*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,

Saya selalu menerima e-mail daripada individu ini..tak tahulah apa motifnya
cuma...banyak yang mengelirukan...daripada tulisannya dia mungkin
berpelajaran juga lah... 

harap sahabat-sahabat berhati-hati...
macam-macam ...orang atas di dunia ini ya.,...

wassalam

 
> DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA
> PENYAYANG,
> MAHA PENGHUKUM LAGI MAHA PENGAZAB
> 
> 
> Golongan Pelampau Dalam Agama
> 
> Kebanyakan mereka terdiri daripada kumpulan ahli–ahli
> dan pengikut-pengikut tarikat seperti Ahli Sunnah Wal
> Jamaah, Naksahbandi, Jabariah, Kadariah, Muktazilah
> dan berbagai-bagai lagi kumpulan dan fahaman serta
> ikutan yang menjadi pelampau agama, yang ujud di dunia
> ini.
> 
> Punca ujudnya pelampau agama tersebut adalah
> disebabkan fahaman dan pengetahuan yang tidak
> mengikuti dan menetapi kehendak yang diizin dan
> diredhai oleh Tuhan yang ada pada mereka, akan tetapi
> mereka menyangka dirinya benar.  Mereka tidak dapat
> membezakan diantara yang hak dengan yang bathil dan
> diantara yang buruk dengan yang baik, dosa atau
> pahala, halal ataupun haram bagi diri manusia itu
> yaitu perintah yang datang daripada Tuhan itu pada
> dirinya masing-masing.  Ada yang menganggap diri
> mereka itu terkecuali daripada perintah dan hukuman
> Tuhan itu, maka ia boleh berbuat apa sahaja sesuka
> hatinya dimuka bumi ini, oleh kerana menyalah ertikan
> perintah Tuhan dan ayat-ayatnya itu, punca mereka
> menjadi pelampau agama.  Ada diantara mereka yang
> menjadi ganas dan liar yaitu membuat kerosakan dan
> menumpahkan darah dimuka bumi serta berbuat zalim dan
> penginayaan terhadap kehidupan manusia.
> 
> Contohnya ialah kumpulan yang menyerang Balai Polis
> Batu Pahat Johor, sedikit masa dahulu.  Begitu juga
> kumpulan Ibrahim Libya di Baling Kedah, dan banyak
> lagi golongan pelampau agama tersebut yang ujud di
> Malaysia ini.  Begitu juga diluar nagara seperti
> aktivis agama, mereka memiliki akidah yang salah dan
> sesat dari jalan Tuhan yang sebenarnya.
> 
> Ada diantara mereka yang mengganggap apa sahaja yang
> dilakukannya itu semuanya kehendak Allah.,  Oleh
> kerana ada ayat yang mengatakan, tidak terjadi sesuatu
> atau bergerak tanpa kehendak dan keizinan Tuhan.  Maka
> oleh sebab itulah, ia menyangka dirinya boleh berbuat
> apa sahaja dimuka bumi ini.  Ada juga diantara mereka
> itu menganggap perbuatan jahat itu suatu jihad bagi
> mereka, kononnya jika mereka mati dibunuh sekalipun
> mereka adalah mati syahid, maka oleh sebab itulah
> mereka sanggup melakukan pelbagai jenayah.
> 
> Ada juga golongan pelampau agama yang memaksa,
> menindas dan mencabul hak asasi seseorang itu serta
> mengambil hak dan harta orang lain dengan cara yang
> tidak benar yaitu cara penipuan dan melanggar hak
> seseorang itu serta menyekat dan menghalang hak
> seseorang itu memilih, membuat keputusan dan berfikir
> atau mengubah nasib bagi dirinya sendiri.  Oleh kerana
> mereka lebih mengutamakan kenikmatan hidup di dunia
> yang sedikit dan sementara ini dan mengikut hawa nafsu
> mereka sendiri.  Mereka adalah golongan yang
> mengadakan dusta didalam beragama dan terhadap Tuhan
> itu.  Mereka adalah orang-orang yang melampaui batas
> serta berbuat zalim dan penginayaaan terhadap
> kehidupan manusia itu.
> 
> Contoh dan faktanya ialah Jabatan-jabatan agama dan
> Penguatkuasa-penguatkuasa Agama, Majlis Fatwa
> Kebangsaan dan Negeri, Perkim, Baitulmal, Mahkamah
> Syariah dan banyak lagi.  Mereka melakukan jenayah
> dengan undang-undang terhadap manusia itu.  Mereka
> juga menggunakan agama Islam dan ayat-ayat Tuhan bagi
> melakukan jenayah tersebut kepada manusia itu.  Mereka
> telah memperalatkan ayat-ayat Tuhan dan agama Islam
> itu bagi kepentingan mereka.  Mereka adalah golongan
> yang terbesar yang ujud di Negara Malaysia ini. 
> Mereka telah menakluk semua bangsa Melayu.
> 
> Selagi ujud golongan pelampau agama tersebut di
> Malaysia ini, maka mustahil Bangsa Melayu itu akan
> maju, makmur serta aman damai dan merdeka hidupnya
> serta bersatu padu sesama mereka.  Mereka tidak akan
> mendapat kesejahteraan hidup di Malaysia ini.  Mereka
> akan bermusuh dan berpecah belah sesama sendiri,
> kecuali jika golongan pelampau agama tersebut mengubah
> dasar, pendirian dan pegangan mereka. Kebanyakan
> diantara mereka adalah orang-orang yang fasik.
> 
> Jika ada diantara Bangsa Melayu yang tidak mengikuti
> fahaman dan kehendak mereka beragama Islam itu di
> Negara Malaysia ini, maka pasti mereka akan bertindak
> zalim dan melakukan jenayah terhadap mereka itu atau
> mengganggu ketenteraman mereka atau memboikot mereka
> atau membuat sesuatu yang tidak baik kepada mereka. 
> Begitulah keadaan golongan pelampau  agama tersebut.
> 
> Punca ujudnya pelampau agama tersebut ialah disebabkan
> mereka itu tidak diturunkan wahyu dan kitab, yang
> menjelaskan serta petunjuk yang datang daripada Tuhan
> itu kepada mereka.  Kebanyakan mereka mengikut hawa
> nafsu mereka sendiri dan orang-orang yang
> mengada-adakan kedustaan dalam beragama sebelum ini,
> yang tidak mendapat petunjuk daripada Tuhan itu.
> 
> Kebanyakan daripada pelampau agama itu bertindak atau
> melakukan sesuatu itu tidak mengikut peraturan dan
> keputusan yang dikehendaki oleh Tuhan pada diri
> mereka.  Begitu juga keadaan mereka menyembah Tuhan
> dan beribadat kepada-Nya.  Meraka telah tertipu dalam
> beragama dan dalam beribadat kepada Tuhan itu dan
> terhadap Tuhan itu sendiri.  Mereka adalah terdiri
> daripada orang-orang yang jahil terhadap
> perkara-perkara tersebut.
> 
> Kebanyakan diantara mereka itu bertindak mengikut hawa
> nafsu atau melakukan sesuatu perkara itu mengikut
> citarasa atau sangkaan dan pendapat sebahagian ulamak
> atau ahli-ahli kitab atau pandangan mereka sendiri. 
> Mereka hanya mengambil kira perasaan dan hati diri
> mereka sendiri dan orang banyak atau sesuatu kumpulan
> atau adat istiadat sesuatu kaum atau bangsa itu.  Akan
> tetapi mereka tidak mengambil kira perintah dan
> hukuman serta keputusan Tuhan itu kepada diri mereka. 
> Mereka itu lebih takut kepada manusia daripada Tuhan. 
>  Mereka juga tidak mengambil kira kemurkaan dan azab
> Tuhan itu terhadap diri mereka.  Begitulah pendirian
> dan pegangan pelampau-pelampau agama itu.  Kebanyakan 
> mereka berfikiran sempit lagi keras hati dan jahil. 
> Mereka selalu menyangka baik perbuatannya yang buruk
> itu dan menyangka buruk pula sesuatu yang baik, yang
> datang daripada Tuhan itu.  Mereka hanya menduga-duga
> kebenaran Tuhan  itu dari tempat yang jauh.
> 
> Mereka sanggup melakukan jenayah itu dengan
> berbagai-bagai cara, samada dengan paksa atau senjata
> api atau politik dan mental atau saikologi atau dengan
> undang-undang atau melalui tekanan ekonomi atau
> hasutan dan fitnah atau mengadu domba atau cara
> penipuan atau dengan agama dan ayat-ayat Tuhan itu
> kepada manusia.  Mereka telah melakukan jenayah berat.
> 
> 
> 
> 
> =====
> APABILA DATANG YANG HAK 
> MAKA HILANGLAH YANG BATIL.
> 
> Yang benar,
> 
> Kahar AJ
> Utusan  Tuhan
> 
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke