*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya rasa perodua dah start keluarkan kereta ni sebab
saya dah nampak ada beberapa buah yang digunakan kat
jalan raya kat kl nie....kat seremban pulak saya ada
nampak sebijik baru keluar.......


--- Cikgunik <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Bismillaahirrahmaanirrahiim.
> Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.,
> 
> Saya lihat di sekitar Kota Bharu belum ada lagi yang
> menggunakan kereta
> Kenari...apa cerita
> belum keluar lagi ke....atau apa....
> 
> di tempat lain tak tahulah saya....cuma setakat
> tinjauan saya ramai yang
> tak minat dengan Kenari
> Apakan Kenari akan jadi "Tiara yang kedua" atau
> lebih teruk daripada
> itu....kita tunggulah
> 
> saya no komen
> 
> 
> LAMPIRAN
> 
> 
> Ada pihak cuba sabotaj kereta nasional
> 
> Saudara Pengarang,
> TAHNIAH khusus buat Perusahaan Otomobil Kedua
> (Perodua) Sdn. Bhd. kerana
> kelahiran
> kereta terbaru, Kenari yang dilancarkan pada 14 Jun
> 2000.
> 
> Selain menambahkan pilihan pengguna, kejayaan
> terbaru ini adalah bukti
> bahawa Perodua sudah
> mula meninggalkan kesan kegawatan ekonomi dan
> beralih kepada tumpuan
> memajukan industri
> automobil negara.
> 
> Tidak ketinggalan, syabas juga kepada Perusahaan
> Otomobil Nasional (Proton)
> Berhad yang
> melancarkan logo baru untuk kereta keluaran akan
> datang, termasuk Proton
> Waja yang sedang
> dinanti-nantikan kemunculannya di pasaran oleh
> rakyat Malaysia.
> 
> Sebagai rakyat yang cintakan kemajuan dan kemakmuran
> Malaysia, saya cukup
> bangga dengan
> pencapaian kedua-dua syarikat pengeluar kereta
> nasional itu.
> 
> Sama ada bersetuju atau tidak, keseluruhan rakyat
> Malaysia perlu mengakui
> bahawa kereta
> nasional telah menguasai jalan. Kereta-kereta
> nasional kini bukan lagi
> dimiliki oleh etnik atau
> kumpulan tertentu tetapi dipandu segak dan mantap
> oleh segenap latar
> belakang rakyat negara ini.
> 
> Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia tanpa
> mengira latar belakang
> dan fahaman supaya
> berkongsi kegembiraan dan kebanggaan di atas
> kejayaan Proton dan Perodua.
> 
> Kita perlu sama-sama meninggalkan malah menjauhi
> sentimen prejudis yang
> dimainkan oleh
> kumpulan tertentu dari luar dan dalam negara setiap
> kali produk atau kereta
> baru dilancarkan oleh
> Proton dan Perodua.
> 
> Sebaliknya, kita perlu bersikap lebih adil,
> realistik dan berdiri di bumi
> yang nyata sebelum
> memberi tanggapan dan penilaian terhadap mana-mana
> model kereta nasional.
> Ini kerana (cuba
> anda fikirkan) adakah munasabah dan apakah keadilan
> berlaku jika kita
> bersikap prejudis
> terhadap model kereta nasional sedangkan kita
> langsung tidak pernah
> bersikap demikian terhadap
> kereta-kereta import?
> 
> Adakah ini adil? Sedangkan bermula dengan Saga iaitu
> model sulung Proton,
> pada peringkat awal
> ia disabotaj dengan isu ciri keselamatan
> bersama-sama cerita-cerita karut
> yang 'mengerikan'.
> 
> Gambaran jahat bahawa kereta nasional pertama akan
> jadi mudah kemek dan
> menjadi 'roti'
> apabila berlaku perlanggaran atau terbabas
> sebenarnya rekaan semata-mata
> yang mempunyai
> motif tersendiri di sebaliknya.
> 
> Disusuli pula oleh Iswara, Wira, Satria, Tiara,
> Perdana dan Putra di pihak
> Proton serta Kancil,
> Rusa dan Kembara oleh Perodua yang mana setiap satu
> diberi pelbagai
> tanggapan negatif.
> 
> Akibatnya, salah sebuah daripada model baru kereta
> nasional yang dinyatakan
> itu telah mengalami
> kejatuhan harga unit terpakai sehingga 50 peratus
> berbanding harga asal
> walaupun baru digunakan
> satu atau dua tahun.
> 
> Ini kerana sejak peringkat awal sehingga kini, model
> berkenaan 'diaibkan'
> dengan begitu teruk,
> terutama berkaitan aspek penyelenggaraan, alat ganti
> dan ciri keselamatan.
> 
> Lebih buruk lagi, kini sedang berleluasa kegiatan
> menukar wajah kereta
> nasional kepada mirip
> kereta import, khususnya keluaran Mitsubishi.
> 
> Pembaca boleh menyaksikan di mana-mana di atas jalan
> raya banyak kereta
> Proton atau Perodua
> yang diubah suai dan digantikan aksesori sehingga
> menyamai kereta keluaran
> Mitsubishi dan
> Daihatsu.
> 
> Pengguna sebenarnya tidak akan berubah tanggapan
> jika mereka tidak diberi
> pilihan, peluang,
> dorongan dan kesempatan berbuat demikian.
> 
> Persoalannya tentulah mencari siapa yang memainkan
> sentimen dan prejudis
> ini? Saya tidak perlu
> jawab tetapi sebagai rakyat yang cintakan Malaysia
> anda tahu dalang-dalang
> terbabit.
> 
> Ini termasuk pihak luar yang iri hati dengan
> pencapaian ekonomi negara di
> samping tidak kurang
> juga sesetengah pihak di dalam negara yang mempunyai
> kepentingan sama ada
> atas sebab
> cemburu, persaingan, keuntungan dan pengaruh. Mereka
> ini merendah-rendahkan
> sebarang
> produk keluaran tempatan, termasuk sanggup
> mengkesampingkan keupayaan dan
> kehebatan
> kereta-kereta nasional semata-mata sikap prejudi dan
> anti-establishment.
> 
> Saya yakin dan percaya, jika kumpulan prejudis dan
> penentang kemajuan
> negara ini masih ada,
> Perodua Kenari juga berhadapan dengan tanggapan
> sedemikian tetapi rakyat
> Malaysia mampu
> menolaknya menerusi jati diri dan kecintaan terhadap
> negara.
> 
> Khalayak terbanyak sebenarnya masih beranggapan
> bahawa kereta-kereta
> nasional adalah pilihan
> utama mereka dan buktinya lihatlah model-model
> Proton dan Perodua
> 'bermaharajalela' di
> jalan-jalan raya.
> 
> Namun marilah rakyat Malaysia renungkan supaya kita
> dapat pertahankan
> martabat serta
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adinda <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to