumpulan 
al-maunah ini; antara yang dituliskan depa ialah Tragedi Memali tanggal 19 
November 1985.

AMBOI MAK, TAK CUKUP HANGPA PI REMPUH PINTU PAGAR RUMAH DEPA, PI BUNUH 
LAKI-LAKI DEPA, PI SIKSA KAWAN2 DEPA,  PI TANGKAP ANAK BINI DEPA -  YANG 
SAMPAI LA NIE KES ITU TERTANGGUH TURUN NAIK MAHKAMAH TAK BERENTI-RENTI - 
SEDANGKAN MUSA HITAM DAN MAHATHIR YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM KEJADIAN ITU 
MASIH BOLEH BEBAS KE SANA KE MARI - HARI INI, HANGPA BOLEH LAGI DOK UNGKIT 
CERITA LAMA ITU NO!!

Dah cerita Memali ini dah lama berlaku, dah hampir 15 tahun dah pun, kita 
malaslah nak ulang kembali cerita itu; cumanya bila akhbar The STAR Sabtu 
7/7/2000 menyiarkan cerita dari sepupu Kapten Amin bahawa tragedi Memali 1985 
telah memberi kesan yang mendalam  kepada diri beliau sebelum menjuruskan diri 
ke alam silat kerohanian, maka saya pun jadi terpanggil untuk menulis sama. 
Lagi pun, Kapten Amin juga diberitakan pernah menuntut di Pondok Lanai, Parit 
Panjang, di mana tak jauh dari situ bersemadinya maqam-maqam Syuhada Memali 
termasuk maqam al-syahid Ustaz Ibrahim Libya.

KITA YAKIN, BUKAN SAJA KAPTEN AMIN, TAPI RIBUAN LAGI MANUSIA ISLAM DI BUMI 
MALAYSIA INI TURUT 'DIKEJUTKAN' DARI TIDUR OLEH TRAGEDI MEMALI ITU!

Untuk menyamakan Sauk dengan Memali mungkin agak keterlaluan kerana tragedi 
Memali jelas matlamatnya dan jelas jalan ceritanya. Tanyalah mana-mana Ulamak 
Muktabar dalam dunia ini; terkorban dalam usaha mempertahankan rumah dan 
keluarga kita dari dicerobohi 'orang' adalah syahid ganjarannya, sedangkan 
jalan cerita di Sauk agak kabur walau pun nampak jelas di mata pihak-pihak 
yang berkenaan.

KITA TIDAK MAHU KOMEN PANJANG, CUMA CUKUP SEKADAR DINYATAKAN BAHAWA MAJORITI 
UMMAT ISLAM DI MALAYSIA INI MASIH BELUM DAPAT MEMAHAMI SEPENUHNYA KONSEP JIHAD 
YANG SEBENAR DLM USAHA MENDAULAHKAN NEGARA ISLAM.

Atas kerana kejahilan masyarakat Islam kita memahami konsep Jihad dan Syahid 
Fi-Sabilillah
ini, maka muncullah tafsiran yang berbeda-beda mengenai tragedi Sauk ini; kita 
menghormati apa jua pandangan mereka, cuma secara peribadi, tanpa mewakili 
mana-mana pertubuhan atau pun organisasi, apabila saya melihat jauh ke dalam 
diri, sebagai seorang manusia Melayu beragama Islam di bumi Malaysia, secara 
ikhlas saya katakan bahawa saya merasa sedikit terkilan kerana Pejuang-Pejuang 
Al_maunah di Sauk ini sedikit terkehadapan berbanding majoriti semua orang. 
Alangkah manisnya jika mereka masih terus-terusan di markas-markas Latihan, 
menunggu masa untuk meluru keluar ketika mana sumbangan mereka benar-benar 
diperlukan.

Secara ikhlas, saya sendiri tak berapa pasti apakah tujuan sebenarnya 
AL-Maunah membuat gempar di Sauk itu. Cuma apabila saya visit laman web mereka 
berulang kali, saya dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu message tertentu 
yang ingin mereka sampaikan. Sungguh-sungguh saya cuba memahaminya, tapi tak 
berapa kesampaian, mungkin kerana kejahilan diri saya yang tak berapa mendalam 
ilmu kerohaniannya; cumanya mungkin perjuangan mereka ini mampu digambarkan 
dengan dua tiga baris patah perkataan yang saya karang sendiri di bawah ini:

"SESUNGGUHNYA KOSOVO DAN BOSNIA BARU SAJA SEMALAM BERLALU,  DARAH DI CHECHEN 
DAN KASHMIR  PULA MASIH MERAH DAN SEGAR MEWANGI, DAN KINI AMBON PULA SEDANG 
MENANGIS TERESAK-ESAK DI HADAPAN MATA.  MALAYA PUN, JIKA TIDAK ADA PERSEDIAAN, 
KE SITU JUGA ARAH KITA!!

Saya berharap itulah message yang ingin mereka sampaikan, dan berharap itulah 
matlamat perjuangan mereka; jika tidak, maka cerita di Sauk bagi kita adalah 
tak lebih daripada kes-kes rompakan biasa!!

TETAPI, JIKA SEKIRANYA SAUK ADALAH LANJUTAN DARIPADA TRAGEDI MEMALI, MAKA ELOK 
BENARLAH ITU - M16 BERTEMU M16, M203 BERTEMU M203 - BUKAN SEPERTI DI MEMALI 
TEMPOH HARI; M16 CUMA BERTEMU DENGAN PISAU HAT DOK HIRIS BAWANG!!

Bersembang pasal sauk ini, tak habis sebenarnya. Contohnya, saya sendiri pada 
mulanya tertanya-tanya, pasal apa depa pilih Sauk, pasal apa pilih Bukit 
Jenalek. Rupa-rupanya sebab Kapten Amin itu orang sauk, dan dia sendiri pernah 
bersekolah di Bukit Jenalek; dengan kata lain dia tau tentang Bukit Jenalek in 
and out, mungkin sebab pernah main kombat kat situ kot masa kecik-kecik dulu!

Mula-mula jadi cerita Sauk itu, kita semua tertanya-tanya, apakah motif 
sebenar kumpulan bersenjata ini; masa itu kita tak tahu pun pasal Kapten Amin 
atau pun kumpulan Al-Maunah. Masa itu, TV dan radio pun tak cerita apa, surat 
khabar pun tak tau hujung pangkal, sekejap kata ada kaitan dengan parti 
politik, sekejap kata tak dak kaitan, sekejap kata sebab dendam peribadi 
sekejap kata sebab ajaran sesat. Dengan kata lain, rakyat marhain macam kita 
ini dibiarkan tertanya-tanya akan apakah sebenarnya yang berlaku.

Atas sebab itu, tidak hairanlah, bermacam spekulasi yang muncul di hari-hari 
awal kes itu meletus. Saya sebagai contohnya; awal-awal lagi - minta maaf la 
kumpulan Reformasi - saya dok ingat depa ini adalah geng-geng reformasi -  
sebab secara kebetulannya, bulan September ini dikhabarkan akan diadakan 
Perhimpunan Ulangtahun ke-2 Gerakan Reformasi besar-besaran di seluruh negara; 
saya dok fikir:

"Ish, kalaulah sungguh depa ini puak-puak Reformasi, habislah FRU-FRU itu, 
kesian kat depa....ya lah, tak sampai hati jugak aih sebab depa cuma reti 
pakai Acid dan Belantan saja; ini nak lawan dengan M-16 dan Styres, macam man 
nak lawan weih. Lagi pun kesianlah kat saya, sebab salah seorang FRU yang 
selalu dok turun itu adalah sepupu saya....ish, tak sampai hati
aih!!"

Sangkaan saya semakin kuat apabila keluar berita dalam BERNAMA soalan dari 
seorang wartawan kpd Pak Lah yang cuba mengaitkan kumpulan ini dengan gerakan 
reformasi, kerana secara kebetulan kumpulan ini ditubuhkan pada bulan 
September 1998, bulan di mana kes DSAI  mula meletus. Dan secara
takdir atau kebetulan pula, kumpulan ini dikatakan mepunyai ratusan atau pun 
mungkin melebihi seribu orang pengikut di seluruh Malaysia; jadi orang mungkin 
tertanya-tanya:

"Ish, takkan kot satu kumpulan yang baru berusia 2 tahun boleh punyai anggota 
yang begitu ramai, dari seluruh pelusuk negara pulak tu - ini mesti ada kaitan 
dengan satu organisasi yang lebih besar nie!!"

UNTUK ITU, KITA NASIHATKAN RAKAN-RAKAN KITA DARI GERAKAN REFORMASI SUPAYA 
BERHATI-HATI!!

Di awal-awal kes ini juga, ada sup sap sup sap kata depa ini ada kaitan dengan 
Pejuang Islam serantau macam PULO dan GAM, tapi hati kecil saya berkata;

"Ish, merapu aih kalau PULO atau GAM nak buat macam itu; depa ini cuma mai 
tumpang berteduh saja di negara kita; tak kan lah depa nak nak buat honar di 
rumah orang yang bagi depa berlindung pula. Lagi pun, majalah2 luar negeri ada 
menulis bahawa Selatan Thailand memang menjadi pusat bekalan senjata untuk 
pejuang2 pembebasan serantau, termasuklah Pejuang2 Patani, GAM dan juga 
geng-geng  Tamil Ellam. Dengan kata lain, kalau nak senjata, tak payah rompak 
kem mana-mana aih, bawak duit saja, berlambak boleh beli kat Siam!!"

Setakat ini kita rasa PULO atau GAM tak pernah buat kacau kat Malaysia ini; 
depa kena lagi ada, contohnya bulan Januari 1998 hari itu 4 orang Pemimpin 
PULO dicekup hidup-hidup di Kuala Kangsar dan diserahkan kpd Siam, dan bulan 
Jun 2000 baru2 ini pula pemimpim GAM ditembak mati di sebuah restoran di 
Lembah Kelang.

KESIAN KAT DEPA NO; TAK SELAMAT RUPANYA BUMI MALAYSIA INI; DAN BILA ADA ORANG 
BUAT JAHAT, DEPA JUGA YANG KENA TUDUH!!

Last sekali, bila kerajaan kata depa itu sebenarnya adalah kumpulan Al_maunah; 
barulah semua orang tersusup sasap nak tau pasal depa ini, termasuklah para 
SB.

Kadang2 saya terfikir, SB Malaysia ini tak lah segempar yang sepupu saya 
(seorang SB) selalu dok bercerita itu. Kadang2 bila kita dengar orang cerita, 
nampak bunyi SB canggih habis. Kita sendiri pun, kadang2 bila pergi Kuliah 
atau dengar ceramah, kadang2 rasa macam kawan yang duduk sebelah kita itu, 
walau pun berjanggut dan serban putih melepak, kadang2 kita rasa macam dia itu 
SB. Begitu hebat sebenanrnya tanggapan kita selama ini terhadap kemampuan 
SB-SB kita ini. Dengan kata lain, SB-SB kita ini memang canggih sungguh!!

Persoalannya, kalau sungguh canggih, tak kan depa tak boleh bau langsung kata 
ada kem nak kena rompak, atau pun paling kurang kata ada khabar2 angin di 
kedai-kedai kopi atau di pintu-pintu masjid bahawa ada kumpulan Silat nak 
mengamuk tapi tak tau kumpulan mana? Tak kan tak tau kot?

ISH, MEMANG DEPA TAK TAU SUNGGUH KOT!!

Kelemahan SB Malaysia yang ketara ini menyebabkan kita mulai jadi sangsi 
kepada kemampuan mereka sebagai benteng utama pertahanan negara sebelum 
ditembusi musuh khususnya dari luar negara; contohnya, katakan ada seorang 
apek Cina mai sewa rumah depan rumah kita, dan katakan si apek ini adalah 
special agent dari Singapura; agak-agak bolehkah kita percaya bahawa ada SB 
kita tengah dok monitor dia sedangkan dlm kes Al_Maunah yang punya ratusan 
pengikut di seluruh negara ini pun, SB kita tak mampu nak hidu apa-apa?

Macam itu kalu, cerita Email Parang Mengamuk di Kuala Lumpur hari itu, kalau 
tak kerana ada sorang  mamat Cina hantar email merata pejabat, mungkin tak dak 
orang ambik tau kot. Bila tak ada orang tau, maka tak adalah  SB tau, lalu ada 
kemungkinan ada Parang-Parang yang akan benar2 mengamuk di Kuala Lumpur hari 
itu.

NASIB BAIK ADA EMAIL PARANG ITU - KALAU TIDAK SB PUN TAK TAU!

KESIAN SI MAMAT CINA ITU, MUNGKIN NIAT DIA IKHLAS NAK TOLONG ORANG, TAPI DIA 
SENDIRI KENA TANGKAP. MUNGKIN INILAH APA YG DIKATAKAN ORANG 'SEUMPAMA MELEPAS 
ANJING TERSEPIT'!!

[Gamaknya apa akan terjadi kepada kita, katakan seminggu sebelum kes rompakan 
di Gerik itu, kita send email satu Malaya kata ada khabar angin menyatakan ada 
kumpulan silat akan mengamuk, minta semua orang simpan bekalan ration makanan 
secukupnya. Agak2, kena tangkap dak? Atau pun SB reply balas kata, "Thanks for 
the information"?]

SAYA BUKAN NAK MEMPERLEKEHKAN POLIS, TAPI ITULAH HAKIKATNYA!

Tak cukup dengan itu, kita tengok pihak Polis tak berapa nak kisah sangat 
pasal kes di Sauk ini, seolah-olah macam isu dalaman pihak tentera, biaq 
tentera selesai sama tentera sudahlah!

Contohnya, kes jadi hari ahad sebelum subuh; masa ahad siang itu, kerana 
urusan peribadi saya berada di daerah Kulim/Baling, satu daerah bersebelahan 
sempadan Perak melalui Gerik dan Keroh. Masa itu, banyaklah road block, dan 
kita pun tak tau hujung pangkal lagi pasal apa banyak sangat road block ini; 
saya cuma nak habag  kata, sekali itu masa saya lalu satu road block, kereta 
jam bersusun-susun, dengan anak kecik dok buat hal, rimas sungguh; sampai tang 
road block itu, aik tak dak Polis pun, cuma ada papan tanda "Berhenti 
Pemeriksaan Polis" sahaja. Apa cerita ini?

LAA - PATUT LA PUN, HUJAN LEBAT, POLIS LARI HABIS SEMUA CABUT LARI - TINGGAL 
PAPAN ITU SAJA SEBAGAI TANDA!!

Macam ini kalu, next time, sapa-sapa nak rompak mana-mana kem, pastikan 
rompakan tersebut dilakukan di musim hujan, mesti terlepas punya.

[Ish, ish, kalaulah dalam barisan kenderaan di belakang dan hadapan saya itu 
ada bawa M-16 atau M-203 itu, rasa2nya dah terlepas habis semua dah naik 
lebuhraya Utara Selatan - straight menuju Putra Jaya!!]

INI CERITA BETOI INI, TAK KAN POLIS NAK TANGKAP SAYA PULAK KOT MACAM CERITA 
EMAIL PARANG ITU!!

La nie, selepas kes si Sauk dah selesai, barulah SB nak tunjuk action pi 
menyamar rata jalan. Contohnya, betoi ka depa itu SB atau tidak saya tak tau, 
tapi kat tempat saya ini, secara tiba-tiba, ramai pula muncul Orang-Orang 
Gila!!

SUDAH LAH TU, TAKKAN SELAMA-LAMANYA NAK PAKAI TAKTIK MENYAMAR JADI ORANG GILA 
SAJA KOT; ZAMAN DAH BERUBAH, BAWA-BAWALAH BERUBAH SIKIT!!

Berbalik pasal Sauk, saya melihat ada beberapa pengajaran yang berguna yang 
sama-sama boleh kita ambil iktibar. Yang pertama sekali, kita lihat bahawa 
setinggi mana pun ilmu-ilmu silat yang kita belajar, tapi di alam peperangan 
yang sebenar, kita terpaksa berpijak di bumi nyata, iaitu kita masih perlukan 
senjata-senjata moden seperti M16, M203, Pelancar roket, grenade dan 
sebagainya. Kerana itu,kita ingin nasihatkan sesama kita; kalaulah kita ikhlas 
nak membuat persediaan untuk mempertahan agama, bangsa dan negara apabila tiba 
masanya, maka wajarlah kiranya kita membiasakan diri dengan senjata-senjata 
sedemikian; satu cara yang dibenarkan oleh undang2 ialah dengan menggotai 
pasukan wataniah atau pun tentera simpanan. Cara lain yang orang tak tau ialah 
dengan mengambil cuti barang sehari dua, pi join geng Moro, geng Kashmir, 
Chechen atau puak2 Lasykar Jihad di Ambon sana. Itulah yg terbaik rasanya.

Pengajaran yang kedua: Pihak-pihak yang berkenaan seperti JAKIM umpamanya 
janganlah ambil mudah dengan kes-kes seumpama ini. Kalau setakat nak kata, 
depa ini ikut ajaran sesat, tok wan saya pun boleh kata; lagi pun kata-kata 
JAKIM sekarang ini sudah jadi bahan ketawa majoriti masyarakat Islam Malaysia, 
kebanyakan depa termasuklah orang2 UMNO sendiri sudah tak dapat nak telan 
bulat-bulat apa yang JAKIM kata.

Kerana itu bila JAKIM umumkan mereka sudah mengesan 17 Kumpulan Ajaran Sesat 
di Malaysia, bini saya yang anak murid dia murtad tapi dia tak boleh buat apa, 
dengan penuh sinis dia kata:

"Aik, bukan 18 kumpulan ka?. Itu, yang dok bagi murtadkan anak-anak orang 
Islam itu, tak kira kumpulan Ajaran Sesat ka?"

Lalu, dengan selamba saya kata:

"Ha'alah, Patutnya JAKIM pi cekup puak2 yang dok murtadkan anak2 orang Islam 
itu, pakat usung ramai-ramai pi Bukit Jenalek, gantung kaki naik atas kat 
pokok durian di situ, kasi balun cukup-cukup!!"

MALANGNYA JAKIM LEBIH BERMINAT DENGAN KUMPULAN 'AJARAN SESAT' INI BERBANDING 
DENGAN ISU 'REMEH TEMEH' LAIN SEPERTI MURTAD!!

Mungkin kumpulan Al_Maunah dikategorikan sebagai sesat kerana di rumah 
pengikut-pengikutnya lebih banyak kedapatan Poster-Poster Mujahideen memikul 
Bazooka berbanding gambar2 lain seperti Poster Shahruk Khan, Kajol, Erra 
Fazira atau pun gambar2 ghairah Aisywariya Rai dan Sushnita Senpulin!

TAK PERCAYA CUBA HANGPA PI RUMAH TECHNICIAN DIGI YG KENA TANGKAP ITU. RUMAH 
BELIAU PENUH DENGAN POSTER MUJAHIDEEN MEMIKUL SENJATA!!

Last sekali, saya jadi nak tergelak apabila membaca Berita Harian dan Utusan 
Malaysia hari sabtu 8/7/2000 yg memuatkan kenyataan kerajaan Negeri Selangor 
yang meminta JAIS mengadakan sessi untuk memulihkan kembali akidah kumpulan 
Al-Maunah.

Saya tak mau nak komen apa, cuma nak tambah kata:

"Ha, elok benarlah tu; bolehlah JAIS pi panggil Azlina Abbas dan geng2 dia di 
The SHIP sama; mungkin Azlina Abbas & co boleh tolong ajar Kapten Amin dan 
rakan-rakannya macam mana nak buat 'bottom up' yg sebenarnya supaya mereka 
segera dapat dipulihkan akidah untuk pulang ke pangkal jalan!!"

APA RA!!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to