*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>Komputer - FBI cipta sistem pintas emel
>>
>>
>>Polis Ameriksa Syarikat (AS) mencipta dan menggunakan satu sistem yang 
>>dapat
>>memintas dan membaca emel pengguna Internet.
>>
>>Sistem laju itu, yang digelar Carnivore (Karnivora) dapat membaca satu 
>>juta
>>emel sesaat.
>>
>>Ini bermakna pengguna Malaysia yang menghantar emel ke AS atau yang
>>menggunakan khidmat emel percuma yang berpusat di negara itu seperti 
>>Hotmail
>>dan Yahoo boleh dipintas dan simpan dalam storan.
>>
>>Data ini dapat dikeluarkan semula menggunakan kaedah biasa pencarian
>>pangkalan data, seperti kita menggunakan enjin pencari Hotbot, misalnya.
>>
>>Karnivora dipasang disatu PC yang memintas semua lalu lintas emel di 
>>negara
>>itu dan mempunyai keupayaan untuk menyaring kandungan dengan menggunakan
>>kata kunci atau memilih sebarang pengguna sebagai identiti sasaran.
>>
>>Pencipta sistem itu, Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI), membangunkan 
>>sistem
>>pemintas ini di sebuah makmal khasnya. Sejak dilancarkan tahun lalu ia
>>digunakan untuk mengesan kira-kira 100 kes jenayah.
>>
>>Dua minggu lalu FBI mempamerkan sistem itu kepada pakar industri yang
>>terkejut dengan keupayaannya dan isu moral berkaitan. Ramai pemerhati
>>bimbang FBI akan menggunakan sistem ini untuk tujuan bukan jenayah seperti
>>mengumpul data pengguna, perbankan dalam talian dan pemilihan laman web.
>>
>>Dalam pelaksanaanya, FBI meletakkan sistem PC yang dipasang Karnivora di
>>pusat pembekal Internet. PC itu di kunci dan hanya boleh disentuh oleh
>>ejennya yang datang setiap hari untuk mengambil data dalam storan.
>>
>>Menurut FBI, karnovora lebih tepat daripada sistem pemintasan data 
>>Internet
>>sebelum ini kerana ia membolehkan agensi itu memintas data berkaitan
>>identiti sasaran daripada berjuta-juta lalu lintas digital lain.
>>
>>Versi awal sistem ini yang digelar Omnivore tidak dapat berbuat demikian
>>walaupun ia dapat menyedut sehingga enam gigabit data setiap jam.
>>Agensi itu bagaimanapun mengakui bahawa Karnivora tidak dapat 
>>menterjemahkan
>>data yang dikodkan rahsia.
>>
>>"Emel itu boleh dipintas tetapi ia terpaksa diterjemahkan menggunakan 
>>kaedah
>>lain," kata Ketua Bahagian Teknologi Siber FBI,Marcus Thomas.
>>Kebanyakan kes jenayah yang membabitkan penggunakan Karvorai sejak 18 lalu
>>adalah yang berkaitan dengan pemburuan hackers, antipengganas dan 
>>pengedaran
>>dadah.
>>
>>Pemerhati bebas bimbang sistem ini menggugat hak peribadi pengguna 
>>Internet
>>dan tidak ada akta yang dapat menyekat FBI untuk menggunakan Karnivora 
>>bagi
>>sebarang matlamat.
>>
>>"Ia seperti memintas semua perbualan telefon," kata mereka.
>>Untuk rujukan, hampir semua khidmat emel percuma seperti Hotmail dan Yahoo
>>berpusat di AS. Semua emel dari tempat lain ke Amerika juga boleh dipintas
>>oleh Karnivora.
>>
>>Penentang projek ini mencadangkan pengguna yang menghantar data sensitif
>>seperti maklumat perniagaan menggunakan program pengkodan untuk 
>>menyukarkan
>>FBI membaca emel mereka. Lebih baik lagi, kata mereka, kuatkan keselamatan
>>data dengan penggunakan tanda tangan digital.
>>
>>Mereka juga mencadangkan pengguna belajar menggunakan Internet dengan
>>menyembunyi identiti atau secara autonomous. Contohnya, jika anda seorang
>>ahli politik tentu sekali anda tidak mahu direkodkan oleh Karnivora 
>>sebagai
>>seorang yang suka melawat laman web berunsur seks.
>>
>>Ramai juga berpendapat bahawa Karnivora menandakan tamatnya idea Internet
>>yang asal sebagai satu tempat bebas bagi seluruh penduduk planet ini.
>>Mereka bimbang FBI akan mengedarkan sistem ini kepada semua pasukan polis 
>>di
>>dunia untuk mengumpul data rakyat mereka.

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Jebat Derhaka" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke