*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Gerhana Bulan insyaallah sedang berlaku sekarang. iaitu
antara jam 7:30 pm Ahad 16/7/2000 hinggalah pukul 1:00 pagi
Isnin 17/7/2000.

kifiyat solat adalah seperti berikut :

Sembahyang Sunat Gerhana
(Dipetik dari Kitab Mutlaul Badrain wa Majmaul Bahrain)

 Hukumnya Sunat Muaakad
 Masanya ialah bermula dari mula gerhana dan habis
waktunya hingga hilang gerhana.
 Boleh dibuat dengan berjemaah maupun berseorangan
diri.

Niatnya

Sahaja aku sembahyang sunat gerhana matahari/bulan 2 rakaat
kerana Allah Taala

 Sekurang-kurang solat sunat gerhana ialah umpama
solat sunat biasa.
 Yang sebaiknya ialah sembahyang sunat 2 rakaat
dengan 2 rukuk dan 2 qiam setiap rakaat dengan bacaan yang
sederhana.
 Yang terlebih baik ialah :

 
Rakaat pertama :

1. Takbiratul ihram
2. Doa Iftitah
3. Al Fatihah
4. Surah Al Baqarah
5. Rukuk serta tasbih sekadar 100 ayat surah Al Baqarah
6. Iktidal 
7. Surah Al Fatihah
8. Membaca surah Al Imran  
9. Rukuk serta tasbih sekadar 80 ayat surah Al Baqarah
10. Iktidal
11. Sujud serta tasbih sekadar 100 ayat surah Al Baqarah
12. Duduk antara 2 sujud
13. Sujud serta tasbih sekadar 80 ayat surah Al Baqarah
14. Bangkit untuk rakaat kedua

Rakaat kedua :

15. Al Fatihah
16. Surah An Nisa’
17. Rukuk serta tasbih sekadar 70 ayat surah Al Baqarah
18. Iktidal 
19. Surah Al Fatihah
20. Membaca surah Al Maidah  
21. Rukuk serta tasbih sekadar 50 ayat surah Al Baqarah
22. Iktidal
23. Sujud serta tasbih sekadar 70 ayat surah Al Baqarah
24. Duduk antara 2 sujud
25. Sujud serta tasbih sekadar 50 ayat surah Al Baqarah
26. Tahyat Akhir
27. Memberi Salam
 


Nota :
Jika tidak mampu membaca surah yang panjang dan tasbih yang
lama maka memadailah dengan surah pendik dan tasbih yang
semampunya.

 Sunat dikuatkan suara pada solat gerhana bulan dan
diperlahankan suara pada solat gerhana matahari
 Sunat dibacakan 2 khutbah selepas solat tersebut
meskipun jika gerhana telah hilang, seperti khutbah solat
sunat hariraya. Isi khutbah itu hendaklah menyuruh akan
taubat, bersedekah, puasa dan lainnya.


Semoga bermanafaat untuk semua.

Wassalam

 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail – Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke