*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bismillaahirrahmaanirrahiim. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh., SIRI 34 (dalam siri kali ini kita akan membincangkan bagaimana kederian itu boleh menerima rangsangan daripada persekitarannya..) Kita telah melihat makna kederiaan dengan ringkas. Jelas bahawa penglihatan, pendengaran, kebolehan merasa, menghidu bau-bauan dan menyentuh semuanya memberi pengalaman hidup yang amat berharga sekali. Akan tetapi, manusia yang sentiasa sibuk, ini jarang sekali berhenti seketika dan menikmati keindahan yang ada. (kadang-kadang kita harus berhenti sejenak untuk merasai keindahan alam ini….kalau ikut sibuk sampai bila pun tak selesai..) Kederiaan memberi pengetahuan kepada manusia, (sebagai alat…bukan sebagai pemberi..yang memberi ilmu kepada kita ialah Allah melalui kederiaan ) memberi pengalaman-pengalaman yang baru untuk dipelajarinya. Oleh itu adalah penting untuk mengkaji apa itu kederiaan, jenis-jenis kederiaan dan proses-proses yang berlaku di sebaliknya kerana ini semua dapat memenuhi pengetahuan tentang satu-satu pengalaman hidup manusia. PERHATIAN TERPILIH (sebagai mana yang telah saya sebut sebelum ini bahawa….) Tidak semua rangsangan yang didaftarkan oleh organ deria manusia mendapat perhatian. Kebanyakan daripadanya berlalu tanpa disedari langsung. Ini kerana pada asasnya, manusia tidak mempunyai keupayaan menerima, memahami, atau menganalisis kesemua stimulasi yang diberi kepadanya. (kalau tidak… manusia boleh jadi tertekan dan "tak berapa betul"..ini saya istilahkan sebagai satu anugerah Allah juga..) Satu daripada cara manusia menghadapinya ialah dengan memilih secara selektif rangsangan-rangsangan yang mungkin dapat memberi makna kepada hidup, (satu daripada keistimewaan kita sebagai makhluk yang boleh memilih….seperti seperti UMNO atau PAS begitu juga memilih neraka atau syurga..kalau ada wanita tercantik lalu dihadapan saya..saya boleh memilih untuk melihat atau berpaling..semua bergantung pada keimanan…minta jauh dengan ujian demikian) yang membolehkan ia mempelajari sesuatu daripadanya, dan yang akan memberi satu pengalaman yang berlainan daripada biasa. Manusia akan hanya memberi perhatian yang terpilih kepada setengah-setengah rangsangan sahaja. Sebagai contoh, apabila seseorang membaca suratkhabar(koran), dia lazimnya akan hanya inembaca serta memberi tumpuan kepada berita-berita yang menarik perhatiannya. Secara automatik akan inemberi perhatian kepada keadaan bursa saliam, keadaan politik negara dan pelbagai aspek lain yang berkaitan sahaja. Jarang sekali kita temui individu yang membaca setiap perkataan yang ada dalam sesebuah suratkhabar. Ini menunjukkan yang manusia itu amat selektif dalam menerima rangsangan-rangsangan dari luar dan lazimnya perkara yang dipilih itu diminatinya. Ada beberapa perkara yang mempengaruhi cara manusia menapis rangsangan luaran. (Utama ialah Keimanan..bagi mukmin yang bertaqwa ..rangsangan dipilih berdasarkan keimanan..kalau mendengar muzik yang melalaikan itu hukumnya haram maka dia tidak akan memilih rangsangan tersebut) Pertama ialah makna sesuatu rangsangan. Jika sesuatu rangsangan itu mempunyai makna dalam kehidupan kita, ia tentu mendapat perhatian. Setengah-setengah makanan, gambar-gambar keluarga adalah di antara beberapa perkara yang berupaya menarik perhatian seseorang kerana ia relevan dengan kehidupan mereka. Kedua ialah intensiti sesuatu tenaga fizikal. Rangsangan yang paling kuat sudah tentu mendapat perhatian yang cepat. Bunyi yang kuat, cahaya yang amat terang, rasa gatal di tapak tangan, bau yang wangi dan lain-lain yang agak luar biasa daripada keadaan lazim akan menarik perhatian kita. Manusia merupakan haiwan yang bersifat ingin tahu. Oleh itu, rangsangan-rangangan yang berintensiti tinggi seperti inilah yang merangsangkan kehendak ingin tahu dan seterusnya. Ketiga ialah pertukaran. Perkara-perkara yang bertukar rupa bentuknya adalah rangsangan-rangsangan yang berada di bawah kategori ini. Jikalau seorang teman yang bermisai tebal tiba-tiba muncul tanpa misainya sudah tentu akan menarik perhatian. (apa yang belaku kalau tiba-tiba PM(atau Gus Dur) muncul dalam TV dalam keadaan berjanggut dan bermisai….itu adalah rangsangan yang menarik..(tapi..PM dah kata dia awet muda sebab tak ada misai dan janggut ) perubahan baru pada sesebuah bandar yang jarang kita lawati juga dapat menarik perhatian. Beberapa faktor lain juga berupaya menarik pcrhatian manusia. Iklan berwarna di suratkhabar sudah tentu berupaya menari perhatian pembaca. Satu pertanyaan mungkin timbul dalam fikiran anda pada masa ini. Apa yang berlaku kepada rangsangan-rangsangan yang tidak mendapat perhatian ? (benda yang kita lihat tapi tak dipilih juga masuk dalam otak/sistem deria kita…ke mana perginya…..entah lah saya pun tak tahu….lupa nak tanya pensyarah saya masa belajar dulu...) (Mengikut psikologi sebenarnya begini….) Semua rangsangan yang didaftarkan oleh organ deria manusia direkodkan di dalam ingatan. Kadang-kala, apabila kita mengingati kembali sesuatu peristiwa, pelbagai perkara timbul di dalam fikiran. Sebagai contoh, kelmarin apabila seseorang itu teringat akan pertemua dengan sahabat lamanya, dia mungkin teringat kembali akan keadaan yang berlaku di sekelilingnya yang sebelum ini tidak disedarinya. Ini menunjukkan bahawa ranngsangan yang 'melalui' sistem deria manusia tetap didaftarkan tetapi apabila ia tidak diberi perhatian, ia akan berlalu begitu sahaja dan akan disimpan di dalam ingatan untuk tujuan lain. Bersambung….. -------------------------------------. RENUNGAN Kadang-kadang kita buat sesuatu ikut mood..kalau rajin buat banyak ..kalau malas tak buat langsung…kaedah ini tak efektif/berkesan/baik…apa kata kalau tukar kepada kaedah yang diajar oleh Rasulullah SAW : Ketahuilah bahawa amal (tingkah Laku yang berbentuk ibadat) yang disukai oleh Allah ialah amal yang dikerjakan secara terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit. (bonus yang kita dapat ialah membuat sesuatu yang disukai Allah…) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>