*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alikum,

Tiap2 hari ada saja ketidakpuasan hati orang ramai
tentang kemerosotan perkhidmatan polis. Sebagai contoh:

Dari seorang penduduk sebuah Taman Melati Setapak,
beliau kecewa dengan sikap acuh tak acuh polis yang
menerima panggilan jenayah.  Lepas setengah jam baru
sampai, padahal pejabat polis ada dalam  kawasan taman
yang sama.  Pencuri dah lesap dengan garden chair dan
table, baru polis muncul. Ini berlaku  di siang hari
yang terang benderang. 

Satu malam seorang surirumah talipun polis memberitahu
ada macam orang berjalan atas bumbung rumahnya.  Polis
tu suruh dia pastikan dulu, mungkin kucing kot. 
Terpaksalah surirumah tu minta pertolongan jiran
mengejar pencuri.  

Telah banyak kali peristiwa pecah rumah di Taman Melati
ni. Dan kemuncaknya dimana penghuni rumah diikat kaki
tangan sebelum di rompak. Hilang kasut, basikal, tong
gas tu toksah cakaplah. Ragut pun ada.  Remaja maksiat
di Taman permainan tu cerita lain pulak.

Penduduk terpaksa cuba selesai sendiri seperti bina
pagar tambahan di lorong belakang dan bergilir buat
rondaan.  Tapi perompak tukar taktik, dia orang buat
kerja waktu siang semasa ramai penghuni dan suami2
tiada dirumah. Ada taman yang berdekatan pakat2 bayar
gaji pak guard untuk jaga jalan ke Taman dia orang.

Wakil rakyat entah kemana sibuknya. Mungkin tunggu
dekat pilihanraya kot.

CEPAT & TEPAT & MESRA RAKYAT - ya ke?

Terima kasih

_____________________________________________________________
Free Email for the World!
http://www.KangarooMail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Orang Muda <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke